25 Februari 2011

PEREMPUAN



seseorang bernama Wanita.
saban waktu diuji.
saban masa menghitung diri.
usah rasa terlalu lemah sehingga menganggap semua orang adalah harimau.

seseorang bernama Perempuan.
kemana pergi ingin berteman.
walau dulu segagah pahlawan.

seseorang bernama Nisa',
ke sana sini bertekad satu,
kemudian-kemudian berubah tekad.
kerana emosi selalu menduga,
itulah simbol lemahnya diri.

seseorang itu bergelar hawa,
lemah lembut di dalam tegas,
usah terlalu merasa KUAT,
kerana kadang EGO yang mengaburi diri,
sedangkan AIR MATA tertahan sakit.

seseorang bergelar mawar,
cukup-cukuplah menjadi wangi,
walau diri sering dipuja,
walau duri tajam berbisa,
akalmu senipis rambut,
sedangkan hatimu serapuh kaca.

lemah itu bukan tanda KALAH,
tetapi sebagai sandaran pantang mengalah.

nota tumit:
jangan segan berterus terang,sakitnya kerana patut.
dari memendam memakan diri.

17 Februari 2011

kutukan VS peluang



semalaman kusut+bengang=kusngang!.
kerana mengingatkan nasib sebagai pembentang yang sangat teruk.
teruk-teruk-teruk.
eii..
kerana dalam keadaan emosi yang rapuh. saya telah membentang dengan penuh keterukan.
saya mengetwakan diri sendiri

nnt sy sambung

11 Februari 2011

Selamat BerPRK.



orang kat U ni dah sebok sekali. Sebabnya PRK dah dekat.
yang unit kempen,dah mula sebok praktikkan cara nak naikkan calon.
yang duk unit teknikal, siap siaga dengan kudrat barang-barang teknikal.
semua serba sebok.
jarang dah tengok lepak-lepak sambil tengok bola.
kadang jugaklah.

tapi..ada juga yang tidak sebok.
baginya cukup-cukuplah budak-budak 'gila jawatan' buat.
baginya, aku datang sebab nak belajar..belajar..masuk kelas,buat asimen,discussion,makan,lepak gan kekawan, ada masa free jenjalan sana-sini..'aku bahagia..tak kacau orang'.
lagi..aku tak mau sebok-sebok sampai asimen aku tegendala..
itu mungkin kata diorang.
dan dia orang ni..mmg tidak sesuai jadi perwakilan mahasiswa..sebab tidak rela bersusah payah kerana orang lain.
stop.


lagi satu..
ada yang menyampah tengok..pengikut2 yang b
unyi-bunyikan hon..yang pegang bendara..pegang banner..pegang gambar..macam-macam aksi yang dia tidak pernah buat..
(mungkin sebab dia tidak pernah buat..dia jadi menyampah..mungkinlah).
yang pastinya..dorang semua tu buat kerja yang untuk mempopularkan sesuatu calon.
hah..jangan kata pulak, "diorang ni..tadak kerjakah?".
diorang ni dah banyak kerja..tapi tetap buat kerja yang macam hampeh ni.

ironinya,
terlalu banyak peristiwa yang berlaku di medan U ni adalah mini untuk medan politik negara..
hemm..kalau takut sangat sebut-sebut politik..senang-senang..carilah perkataan yang maksud sama dengan politik tuu..

ada yang tidak hadir kelas untuk buat semua itu,
dan diorang punya hak untuk itu..
hak kita..tegurlah..nak marah-marah buat apa..diorang memang sebok sampai tidak masuk kelas..
tapi...percayalah..diorang tu..bukannya kureng dari orang lain..cuma peliks sikit dari orang yang hidupnya berteman asimen dan majalah2 murah...
kalaupun kekurengan diorang itu satu kekurangan..
sekurang-kurangnya..diorang ni..cakna juga pasal agenda kampus..yang orang lain malas nak fikir..

untuk kesimpulannya,
biarlah diorang buat hal,mencabar undang-undang...asal diorang belajar..
manalah tau, ilmu itu bermanfaat untuk diorang..kita mana tau..

"tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia, semuanya ada tuah...asal ada usaha &kesungguhan".


nota kaki:
saya kurang sebok..sebab hari-hari sebok fikir mahu tebar ilmu..hehe

09 Februari 2011

MESIR = Tamadun MESOPOTAMIA

Darah merah mengelegak panas.
Darah panah tengok berita2 TV tentang kebangkitan rakyat MESIR.
Saya menunggu pemimpian negara saya mencela rejim HM.
Tetapi yang keluar dimulut beliau hanya meminta rakyat bersatu.
emmm..
saya tahu, rakyat Mesir tidak takut dengan semua darah2 yang ditumpah,penjara..kerana kesatuan dorang untuk suruh pemimpin yang menyusahkan hidup rakyat letaklah jawatan tu.

Saya cari-cari media-media yang tidak bersikap pengampu,
walaupun kadang-kadang buat saya bingung dan terpaksa berfikir dalam-dalam.
saya jumpa HARAKAH, jumpa buku-buku cerita pasal isu MESIR.

saya bersyukur, kerana saya tidak senang duduk tengok media buat berita-berita 'sampah'..saya lagi syukur..kalau-kalau saya mampu orang-orang sekeliling berfikir dengan berita-berita di TV.

semoga MESIR terus menjadi gambaran kepada kekuasaan rakyat.

KESATUAN MAMPU MELEBURKAN KEKUASAAN DAN KEKAYAAN YANG DIBINA ATAS JALAN KOTOR.


Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP