25 February 2011

PEREMPUAN



seseorang bernama Wanita.
saban waktu diuji.
saban masa menghitung diri.
usah rasa terlalu lemah sehingga menganggap semua orang adalah harimau.

seseorang bernama Perempuan.
kemana pergi ingin berteman.
walau dulu segagah pahlawan.

seseorang bernama Nisa',
ke sana sini bertekad satu,
kemudian-kemudian berubah tekad.
kerana emosi selalu menduga,
itulah simbol lemahnya diri.

seseorang itu bergelar hawa,
lemah lembut di dalam tegas,
usah terlalu merasa KUAT,
kerana kadang EGO yang mengaburi diri,
sedangkan AIR MATA tertahan sakit.

seseorang bergelar mawar,
cukup-cukuplah menjadi wangi,
walau diri sering dipuja,
walau duri tajam berbisa,
akalmu senipis rambut,
sedangkan hatimu serapuh kaca.

lemah itu bukan tanda KALAH,
tetapi sebagai sandaran pantang mengalah.

nota tumit:
jangan segan berterus terang,sakitnya kerana patut.
dari memendam memakan diri.