27 February 2010

membina konklusi

kepala mood kini negatif. Mungkin menanti-nanti tanggal 3Mac 2010 berkahir.
Memikir-mikirkan rakan-rakan sekumpulan yang berhempas pulas untuk mencantikkan perjalanan 3Mac itu.
Telah berkali-kali saya memohon maaf kerana terpaksa mengauliakan kerja-kerja lain. Sehingga merasakan saya tidak memberikan apa-apa.


Inilah kelamahan yang susah untuk dibetulkan.
Saya memikirkan keutamaan dan keutamaan.
Namun, semuanya adalah utama.
Tentang masa depan saya.
Tentang fitnah kepada Islam.
Tentang pembaikan kepada persepsi.

Bermacam-macam serangan kepada otak sedang berlaku.
Semua serba tidak kena. Situasi ini menyebabkan otak ini lebih selesa menutup mata. Mendengar kalimah-kalimah indah dari alam.
Maaf. Saya tahu, ini bukan cara terbaik.
Seharusnya semua ini dilawan.

Akhirnya, koreksii kepada NIAT.
terima kasih kepada makhluk Allah yang tidak henti-henti menghentam otak untuk bertindak. Dan anggota untuk bergerak.

Berkali-kali saya keluar dari majlis ( majlis yang menjadikan batang tubuh ini lebih berfikir dan otak ini ligat ). Untuk membersihkan fikiran dari bertindak luar nekad.





~Cehh..(tulisan ini adalah lepasan nafas yang payah, sengaja dibombastikkan supaya hanya sedikit yang dimengertikan)





..................................................................

"saya dalam kondisi yang sangat butuh..poket sy kosong..."

"..saya malu meminta pada orang lain..saya percayakan kamu..tolong jangan gitau sesiapa..saya malu sebenarnya.."

Perlukah saya memaklumkan minta sahaja pada persatuan ini, persatuan itu. Kan mereka sedia membantu?.

Sedangkan saya tahu, mereka juga tahu. Mereka tahu, saya ada untuk membantu. Ada jawapan mereka memilih orang berbanding Persatuan.

Saya tahu poket saya juga kosong. Yang tinggal hanyalah bunyi-bunyi syiling akibat diletekkan bersepah-sepah (jika diletakkan di dompet, insyaAllah tiadalah harapan jika kekeringan berlaku)

Saya harus mengurangkan beban.
Mengurangkan permaslahan.
Ini adalah langkah takaful.
Saya tidak setuju menggunakan perkatan 'menolong'( dah tiada perkataan yang lebih sedap..).

Maka, sewajarnya saya menjadi kuat dan power.
Memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada orang lain.
makanya...saya tidak harus menjadikan pengisian ini sebagai masalah..tetapi satu peluang..

~Thank You Allah( teringat lagu koir di sekolah,sangat merindukan biah itu..)


Terima kasih kepada Murabbi yang kaya dengan kata-kata semangatnya.
"...masa susah...adalah masa yang sangat sesuai untuk kita menghulur, memberi, membantu..kerana nilaian yang dikeluarkan itu, akan lebih bernilai..juga sangatlah membina tarbiyyah diri...kita makin rasa kelemahan kita..
..jika kita menghulur di saat kita mewah..tidak ternilai makna huluran itu.."

"..ramai yang kalah pada MEWAH..tetapi insyaAllah ramai yang MENANG kerana susah.."



~ayat2 ini adalah sangat berlawanan dengan kehendak..sebaiknya biarlah mudah & ringkas tetapi difahami.(tapi yang berlaku jauh & sebaliknya)

26 February 2010

Bersama mereka merancang sesuatu,
menerbitkan kemahiran,
kekuatan,

maafkan diri ini,
sering merasa selesa tidak ada bila duduk disitu,

penciptaan alasan bukan sebab,
itulah sikap yang terbaik untuk masa ini.

~ya Allah sibukkan aku, hingga tiada ruang kemungkaran mengisi waktu hidupku~

22 February 2010

"nah..makan cepattt..". Eid menyuakan nasi panas+ikan masin goreng. Hasil penat dan lelahnya.

Ted terus menyambut. Seharian dia menahan perutnya. Sehingga langsung tidak larat untuk berdiri.

"semalam tidur sini sorang-sorangkah?". Suara Eid sudah mengendur. Dia hanya memandang Ted yang seperti pelarian itu.

Ted angguk. Sungguh berselera. Sesekali dia meniup nasi yang kelihatan berwap itu.

"petang ni, ikut saya, kita gi memancing kat kebun, sana banyak ikan...ada mak, ada ayah, ada adik, taperlu duduk sini sorang-sorang.."

Ted angguk.

"nanti baju sekolah bawa sekali..buku-buku..kita gi sekolah dari sana...biar jauh asal ada orang nampak ..". Eid sudah berdiri. Buku-buku Ted yang bersepah dikemas. Dimasukkan ke dalam beg Ted.

Ted senyum. Dia rindu masakan mak. Rindu bergurau senda dengan adik-adiknya. Seharian dia menunggu kepulangan mereka. Rupanya mereka berkampung di kebun baru itu.

Semalam dia tidur dalam ketakutan. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Menahan rasa takut dan lapar yang ditahan sejak dari sekolah lagi.
Mujur Eid datang. Kalau tidak mungkin dia akan pengsan.


suatu masa dulu,
semangat itu menyala,
mendidik diri lebih berani,
lebih berjiwa

Back

Conteng2 ketika Memandang Ruangan lain dalam pengisian & modul hidup.

"dah tada hati mau fikir"

"biarlah, satu masa nanti, hati betul-betul jadi kebal, mungkin masa itu ada yang sibuk membedah dan bertanya"

"wahai penilai hati, hanya Engkau yang tahu rahsia itu.."




Secebis Harapan

by; Nora

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan,

Tuhan...

20 February 2010

contengan untuk Twins

'tolong doakan..next week result kuar...'.
SMS pendek itu dijawab dengan berjela.

'banyakkan berdoa,setiap solat.
minta mak & bapa doakan sekali,
wat suna rawatib,
wat tahajjud...bla...bla..'

Ayat memang power. Sejibik macam pakar motivasi.

'Oraiit'.
Dibalasnya sempoi macam mau sebijik kat kaki.

tut.tut.
'jangan lupa doakan kami ok.'.

Angguk.

Barulah diri rasa rupanya dah jadi orang dewasa~pergh

Diperam di dalam perut bersama. Membesar bersama. Namun, karekter berbeza.


Moga 'kamu' terus menjejak menara ini bersama-sama.

huh.~
menulis seperti merangka takdir-takdir,
menyentuh ruang-ruang yang belum terpamer.

~teruskan, walaupun payah

18 February 2010

"saya hidup dengan impian dan harapan". Qi membatukan diri. Memandang luas lautan China Selatan.

"jadi...?". King masih seperti tadi. Duduk sambil melihat pasir yang semakin jerlus.

"saya tidak punya kisah yang manis untuk dibanggakan...juga tidak punya kisah yang pahit untuk ditangiskan..". Qi senyum. Terbayang-bayang kenakalanya dahulu.

"...enti bermaksud?...ahhh...terlalu sastera...sehingga susah untuk difaham..". King curi-curi memandang jari-jari Qi yang asyik dengan contengan pada pasir.


"King...kau harus menjadi terbaik...terutamanya bila berseorangan...". Qi masih menulis di pasir-pasir.

"ada waktunya....saya melihat ramai yang hebat bila kita bersama-sama, tetapi apabila melihat dia berseorangan,kita menjadi musykil...segalanya hilang...dia bukan seperti yang kita lihat apabila berkelompok.."

King mengerutkan kening. Perkara apa yang dimaksudkan wanita besi itu.

"ahhh...abaikan King...". Qi terus bergerak. Meninggalkan King yang masih dalam berfikir.


Qi berlalu sambil mengungkapkan beberapa lagu rakyat. Jelas King dapat menangkap beberapa butir lagu itu.


"Qiiiii....". King mengejar. Qi hanya menoleh sebentar, sebelum berjalan laju.




...................................................................................................................................

"Qi..". King menahan rasa. Ada yang aneh pada gadis berkulit sawo matang itu. Matanya seperti ingin terus menatap wajah Qi.


"...mungkin ada sebab kita bertemu hari ini...". King masih mencari-cari ayat yang terbaik.


Qi hanya tunduk. Mungkin menahan air matanya sejak petang tadi ingin ditumpahkan.


"Qi...enti harus menjadi serikandi..menjadi harapan...enti harus terus teguh...". King memasukkan tangannya pada jaket coklat yang dipakainya. Sejuk sekali udara di Lapangan Terbang Kota Kinabalu itu.


Qi memandangya.

"ya King...kita adalah harapan ummah, harus selalu teguh...". Qi sudah menyorong troli. Dua buah beg diletakkan bertindih.


