07 April 2011

Ceritera Malin 1

Nasi Goreng Malin


Pagi itu dia menggoreng nasi lagi.
Nasi goreng kicap a.k.a nasi goreng mamak!.
Itulah rutinya, jika isterinya lewat bangun! huh!.
Tetapi..
Malin tetap reda,
sesekali mengeluarkan tenaga apa salahnya.

Bunyi air dibilik mandi berdencuran.
Bersama-sama dengan suara 'DJ pagi di rumah'.
isterinya sejak tadi marah-marah.
kerana tidak langsung mengejutkannya untuk menyediakan sarapan!.

'Bukan tak kejut sayang oii..tapi tak pandai terkejut-kejut'.

Terbayang-bayang hobinya beberapa tahun dulu...

dia bernama Malin. Seorang lelaki baik. Kulitnya cerahnya. Matanya berwarna 'brown'. Senyumannya manis. Tetapi jika tidak senyum. Mukanya ketat bin kensang.
Ada orang menggelarnya Rangga. Sinonim watak utama dalam cerita AADC. Namun, dia bukan suka digelar begitu. Tetapi bila orang dah gelar. Malin sangatlah bahagia. Dengupan jantungnya mengepam bahagia.

Malin.
Setiap hari, radio kapok milik datuknya dipasang sebesar suara. Pecahlah speaker radio usang itu. Tetapi dia selesa.
Ibunya, makcik Sonah. Seorang wanita baik hati. Penyokong setia kepada anak terunanya.
Ayahnya adalah pengkritik terhebat!. Setiap hari adalah masa untuk menjadi juri kepada Malin.
Seorang anak yang baik, tetapi sedikit 'lain'.

"Malin, sarapan dah siap?". Ayahnya yang sejak tadi menggosok sabit bertanya.
Malin chef dirumah. Juga pekerja di ladang.

"belum..ayah..mak nak pecok lada dulu". Malin yang berhenti sekejap tadi disisi ayahnya beredar. Dia terlupa ibunya meminta dia memetik lada di tepi kolam. Betul-betul di belakang rumah.

Malin bernyanyi-nyanyi. Lagu Allycats tentunya. Inilah kumpulan kesayanganya. Berderet kaset dibiliknya.
Peminat setia kan.

Malin bukanya tidak boleh menyanyi dengan baik.
Tetapi, dia memang tidak boleh langsung menyanyi!.
Ayahnya pernah puji,
"Malin..suara tu layak sangat jadi penyanyi back-up untuk koir sekolah tadika".

Malin gembira. Pujian dari ayahnya ini adalah jarang berlaku dalam hidupnya.

Tidak sedar. Poket baju melayunya sudah dipenuhi lada.
beberapa biji terjatuh dan mengenai kakinya.

"ini pembaziran!"
Malin lantas tunduk untuk mengutip.
Maka..
bertambah-tambahlah bilangan untuk dipungut.

pungut= kutip

Terbayang-bayang sambal lada cicah nasi goreng. Makanan kesukaanya. Kecur liur jadinya.

"abangggg...."
Fuhh. Terkeluar masuk jantungnya mendengar suara isterinya.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP