02 May 2011

Maje dan Pesta Buku-bukuan



Siang Tadi.Ahad yang memenatkan kaki.
Ke PESTA BUKU ANTARBANGSA. Terletak dibangunan megah PWTC. Kawasan CBD yang konfom sesak.
Incik Suami sudah berpesan.Bajet yang akan dan seharusnya terbang untuk buku-buku.
(yang sebenarnya saya pun tiada niat untuk membeli..err..kerana saya memang bukan kaki beli buku).

Maje memulakan niat berjalan dengan sedikit kurang yakin.
Incik suami a.k.a En.Mohd Shukri @ Kri bukan boleh dipercaya sangat.
maklumlah diapun bukannya kaki beli buku jugak
(Dah nasih kaulah Maje!).

Em. Maje memang bernasib kurang sikit;
1. Berjalan bersama suami. (sebab terpaksa berasak-asak di koc KTM campur-campur.Dah biasa naik koc wanita dowhh.).
2. Tidak dapat duduk. Bagai rasa diri sedang diperhatikan oleh segerombolan manusia yang ada di dalam koc terbabit (perasaan yang terlalu kerdil jadinya).
3. Suami kurang mahir berbahasa isyarat (memayahkan untuk mengumpat-ngumpat penumpang lain). Bukan apanya,beberapa penumpang asyik khusyuk membaca buku. Maje mau memberitahu kemungkinan yang membaca itu adalah student UPSI..ataupun Darul Quran.

Namun.Seronok berjalan bersama orang seperti suami Maje ni;
1. Rasa selamat. (Bila ada penumpang yang tengok-tengok. Rasa kurang selesa. Tetapi bila suami ada disebelah rasa yakin meningkat).
2. Barang-barang dia yang bawa. Sebab dia yang beriya-iya suruh bawa beg.
3. Tukang tegur. Sebab Maje jalan kadang bagaikan mengejar flight.
4. Perjalanan menjadi tidak sunyi.
5. Memang bagus berjalan bersama-sama!.

Penat merayau ke sana-sinun. Terjumpalah beberapa booth.
Lim Swee Ti yang kaki menyajak itu sudah cukup menerujakan. Tapi..dia ada kes pasal anugerah yang dia dapat. (Sudah-sudahlah Maje).
Ke Kaunter JS. Alhamdulillah terlihat kelibatan penulis Surat Unggu Untuk Nuha dan Jaja&Din. (banyak karya beliau,yang ni jak Maje dapat baca..sebab yang tu jak pernah dijumpa).
Kira bagus juga penulis-penulis JS ni. Penulisan yang comey+ilmu+segar.

Untuk diri dan suami. Maje hanya melihat buku-buku bundle math&Englishbudak-budak UPSR. Sebab memang bukan kaki beli buku pun. Suami yang sejak awal mencari buku pasal MS Exel. Dapatlah RM3 untuk buku tu. Walaupun Excel 2000 dah sangat cukuplah tu.

Maje hampir malar. Terkejut juga cashier kerana keterujaan menyebut JIBAM. Buku yang diidamkan. (Dah tiada rejeki Maje).
Walaupun harganya tidak sampai RM10.
Tidak mengapa. ada rezeki dapat juga nanti tu (Maje memujuk diri sendiri).

Mujur membawa sebotol air. Maka adalah cas untuk tekak.
Alhamdulillah rezeki KTM berganda hari Ahad bersempena dengan hari terakhir PBAKL11'.
Menyebabkan Maje dan suami ditakdirkan menaiki tren yang ketiga.

Mengantuk yang melanda. Menyebabkan lupa menilai semula beberapa kelemahan PBAKL11.
1. Tandas yang canggih,menyebabkan beberapa pengunjuk pesta itu takut masuk.Padahal tinggal tekan jak untuk 'cuci'. (sebaiknya dilekatkan cara penggunaan di pintu)
2. Penggunaan dewan-dewan menyukarkan pergerakan keluar masuk pengunjung ke mana-mana booth.
3. Pengunjung yang selamba ikan, duduk atau berdiri yang menganggu laluan.
4. Perniaagaan yang sempit menyebabkan beberapa pengunjung berlanggar-langgar bahu,badan (Penjual ais krim Nestle yang menggeramkan tekak).
5. Pengankutan KTM perlu digandakan. Kesian pengunjung yang membawa anak-anak.

Maje dah penat berfikir.