09 Disember 2011

ummi


Baby Abdullah dalam janin dijangka masih kecik & ringan. Mungkin sebab umminya malas makan.Atau sebab makanan umminya tidak membantu tumbusarannya.

hari-hari baby Abdullah, pusing-pusing rahim.Sampai ummi dia naik tidak sedap baring,tidak sedap duduk,tidak ena berdirri.

itulah baby Abdullah,aktif tidak kira masa.Masa ummi dia solat,dia tujuh-tujung atas perut,sampai mau saja umminya menjerit.Tapi kan mana boleh..tu kan tengah solat.

bila malam,ummi kena bangun kerap..sebab perut tidak selesa.Bagusnya..ummi dapat rasa begitulah yang mak dia rasa masa mengandungkan dia dulu.Sebab itu mak dapat kedudukan mulia.Sampai syurga pun diletak di tapak kaki mak,bukan atas kepala.

Mak tanya ummi,darah ok?,sakit-sakit?.Ummi jawab jujur. Mak cakap "biasalah tu".Ciss..mak bukan tidak tahu,tapi saja tanya-tanya,kemudian jawab "biasalah tu".

ummi selalu juga risau,nanti baby Abdullah lahir,dia sudah makin bertambah banyak kerja.Lagi-lagi dia tidak boleh buat benda ikut suka kepala saja.
Atau sebelum itu..masa lahirkan baby Abdullah,dia sebenarnya menuju syahid kecik.Orang kata melahirkan anak,sakit..pahalanya sampai tahap syahid.Walaupun kecik.Pahala syahid bukan senang-senang mau dapat.

ummi tidak risau,kalau takdir nyawa diambil masa itu,Allah pasti ada mengatur perjalanan hidup mereka yang tinggal jauh lebih baik.Jika itu yang dirisaukan..tiada guna,kerana AJAL datang bukan ikut suka ita,ikut perintah Allah.

tapi..ummi tetap berdoa,moga dapat jadi ummi yang baik.Dikurniakan anak-anak yang mendirikan solat.Anak-anak pengirim doa untuk ummi dan abi nanti.

nota tumit:ummi tulis semua ini..supaya satu hari nanti,boleh jadi peringatan untuk anak-anak ummi dan sesiapa sahaja yang membacanya.Yang ummi pernah menulis.

07 Disember 2011

yang selekeh-selekeh

semasa sekolah rendah dulu.Saya ada beberapa pasang baju.Yang berwarna putih asalnya,tetapi kemudian bertukar ke warna coklat.itulah warna keseluruhan hidup saya semasa sekolah rendah.
cikgu-cikgu ada yang memandang siring pandang,
ada juga yang menegur.

sebaliknya,abang saya pula berbeza,dia sentiasa kemas dan bersih.
jika dibanding gambar kami berdua,bagai bukan duduk serumah.Jauh sekali adik beradik.

Saya memang tidak kenal erti menjaga kebersihan di hadapan orang ramai.Jangankan ke sekolah,kemana-mana pun saya akan menyarung baju ikut suka.Akibatnya saya terselesa dengan kehendak hati dan jiwa.wahhh..

baju sekolah bukan sahaja tidak bergosok,tetapi juga bercorak-corak taik lalat.Sungguh jijik dilihat.

tapi peliknya,otak saya diwaktu itu tidaklah sehampeh pakaian dan penampilan saya.Saya boleh sahaja menjadi t0p 3 di dalam kelas yang dipenuhi oleh rakan-rakan yang berpakaian kemas dan pembersih.

saya ibarat terbiar.Itu mama saya hanya tahu membebel dengan corak pakaian saya ke sekolah.Dia tiada langsung masuk campur untuk memperelokkan pemakaian saya,kecuali berceramah dan mencubit atas kedegilan saya dalam bertingkah laku.

Sebab itulah,jika saya mahu melihat bagaimana saya mula berdikari dengan hidup,saya hanya perlu mengingat bagaimana saya ke sekolah semasa bersekolah rendah dulu.

sebab itulah,guru kelas saya semasa di darjah 1,apabila bertemu saya dimana-mana,selepas saya menyalam dan mencium tangannya.Ditariknya saya dan dipeluknya.Mungkin kerana sejarah pakaian saya masih terngiang-ngiang di mata beliau.

Sebab itulah,saya terbiasa sakit hati kalau ada orang mengutuk budak-budak yang berhingus,berbau,dan segala macam yang jelek-jelek.Lebih-lebih lagi jika budak-budak itu terhidup disuasana yang memaksa dia tidak malu berktrampilan begitu.

p/s cikgu-cikgu,sediakan minyak wangi,kecip kuku,bedak jika berhadapan dengan pelajar selekeh.Ndak cukup dengan 'mendenda' semata.kurang impak maksima.

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP