11 February 2011

Selamat BerPRK.



orang kat U ni dah sebok sekali. Sebabnya PRK dah dekat.
yang unit kempen,dah mula sebok praktikkan cara nak naikkan calon.
yang duk unit teknikal, siap siaga dengan kudrat barang-barang teknikal.
semua serba sebok.
jarang dah tengok lepak-lepak sambil tengok bola.
kadang jugaklah.

tapi..ada juga yang tidak sebok.
baginya cukup-cukuplah budak-budak 'gila jawatan' buat.
baginya, aku datang sebab nak belajar..belajar..masuk kelas,buat asimen,discussion,makan,lepak gan kekawan, ada masa free jenjalan sana-sini..'aku bahagia..tak kacau orang'.
lagi..aku tak mau sebok-sebok sampai asimen aku tegendala..
itu mungkin kata diorang.
dan dia orang ni..mmg tidak sesuai jadi perwakilan mahasiswa..sebab tidak rela bersusah payah kerana orang lain.
stop.


lagi satu..
ada yang menyampah tengok..pengikut2 yang b
unyi-bunyikan hon..yang pegang bendara..pegang banner..pegang gambar..macam-macam aksi yang dia tidak pernah buat..
(mungkin sebab dia tidak pernah buat..dia jadi menyampah..mungkinlah).
yang pastinya..dorang semua tu buat kerja yang untuk mempopularkan sesuatu calon.
hah..jangan kata pulak, "diorang ni..tadak kerjakah?".
diorang ni dah banyak kerja..tapi tetap buat kerja yang macam hampeh ni.

ironinya,
terlalu banyak peristiwa yang berlaku di medan U ni adalah mini untuk medan politik negara..
hemm..kalau takut sangat sebut-sebut politik..senang-senang..carilah perkataan yang maksud sama dengan politik tuu..

ada yang tidak hadir kelas untuk buat semua itu,
dan diorang punya hak untuk itu..
hak kita..tegurlah..nak marah-marah buat apa..diorang memang sebok sampai tidak masuk kelas..
tapi...percayalah..diorang tu..bukannya kureng dari orang lain..cuma peliks sikit dari orang yang hidupnya berteman asimen dan majalah2 murah...
kalaupun kekurengan diorang itu satu kekurangan..
sekurang-kurangnya..diorang ni..cakna juga pasal agenda kampus..yang orang lain malas nak fikir..

untuk kesimpulannya,
biarlah diorang buat hal,mencabar undang-undang...asal diorang belajar..
manalah tau, ilmu itu bermanfaat untuk diorang..kita mana tau..

"tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia, semuanya ada tuah...asal ada usaha &kesungguhan".


nota kaki:
saya kurang sebok..sebab hari-hari sebok fikir mahu tebar ilmu..hehe