23 Julai 2011

ana Muslim dan Ambiga Kafir.

Minggu lepas saya gan Zauji ke Masjid Al-Baroqah.Masjid yang dekat dengan tokong. Dua-dua tepi jalan. Jalan Klang-Kuala Selangor.

Selain solat berjemaah.Seronok dengan penyampaian Ilmu dari seorang Ustaz.(mau sebut ceramah,nanti ada orang meluat pula).

Zauji kata,ustaz itu dah bagi khutbah sebelum ni.Kat Kota Damansara.Khutbah beliau terselit juga pasal Bersih 2.0.
Itulah uniknya.

Bukan persoalan ceramah siapa dan apa isi ceramahnya.Cuma saya tertarik bila ustaz itu memberitahu pengalaman beliau dapat mengislamkan 19 orang kafir.Masya Allah hebat!

Berbalik kepada persoalan Ambiga. Saya secara jujur tidak tahu siapa beliau. Cuma tahu beliau terlibat dalam kisah IFC dan beliau memang seorang kafir ataupun non-muslim.
(kadang perkataan kafir ini terlalu keras).

Beliau adalah pengerusi BERSIH 2.0.
Maklumat ini yang saya tahu.

Kenapa saya perlu tahu lebih. Saya turun ke BERSIH 2.0 bukan kerana beliau pun!

Dan saya hampir-hampir menumbuk meja bila membaca komen-komen orang yang mengatakan orang Islam yang turun ke BERSIH 2.0 adalah menyokong Ambiga yang kafir itu (maafkan saya).Ambiga yang bukan Islam itu.

Lagi-lagi boleh bikin sasau bila yang menuturkan itu, adalah seorang yang menggelarkan dirinya ustaz.Tok guru. dan sebagainya.

Apa punya teruklah mereka itu.

Apapun melayan mereka bukan penyelesaian. Persoalannya Si Ambiga Yang Kafir itu (maafkan saya lagi Dato') memang tidak terdedah dengan hukum Islam. Kerana keadaan negara kita sememangnya kurang pendedehan.Melainkan beliau rajin ke kelas-kelas,ceramah-ceramah,atau halaqah ilmu untuk mengatahui berkaitan dengan hukum Islam.
Itu mustahil.
Dan seingat saya, sewaktu IFC kecoh.Kebanyakan yang berkuasa.Macam Pak Menteri.Apatah lagi Menteri Di Jabatan Agama hanya menegur.Tidak pula membetulkan pemahaman beliau dan konco-konco beliau.
jadi,beliau tidak boleh disalahkan 100%.
Salahnya ialah kita..si Orang Islam,hanya tahu melarang,tetapi tidak membetulkan.

Misalnya,bila ada orang Islam memberi salam.
Kita pula mengatakan.."haram memberi salam".Atau kita membalas dengan doa yang jahat
Sedangkan dia si kafir itu sudah memberi kita doa. "Salam sejahtera keatas kamu".Kita pula membalasnya "celakalah kamu".
kan jahat begitu..
Kan Nabi juga pernah menerima salam si orang kafir dan baginda membalasnya "waalaikum".
Bukan pulak menyumpah.

Mungkin kita terlalu takut jika dia mempermain-mainkan agama ad-din kita.
Tetapi cara kita itulah..kadang membuatkankan kita ini bagai merasakan Islam itu hanya hak milik persendirian orang Islam.
Dan yang bukan Islam tidak layak menggunakannya.
padahal,jika diperhatikan.Yang mengikuti ad-din sebagai cara hidup,kebanyakan mereka yang bukan Islam.Lihat saja di Singapura.Tiada sampah yang bebas dibuang merata-rata.Di Kanada misalany,mana ada undi dengan duit.Itukan rasuah.

Bukan apanya..saya risau para-para kafirun yang tidak memusuhi Islam ini,jika kita semua bertemu di mahkamah Allah.Membuatkan amalan baik kita tidak bermakna apa-apa.(itupun jika ada amalan kita yang diterima Allah).

bila Allah bertanya
"kenapa kamu wahai si polan..membuat tuntutan IFC sedangkan ia membawa keburukan kepada orang Islam?"

dan mereka menjawab.
"kami melihat dalam undang-undang Malaysia..ada ruang untuk kami meminta itu ya Allah".

"kamu tahu itu salah?"

"ya kami tahu.Tapi tiada orang Islam pun memberi penerangan mengenai itu..melainkan mereka hanya tahu marah-marah".

Nauzubillah!

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP