04 Julai 2011

ya bunayya

masuk hari ini. Hari yang keenam. Selapas pulang dari kampung yang indah dan nyaman. Saya kembali ke rutin biasa. Loya dan mabuk. Semua serba tidak mengena.Dari hendak tidur,berjalan, minum hinggalah ke makan.
Serabai.
masa yang banyak terisi dengan mengajak diri melupakannya dengan tidur.

Paling menyakitkan tentulah ketika tekak membuak-buak dan mengembang-ngembang.
Sesekali juga menangis itu ada.
Dalam kepayahan ini terbayang mungkin begitulah mama dulu semasa aku dikandungnya.

Jauh dari sudut hati. Tentu sesekali tidak mahu kalah dengan kepayahan ini.
kesian zauji.
dialah amah.
membasuh kain.
memasak.
mengemas.
memujuk-mujuk makan.
memujuk-mujuk bersabar.


kadang hilang juga kewarasanya.
bila melihat saya yang terbungkang di tilam.
sedangkan waktu solat semakin habis.
kalaulah solat boleh diabaikan.
saya mungkin akan mengabaikan.
payahnya untuk bangkit ke bilik air.
untuk mengambil wudhu.
terasa mau saja merayap.

jika mengankat takbir.
sedayanya membetulkan setting minda.
supaya isi muntah tidak keluar.

kalaulah ada keringanan makan sewaktu solat.
sayalah yang akan menggunakan sebaiknya.
jika tidur saya jarang lekang dari menghisap kemanisan gula-gula,
di dalam solat juga saya ingin sekali menghisapnya.

sesekali saya ingin juga berharap.
agar 'ya bunayya' ini menjadi anak-anak yang soleh.
namun.
saya takut membayangkan bagaimana menjadikan dia soleh,jika saya masih belum pun layak menjadi anak yang soleh.

tiada yang dimau.
moga generasi ini,menjadi generasi yang mendirikan solat.
aminnnn.

moga kau selamat sayang~Aminnn ya Rabb

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP