21 April 2011

Peperiksaan Last

Semalam saya last paper untuk subjek Tekanan, Sokongan dan Pengajaran. Subjek yang sangat baik untuk semua!

Dengan pembacaan yang separa-separa ingat. Alhamdulillah berjaya juga saya menjawab dengan penuh bergaya.

Satu hal yang sangat menggangu mental. Bila saya tidak tahu jadual perjalanan bas ke Dewan Peperiksaan!. Menyebabkan saya dilanda risau melampau-lampau. Agaknya camanlah kalau-kalau bas itu berhenti di Fakulti Pengajian Islam. Naya saya kena berlari untuk ke dewan.

Saya hanya ada pilihan. Naik bas pukul 7.30 atau pukul 8.00 pagi. Jika pukul 7.30 bermakna saya akan terjongok 1 jam di depan dewan!. Saya ingat lagi, semasa di tahun dua dulu, di dewan peperiksaan yang sama, jam yang sama. Saya telah terlambat 15 minit!.Sebabnya bas tidak meround ke DG. Kemudiannya saya terpaksa berjalan kaki separuh berlari pecut lebih kurang 1KM lebih. Gila!

Hari ini saya terbayang sama begitu.
Dengan bas yang terawal 7.45,saya sudah duduk panas-panas dalam bas. Penumpang pula beberapa ketul dan kebanyakannay turun di dewan lain. Saya bagaimana ni...lupa pulak bertanya kepada pemandu tadi...huh!

Tengah-tengah runshing begitu. Saya masih membelek nota-nota sebesar A4. Nampak sangat nota baru buat.
Duduk seorang minah serius gila. Sejak cicah duduk sebelah saya, notanya tidak bergerak di depan matanya.
Emm..tanya atau tidak?. Kang gangu pulak.

"eheh...adik exam kat mana?". Dari bunyi-bunyi suara saya itu, ada nada bermesra sebenarnya.

"kat DG". Dia tersenyum. Sebelum menyambung kembali membaca note keciknya. Huh! Alhamdulillah!.



nota tumit: Malu bertanya, resahlah dijiwa

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP