24 August 2011

Ijok,Kuala Selangor

sejak duduk Kuala Selangor ni.Rasa bagai hidup di kampung juga.Cuma bezanya orang disini kebanyakan senang sikit.Sebab tu ramai budak-budak umur belasan tahun sudah lincah bawa motor.Ada juga yang buat ala-ala rempit itu.Ishh..

alhamdulillah, duduk di kawasan ni,adala sedikit pengisian-pengisian jiwa, kebanyakan dapat daripada hadir di masjid-masjid.Lagi-lagi bulan ramadhan yang mulia ini.

Sejak Zauji berkawan dengan orang kuat Dr Dzul,ada juga beberapa kali menyertai 'majlis tazkirah' Dr. Cuma sedikit kurang puas hati, bila Dr ni bagi tazkirah guna laras 'lecture' dia.Mesti payah nak dekat dengan hati. Apapun usaha Dr sebagai MP Kuala Selangor,memang jauh beda dengan Datuk Bung Muktar, MP Kinabatangan yang memang saya tidak pernah jumpa menjadi 'pentazkirah'.

Paling lucu.Bila 'menjoin' solat witir di sebuah surau di kawasan perumahan yang terletak di dalam kampung.Rasanya kawasan orang-orang sederhana. Bila saja habis tarawih, semua macik-macik makmum, dalam 10 orang gitu, pakat senyum-senyum salam tangan saya dan memeluk. Tidak lama kemudian sambil-sambil dengan Dr Dzul bagi tazkirah pasa psikologi ramadhan, seorang macik menegur.
"datang dengan YB ka?"
Aduh..indak pasal-pasal.Mungkin sebab saya yang agak muda, kebetulan muka baru,disangka begitu

Keadaaan surau taman itu agak usang,tapi jauh lagi bagus banding dengan Masjid Al-Muhajirin kampung saya yang selalu mengumpul banyak duit sumbangan itu.

Satu ketika, ketika saya memang agak lembik diwaktu petang, zauji mengajak berbuka puasa diluar.Katanya di kampung.YB mahu bagi sumbangan kepada orang kampung agaknya.Saya memang agak malas bersiap dalam keadaan lembek.

Sampai-sampai saja, ingatkan di masjid, tapi rupanya di kawasan pejabat.Siap ada khemah,dan katering. Teringat majlis berbuka puasa yang saban tahun diadakan oleh PERKIM Kebangsaan.

Sudahlah sampai agak lewat.Pulak dijemput duduk dengan 'macik-macik', termasuk isteri Dr.Dzul.Rupanya saya duduk di meja VIP.

Walau baru duduk berhijrah di sini.Rindu kampung sendiri mesti selalu terasa. Walau Baik mana pun wakil rayat di sini.