27 December 2012

janganlah 'rendah diri'

bismillah.

Kadang kan. Susahnya talk dengan orang yang 'rendah diri'.Punyalah,cuba atur cakap,supaya tiada ayat mengguris,atau rasa'diri hebat' dari mata orang lain. Sampai kadang ayat yang dcakap tidak sampai maksud. macam ilmu bahasa apadaaa

kadang juga rasa, aha..saya pun selalu begitu. Dan begitulah mungkin yang orang lain rasa.Bila saya bercakap dalam nada 'rendah diri'. Jadi.. 1-1 sama.

apapun,mari praktikkan ilmu not rendah diri,but rendah hati.

ya. Walaupun orang lain anggap kita hebat atau apa. Hakikatnya, kita sendiri pun kenal kita bagaimana. Yang memang tidak hebat pun. Biasa-biasa saja.

kesimpulannya. Merendah diri mengundang resah orang lain. Merendah hati ,mengundang resah satan. (^_^)

model batu terbang. (ngehhhh).

26 December 2012

saya nak exam

Bismillah.

petua paling ngam dan saya pegang masa Digree dulu ialah 'ingat susah payah beliau'.
kadang rasanya, susahnya menghabiskan empat tahun belajar.

petua saya selalu sesuai untuk saya.
sem ni, saya perlu fikir kerja berat zauji saya yang setiap jumaat sabtu ulang alik antar.
Fath yang berkampung di masjid.

tapi..saya rasa kadang petua tu macam. Ok.biasa.

saya haruslah peduli tentang masa depan saya dan apa yang saya buat sekarang.


ok.saya tidak tau mau taip apa daa. Selepas ini saya perlu print slip exam.
barang sekolah Sakinah perlu pos BESOK.
masak untuk dinner jap lagi. Zauji balik. Penat.
kemas rumah.
mandikan Fath.
ngaji.(iyolah).
dan perlu hadap buku dan tulis nota cara saya.
saya perlukan transformasi biar saya rasa dan orang dalam rumah saya lihat.

(^__^).




peristiwa: 25 Dis..Fath dapat melangkah dua tapak. Yoo..disaksikan saya dan zauji. (serius kami senyum sama-sama).

25 December 2012

Prof Emeritus Isahak Haron

bismillah.

Semester ni, saya dapat satu kelas di pagi Sabtu. pukul 8 pagi.
bermakna saya perlu keluar rumah sebelum pukul 7 .

pertama masuk kelas tu. Pensyarah datang sangatlah lambat. hampir pukul 9 baru muncul. (-__-).

Masuk sahaja. Dia bagi tahu susah untuk dia buat kelas pagi Sabtu.
jadi dia mau menukar ke petang Jumaat.
Kemudian beberapa pelajar, membantah..maklumlah..ramai pelajarnya pekerja isnin-jumaat. (8pagi-5petang).

jadi,dia bagi lagi masa lain. Iaitu malam sabtu.
pun ramai membantah.
alasannya malam tu juga ada kelas subjek lain.

Cara dia senang.
ok."kita pilih jumaatlah, senang saya sikit"<--ayat bagi="bagi" br="br" bunyi.="bunyi." saya="saya" sedap="sedap"> saya pun,patah hati. Saya hanya boleh terlibat dihari cuti atau malam. Zauji saya kerja,siapa mahu jaga myhero kocik tu?

dia suruh angkat tangan siapa boleh petang jumaat. Ramai angkat tangan. (Dorang ni guru pagi kot)
lepas tu,siapa boleh malam sabtu. Ada beberapa ketul saja angkat tangan.

"ok.Kita buat Jumaat!".

saya sedih dan pilu.

Dia tanya."Yang tidak dapat.. semester berapa?"

adalah beberapa ketul cakap.semester satu.
ramai senyum. dan cakap "baru sem satu..." (ayat sakit jiwa).

dia tidak tahu, kebanyakan kami hanya ada dua sem untuk ambil subjek-subjek.

lastly. ramai keluar sebab tidak dapat masuk kelas tu yang akan bertukar hari..dan...

saya saja tinggal. Tidak tau mau buat apa. Dengar sajalah kelas tu,apa pengajarannya.

kawan-kawan yang keluar,sangat bijak. Mereka masuk ke kelas subjek lain.dan..adik Tqa yang kerja lacturer di PTPL bagitau dia masuk kelas BM. 
saya memang dah mark kelas tu. Tiada dalam senarai jiwa.
tidak terfikir akan masuk kelas tu,sebab kelas masa pagi tu ubah masa.

akhirnya..saya gembira sekali masuk ke kelas tu. 3jam sekejap sahaja rasanya.
dan saya kenal orang berjasa dalam pengajaran Bahasa di sekolah.
Pengajaran Awal Membaca Bahasa Melayu.

Prof Emeritus Isahak Haron.

ulasan beliau tentang PPSMI http://drjj.uitm.edu.my/DRJJ/TOBIAS/Math-Science%20Report%20PPSMI%20Isahak.pdf



"..Dasar kerajaaan hendaklah bertujuan untuk mengukuh penguasaan Matematik 
dan Sains pelajar kita di peringkat  rendah dan menengah, sehingga SPM. Ini 
sudah pun berjaya dilaksanakan melalui bahasa Malaysia, kerana guru dan 
pelajar telah menguasai Bahasa Malaysia, dan lebih mudah dan berkesan 
mereka mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia. Bahasa 
Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains telah gagal untuk 
memudah dan meningkatkan pembelajaran Matematik dan Sains pelajar.."

idealitik yang realistik.Moga Allah rahmati beliau selalu.


tajuk atas tu:gempak lebih



24 December 2012

mudahkan yang mudah

Bismillah. Alhamdulillah.

Fesyen dalam Islam adalah mudah.
1.tutup seluruh badan,kecuali muka&tapak tangan.
2.tidak menyerupai pakaian agama lain.
3.tidak menampakkan bentuk badan./tidak jarang.
4.Menutup dada

jadi. Kalau ke Tesco,Mydin, Hari-Hari, pasar Malam..etc,banyak pakaian yang boleh memenuhi 5 syarat yang ditetapakan dalam syriat.
Tiadalah istilah baju yang mencakupi 5 syarat itu susahnya mau jumpa. Mahal. Kain kurang best dan blaa..blaaa.

ada orang suka pakai t-shirt,seluar, tudung, kasut..jadi dia memang fesyen mudah!
i.Baju t-shirt lengan panjang yang tidak ketat
ii.tudung yang tidak jarang atau melekat dan boleh tutup dada semasa dia duduk,berdiri dan berjalan
iii.kasut (yang ni untuk rasa leceh guna stokin).

ada juga yang suka pakai lapis-lapis. (golongan nilah yang kena berhati-hati dalam berfesyen). Memang banyak baju yang lengan pendek, kainnya sangat best dan selesa.
Makanya, mesti bijak kasi padan dengan baju lain supaya bukan sahaja selesa,murah, paling penting tutup aurat.

Di bawah ni sebagai contoh. ( Saya sambar mana-mana dalam tenet)

tudung/shwl/kain batik/kain langsir/kain kapan
+
baju labuh lengan pendek

+
saya panggil ni jeket
+
skirt atau seluar

+
sandal (wajib pakai stokin) atau kasut (pakai stokin lagi cantik!)


Tengok. Mudahnya berfesyen dan menepati syarak.
++semalam saya ke Tesco, punya lama saya tarik-tarik dan pegang-pegang baju-baju dalam tu. Serius, sedap jak kain. T-shirt labuh saya banyak (banyaklah sangat ^^ )..tapi kadang saya rasa kurang selesa dengan kainya. Nak beli baju labuh yang tidak payah lapis-lapis, kadang jak dapat. Tu pun harga hebat dan boleh pengsan.


nota tumit: yakini Islam itu tidak akan menyusahkan melebihi kesanggupan






21 December 2012

ulang tahun Saddan

Bismillah Alhamdulillah

saya guna aku. Kami memang ber'aku'-kau dalam keluarga.

20 Dis adalah tarikh lahir adikku yang tinggi fizikal yang amat dalam keluargaku .
ya selamat-selamat.

dulu masa dia sekolah Ting 1-2, akulah tukang hantar. hantar pi tunggu bas sama-sama kalau mau balik ke asrama. Sebab tu aku rasa dekat dengan dia. Tup-tup bila tengok lagi. mak aii ..Allah. Tinggi lampai sudah dia.
kalau hantar tu gi simpang dekat jalan besar, naik bas sama-sama, lepas tu saya singgah kedai, tanya mau beli apa untuk bekalan di asrama.
mula-mula dulu, dia cakap ikut suka akulah mau belikan dia apa (masa tu aku dah masuk uni, selain pengalaman duduk kolej di uni, pengalaman duduk asrama juga bagi aku mudah pilihkan adikkau bekalan tahan lama. Biskut, Megi dan lupa.

adikku dulu ni, dapat bantuan biasiswa Kerajaan Kelantan. Atas usaha tanpa jemu ustaz akulah. Tapi, beliau aku ni, bila pi tengok saja pondok terus dia tawar hati. haha..hati orang kampung, kalau boleh mau anak dia belajar di bangunan tahap 10 bintang.
padahal..(senyum kelat dalam hati).

hari ni,apa-apa tanya and tanya." kak Ita camana mau masuk ni dulu masuk apa, best ka..bla..bla."
syukur dengan kesediaan dia mau menanya-nanya. Tidak ikut kepalanya saja. macam saya ..erk

Adikku yang pendiam. Tapi dengan aku dia banyak sikit mulutlah, (kakak banyak tanya).
saya harap urusan belajarnya dibantuin Allah.
biarlah dia terus belajar di tempatnya sekarang.

dapat tawaran UiTM, di Sarawak pulok.. kalau Sabah atau area semenajung ni. Tiada masalah..
dapat Kolej Kemahiran Tinggi Mara..tidak mau, entah dari mana cakap-cakap dia dengar sampai tidak mau ke sana, Diploma dapat tu sama saja macam sekarang. Yuran pula free, siap dapat elaun lagi (sambil buat gaya Mail)

pilihlah ikut suka mu.
asal jangan menyusahkan orang lain. Terutamanya beliau. (amaran lembut)


..dia pun ahli PERKIM cam saya

20 December 2012

seminaaa

bismillah.

hari ini saya mau bercerita tentang seminar yang telah gue hadiri. Early Literacy In Early Childhood Conference
bestlah. Bayar pun boleh tercabut tengkorak. 3 hari. Mula jumaat - Ahad. 23-24 Nov.
sebenarnya, saya sangat tidak selesa berada di dalam seminar tu.
1.bahasanya semua english. Ok. Saya boleh faham. Tapi untuk balas balik..saya kalah.
2. sebenarnya, kebanyakan pembentang tu adalah orang-orang Trainer jadi saya rasa itu adalah biasa-biasa. Tapi, atas kesukaran saya untuk bertanya soalan atau merespon apa yang mereka bentang tu jadi 'luar biasa'.
3. ramai yang hadir itu adalah guru-guru tadika di sekitar KL. Mereka memang guna English sepenuhnya dalam mengajar. Jadi, kebanyakan contohnya adalah pasal pembelajaran dalam English.

apa input yang saya boleh kongsikan:
i. jangan malu keluarkan duit hadiri majlis ilmu.
-Walaupun 95% pembentang adalah non-muslim dan pakaian ala cukup-cukup. Tapi ilmu yang diorang bagi tu, sangat bermanfaat.
-mungkin tiada jaminan 'Malaikat melindungi majlis dengan sayapnya'.tapi..jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas.Sudah pasti Allah bagi banyak kemudahan lain.

ii. HELP Uni adalah sebuah universiti untuk horang-horang kahya. Boleh nampak, mereka siap pasang bendera uni's oversea.
-bagi saya, mereka menggalakkan student mereka keluar dari negara ini untuk sambung belajar. Yea.. mereka juga menyediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang. Saya pun kurang tahu. Tapi di papan kenyataan tu ada tertampal senarai nama dan biasiswa yang mereka dapat. Malaysia ni banyak peluang biasiswa untuk orang-orang cemerlang. Untungnya orang-orang itu. (sambil telan liur banyak-banyak).

iii. Guru-guru yang mengajar di sekolah swasta macam Maahad Tahfiz, PASTI atau sekolah yang bukan GOV tu, dah 5 tahun mengajar, tubuhkan atau join mana-mana consultan untuk jadi penceramah ataupun trainer. Serius gila, banyak duit boleh dijana. Selain buat ceramah-ceramah di masjid, buat seminar macam ni, pun memang ramai orang mau. Yang penting perancangan sistemetik, sijil yang keluar diiktiraf. Paling tidak elakkan buat program yang 'bersembunyi'. Maksud saya biar orang tahu.

iv. Jangan malu belajar dan bertanya
- dalam seminar tu ada seorang nenek. Saya kurang berkenan dengan dia. (sebab dia sound Fath yang tetiba datang menempek masa dia baru habis solat).
Nenek ni bertanya soalan yang saya rasa biasa-biasa. Pasal perpustakaan yang sepatutnya ada pada tiap tempat, macam kampung dia. Saya lupa kampung dia nama apa, yang pasti kawasan Johor.
Pembentang tu, yang kebetulan Melayu, jawab sooo panjang lebar. Siap bagitahu idea-idea kita sepatutnya tulis dan sebarkan sendiri kepada pihak berwajib. bla..bla

v. Dalam Seminar ni, depa ada buat pameran buku-buku secondhand dari US.
-harga dari RM3.90 sampai RM29. Buku-buku yang jarang ada di Malaysia. Serius cakap, kalau saya mungkin beli satu atau dua (sambil belek-belek dompet zauji).
saya memang suka buku. Tapi bab beli-beli ni. Berkira sungguh.
tapi stail diorang sangat baik. Diorang buat yuran seminar tu masuk sekali baucer buku. Jadi, boucer tu kita tiada pilihan melainkan habiskan untuk beli buku-buku dalam pameran tu.
-idea ni, boleh pakai dalam muktamar..AGM atau program apa-apa lah yang menghimpunkan ramai manusia. Ini menunjukkan buku adalah amat biasa untuk mereka. Dan seharusnya kita juga. (^_^).

balik dari seminar tu saya komen banyak: sebab HELP Uni ni kawasan dia letak tengah-tengah bandar. Bayar parking gila-gila banyak. (sebenarnya tidak perlu untuk peserta, tapi dah tau lambat, bayar jaklah. (ni ayat zauji saya).

ni jaklah. (-__-)


19 December 2012

lamaran untukmu muslimah

napa terima.napa terima lamaran lelaki? dah gatai nak kawing? (ayat jahak)

jawapan hamba mudah jak:
"bila datang lelaki yang kau yakini agamaNya melamarmu.terimalah..bla..bla.".
(ini ayat saya sendiri).
sebenarnya ada hadis yang bercerita pasal tu.
saya letakkan cinta nomor next.

tapi..kalau terima tapi tidak cinta.macama pulok?.
suka mung la.kalau mau terima, terima. Kalau dah terima terima tapi rasa rimas, lemas, tidak berkenan.
simpan-simpan dulu rasa tu.
"boleh jadi apa yang kamu tidak suka itu..adalah baik untuk kamu.."

Pasal ni, Quran yang cakap. Boleh chek dalam surah no 2 ayat 216.
sebenarnya,ia berkisar orang kewajipan berperang, iaitu benda yang manusia benci. (PERANG adalah pilihan yang terakhir).

jangan sebab tidak selesa tu. Tolak. Ini adalah peluang. Peluang yang tidak semua orang dapat.
tapi kalau mau gak tolak. Tolaklah dengan berhemah. Lelaki yang baik, pasti bersedia menerima dengan sebab yang releven.

"saya tolak, sebab dia tidak bersedia untuk kahwin dalam waktu setahun-dua".
mungkin alasan ni nampak poyo. Tetapi saya setuju dan respect. Muslimah yang baik, akan menjaga dirinya dan orang lain.
kalau lelaki tu diterima lamarannya,
mula mesej ayat-ayat untuk ber'tafahum',sampai satu waktu, bila diajukan soalan tentang 'kahwin'. Dia berdolak-dalik. Berhati-hatilah. Ada yang perlu ditaaruf jelas disitu. Tanyakan apa pandangannya tentang kawin. Jika jawapannya meragukan. Tanyakanlah beberapa kali diwaktu lain. Jika masih meragukan. Cukuplah sampai disitu. Tiada guna menjalinkan hubungan yang hanya menjadi gelisah dan meragukan.

Yakin. Allah masih buka peluang lain.

Untuk istilah lamaran lelaki.
pointnya:
lelaki itu benar-benar diyakini agamanya (solat,kepercayaanya,ilmu agamanya).Diyakini keseriusannya.

tapi ada juga yang ingin berkawan-kawan saja. Boleh. Berkawanlah sebagaimana kita berkawan-kawan dengan orang lain. Tiada 'special'. Jika ada. hati-hati..nanti terjebak dalam istilah orang muda sekarang..kapel.

ujungnya. 1.Jangan ragu-ragu menerima. Tapi pastikan sudah bersolat minta petunjuk dan ketetapan (solat Istharah). Dan paling bagus sudah berbincang dengan orang-orang yang dipercayai.
2. Jangan ragu-ragu menolak. Yakini jika kita orang baik/solehah, pasti kita ada peluang untuk orang yang baik/soleh

sebiji pandang peribadi tentang lamaran untuk muslimah.

18 December 2012

larangan untuk melarang

"haissh hal-hal jiwang jangan post kat FB.orang lain pun kahwin jugak".
saya kalau dapat orang cam ni mau pegang leher dia dan cakap.

"apa masalah sebenarnya?". (cakap kuat-kuat sambil buka mata besar-besar)

itulah. Bila letak orang sebagai ahli gerakan. Banyak sungguh larangannnya. Tidak bolehnya.

"ei..canggihnya tudung!".
"baju tu macam pokok dah"
"macam apadaa pakaian".

teruk sungguh dicerca kan.
padahal itu bukannya membuka aurat atau menunjuk-nunjuk.

silap sungguh kita.
orang jemaah tidak boleh begitu begini. Patutlah ramai lari dari jemaah sebab hal-hal kecil ni. Duduk dalam jemaah banyak benda terlarang dilarang.

lepas tu, pakai cakap. "Siapa piliha ahli gerakan, pasti tidak rugi."
ini adalah target tinggi dan menakutkan.
manusia biasa saja pun.
orang biasa.
tau juga menangis bila dimarah-marah.
haish. betulakan mentaliti. Dia rock and roll masa demo. Belum tentu boleh rock and roll masa mak mentua suruh mesin rumput seluruh rumah. (tiada kaitan)

jangan target sangat. Biasa-biasa pun cukup.


12 December 2012

ombak rindu yang ini

saya telah menengok Filem Ombak Rindu. YA . Filem yang menyebabkn Aaron Aziz menjadi artis popular ABH.

ok. Jalan cerita dia lari sikitlah dari Novel Ombak Rindu yang saya baca masa di asrama dulu (ok.cerita lama).

ada 5 pengajaran yang saya dapat cedok dari filem ini.
1. Adegan kelab malam. Tidak perlu. Buang bajet. Baik digantikan dengan seseorang bercerita tentang scane di sana. Tidak perlu scane langsung.

2. Adegan sentuh pelakon. Pun tidak perlu. Imej pelakon dalam tu akan nampak tidak sihat. Contoh si Lisa, sekarang dia dah isteri orang. Apalah agaknya pandangan anak-anak dia nanti bila tengok cerita ni. Walaupun pada masa tu Lisa dah bertudung labuh dan berniqab. Jadi, cara paling selamat. Hapuskan adegan sentuh-sentuh. Saya yang dah kahwin pun 'termalu' melihatnya.

3. Jangan bertunang lama sangat. Kalau rasa belum ada hati nak kahwin dalam tempoh setahu dua. Baik ikat perhubungan dengan ikatan 'kawan'. Tiada musibah ditempah. Tengoklah Aariz tu, dah ikat tunang dengan Mila..seburuk manapun perangai Mila. Awak dah jadikan dia tunang. Jadi, maksudnya, dah selangkah menuju alam perkahwinan.

4. Ibu bapa, jangan harap sangat dapat menantu yang soleh/solehah kalau anak (anak lelaki terutamanya) perangai ya ampun. Didiklah anak lelaki sebaik-baiknya (untuk diri saya sendiri). Didiklah anak perempuan menjadi pengikut yang terbaik. (aminnn). Dalam cerita ni, Izzah sudah menerima didikan yang baik, walau macamanapun perangai suami, taat pada perkara yang tidak menyalahi syarak adalah wajib. (ingatan untuk diri sendiri).

5. Jangan jatuh cinta tanpa realistik. Siapa yang terjatuh cinta, semak semula kenapa jatuh cinta?. Ialah cinta itu ada yang kata buta, so.. kadang jatuh cinta buta-buta. Dalam filem ni, Mila sangat jatuh cinta dan mereka bertunang lama, balik Malaysia dengan harapan akan bekahwin dengan lelaki yang dicintai dan telah ditinggalkan lama. Walaupun si lelaki telah berterus terang yang dia tidak cintakan Mila macam dahulu. Mila ugut, katanya tiada siapa yang akan menghalang perkahwinannya.

ok. saya rasa ada banyak lagi pengajaran.
apapun suasana kampung dalam cerita ini sangat cantik dan damai. Berani pengarahnya memilih lokasi baru (baru kah?). Doakanlah semoga penggiat filem kita dilembutkan jiwa supaya membuat filem yang lebih sihat dan segar. aminnn.

09 December 2012

10 bulan sudaa baah



apabila umy dok tahu mau biking apa suda
Fath dah 10 bulan ++. Dia dah mahir panjat-panjat. Letak sikit mau panjat sana .Mau panjat sini. Ok.
Fath dah jadi kawan umy bercerita dan menyanyi. Bila dengar lagu saja. Dia akan goyang badan ke kiri ke kanan. Jadi..kami cuba bagi dengar lagu bercorak keilmuan. cehh.

kalau dengar lagu 10 malaikat yang umi nyanyi. Dia terus buang benda dalam tangan dan tepuk tangan. Tapi kalau dengar dari video, dia terus goyang badan. Ok. Kami terhibur. Tapi umy tidak suka. Umy tidak suka anak galak joget. Haha. Sebab umy tidak pernah pun ajar. Entah sejak keluarga umy stay rumah ni. Adalah kemahiran baru dia dapat. Entah siapa ajar (umy tidak tuduh pun)

Fath dah pandai bersosial. Itupun dari cerita myLove masa dia tunggu umy di masjid. Fath dengan penuh bahagia main dengan kanak-kanak disana. Menurut abi, Fath ada hati ingin panjat tabung masjid yang lebih tinggi dari dia. Lepas dia ajar kanak-kanak perempuan yang muda sikit dari dia tolak buku macam kereta. Fath memang pakar bab tolak-tolak. Biskut gabeng pun dibuat kereta. Sampai lunyai.

masa umur 8 bulan (tunggu abi seharian juga). abi jaga 9 jam seminggu,kira ok (^__^)

Semalam umy g program Marsis. Lepas kelas balik sat, ambil bau rumah. Lepas tu jalan. Separuh jalan. U-turn. Umy yang bijaksana tertinggal hp yang dicas. Abi berkhutbah panjang. Dalam seminggu dua kali berlaku. Hissh. teruk..teruk.

Fath yang masih kanak-kanak pun ikut. Takut juga bawa anak kecil ke area hutan ni. Dan hari ini Fath sudah panas-panas. Demamlah tu.

Fath memang suka naik kereta, sedap dia tidur

free style (tido sambil makan stroller)

ok. Hari ini Fath tolak kereta abi belikan di atas TV dan Fath juga naik atas TV. Umy rasa nak letak TV tu dalam bilik dan biar kita semua tidak tengok TV. Abi tengok bola kat mamak jak. Sambil minum 100+.

see. Umy nak sambung taip tugasan Prof Isahak. babai.


07 December 2012

Sahabat untuk selamanya..

sambil nyanyi, sambil tulis, sambil fikir.

wanita ni cepat tacing la..
memang pon.
sebabnya jiwanya berat dengan emosi..hee

sahaja aku merindui kawan-kawan,sahabat-sahabatku yang ensem, macho, gilak dan sangat optimis..

1. Adriyani
2. Aisyah (pok). zauji saya cakap banyak sangat kawan saya nama Aisyah.
3. Aminah
4. Asti
5. Linda
6. Harnah
7. Mahira
8. Kesuma
9. Kastiya (Qistina)
10. Salmiati (kak Mia Jumat). Kakak saya pun nama Mia..jadi kami suami isteri memberi beliau gelaran ini.

sikitnya.. banyak lagi. tapi yang ni paling baik, paling jahat, paling kurang..
memang saya tidak ramai kawan. Sebab saya susah mau jaga hati manusia yang cepat touching macam diorang ni..haha

"Ya Allah. Bagikan mereka kekuatan dan kekebalan untuk terus dijalanMu.aminnn".

tiada gambar. laptop saya tidak simpan gambar kamu..kamu bukan bahan bantu mengajar (BBM).
sebab laptop saya sudah masuk wad la T_T. (cerita lama).

ok. saya mau sambung buat asimen. Kamu tidolah sana puas-puas. Kecuali Kesuma, sebab anaknya mesti bangun tengah malam..heee. Bila lah boleh ketemu si jelitawan Kesuma ni.

aminnn.insyaAllah. Gombak jak pun. Bukan Goslow  .k sambunglah kerjamu

Trip ke Gaza

salam juang.
ramai sudah manusia berubah. Cintakan kebenaran. Apakah yang benar?. Semuanya yang benar-benar belaka.

saya melihat betapa ramai rakan saya sudah pun selesa di medan juang. Mereka selesa mengorbankan harta (gaji), masa (cuti atau ), dan jiwa (dilayan bagai orang tiada apa-apa).
mereka selalu diceritakan musuh mereka ialah manusia zalim, pemakan hak rakyat dan berat sebelah. Itu benar.

hari ini, ramai artis terlibat dalam lawatan ke Gaza. Lawatan? .Opps.
mungkin juga sebagai cabaran menuju Gaza.
Gaza ialah sisa kawasan Palestin yang tertinggal. Tidak dapat dipulun oleh Yahudi. Hebatnya mereka di Gaza, sungguh berjiwa kental.

Selama ini susah sekali sesiapapun ingin menginjak Gaza. Sehinggakan ada kes, isteri PM terpaksa call isteri PM sana (sebelum Dr Morsi) untuk minta seorang pelajar yang tersekat diantara Mesir dan Gaza dilepaskan.

hari ini, sebaliknya. Malah ramai pula boleh ke sana. Wallahu'alam.

Semoga mereka yang kesana, pulang dengan selamat. Biarlah pun mereka daripada golongan yang menyokong manusia 'zalim'. mungkin mereka masih tidak celik melihatnya situasi yang benar. Moga Allah membuka hati-hati mereka. Aminnn.

Bront,Afdlin, anak Pak Zain, Heliza..yang ni saya tau, sebab depa artis. Yang tidak artis..sabaq na. Doa-doa makhluk di langit kenal anda. aminn

06 December 2012

di tangan dan angan-angan

rancang apa yang ada ditangan.Bukan apa yang diangan-angankan.
ok.
apa yang ada ditangan saya ialah, semua barang untuk saya gunakan dan bawa pada esok hari. Esok hari ahli kelas saya melawat ke TASKA PERMATA di Chini. Ramai kelas saya terdiri daripada ramai guru-guru yang sedang enak bercuti sekolah
Hari ini tidak dapat bersama mereka melawat Taska PERMATA di Chini.Walaupun sudah bersiap-siaga.Tidak dapat pigi adalah suatu yang diangan-angankan.
saya hanya meminta ketua kelas, memaklumkan lecturer.

saya sangatlah ingin melihat projek yang berjaya itu. Bagaimana idea yang diwarkan-warkan itu. Selain itu saya juga berangan-angan membuka taska PERMATA. Rugi tau, juta-juta tu masuk poket orang-orang amno. Kenapa kita tidak rebut peluang itu..takpalah kalau dicakap lepas kutuk-kutuk minta dana..he.

saya sekarang mau rajin berangan-angan. (^__^).

ok. Fath kurang sihat. Batuk, selsema. MyLove pulak MC dan tidak mampu menjaga Fath. Bagaimana saya harus ke tapak projek dan membiarkan abi menjaga Fath. Saya redhakan. Jika saya tidak dapat A sebab tidak hadir. Saya pun kena redha. Harap Dr M lembut hati. (aminnn).saya angan-angan lagi.

"Ya Allah. Berilah mata dan jiwa kami ni berfikiran positif dan optimis.aminnn".


[kepada pengkritik dana PERMATA yang berjutan2 tan. Silalah google projek zaujah PM Malaysia. di situ,kita akan belajar.Kuasa adalah POWER]