"...ana akan pergi sebentar...meninggalkan bumi bertuah ini...bermusafir seperti enti..tapi lebih jauh jaraknya...mungkin jika ada takdir untuk kita...kita akan bertemu lagi...".King juga menyorong trolinya. 3 buah beg yang memuatkan baju-baju sejuk dan beberapa keperluan lain.


"Qi....jika satu masa nanti...kita akan menjadi orang yang hebat berfikir...kita juga harus hebat bertindak...lupakan segala emosi manusia...kita bukan hidup untuk menjaga emosi manusia..kita elaklah dari berlaku semua itu..kita juga tiada siapa untuk menjaga emosi kita...melainkan kita sendiri.". King masih dengan nasihat bernasnya. Membiarkan Qi mengeluarkan MyKad dari dompetnya. Petugas kaunter yang bermekap tebal hanya tersenyum memerhati.


King hanya memerhati. Terbayang-bayang kesejukan salji di negara bekas penjajah itu.
Memerhatikan Qi yang seperti sudah dikenalnya lama.

Sedangkan baru petang tadi, dia terserempak dengannya. Duduk bersila di bawah pokok Rhu, seperti manusia yang kehilangan arah.

"King...terima kasih nasihatmu...saya seperti bermimpi mendengar nasihatmu yang ngam-ngam untuk situasi saya ini...". Qi sudah dihadapan trolinya.

"...Sebentar lagi, saya mahu masuk ke balai berlepas, entah bila lagi saya akan berlepas dari airport ini...". Qi membimbit kecil, mungkin berisi buah tangan untuk teman-teman sekampus. Beg hitam dibelakangnya seperti sedang dipenuhi dengan buku-buku yang tiada kaitan dalam pengajiannaya.

"Qi...mungkin enti perlu rajin membaca tentang kursus enti...supaya enti akan jadi sifu nanti..". King tahu. Pertemuan itu tidak dirancang. Bila-bila masa perpisahan akan berlaku.

Pertemuan sejenak di Pantai Tanjug Aru, mungkin seperti mimpi. Namun, sedikit bermakna untuk dirinya, si yatim yang kehilangan tongkat.

"ya... King...saya sedang berusaha ke arah itu..". Qi sudah melangkah.

"maafkan salah silap...selamat bermujahadah...". King terus berpesan. Nasihat untuk dirinya sebenarnya.


"iya King...kamu juga sama...selitkan saya dalam doamu..".Qi tergelak perlahan.

Qi melangkah pantas. Membiarkan King dengan trolinya yang sendat.



kau bersama ombak membingitkan telinga,
memberi nafas segar di sekeliling,
memperlihatkan keagungan Allah yang sering dinafikan,

tiada kata yang terbalas,
hanya kesedaran yang terbina,
terima kasih Allah


17 February 2010

"tolong saya...". kali ini betul-betul lemah. Nafas macam hampir putus.

Aku bingung. Merayu dan merayu.

"saya tidak pandai benci orang dan tidak mahu benci orang". Nada itu betul-betul kasihan. Umpama pesakit yang bingung melihat doktor.


"menjeritlah sekuat-kuatnya...". Dia memberi arahan.

Dia senyum.

"..atau senyumlah....atau menangislah...". Dia memandang.Kasihan. Mungkin itu yang berdetak di hatinya.

"..bukan tidak boleh..tapi langsung tidak mamu untuk itu".

Lengannya terkulai. Kepalanya tunduk. Matanya berair.

"maafkan saya...". Bahunya masih diusap. Dia setia di sisi.

'sungguh aneh manusia ya.......'. Dia mengusap sambil berfikir.

11 February 2010

sewat

Aku akan bercita-cita.
Walaupun Aku hanya berimpian.

Aku akan berkata-kata.
Walupun Aku cuma meluah pandang.

Kamu.
Tolong.
Duduk di sisiku.
Dengar aku menyanyi dan berharap.

Satu lagu yang bercerita tentang satu impian.
Si anak desa di tengah bendang.



Yang berimpian seperti Hikayat Sejarah.
Sejarah Paremeswara membuka Melaka.

Atau jauh lebih maju.
Kisah kehebatan Al-Fateh memeras ingatan.
Bersemangat waja.
memikirkan kaedah gila untuk menembusi lautan yang terkawal.



Ketika mentari mula muncul,
kita harus bangkit,
memulakan hari yang penuh curiga,

Aku akan berkata,
Hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam,

Dan Awan akan sama putihnya seperti
impian hati kita,

Kita berasa sanga teruji,
melihat burung-burung degil menelan rezeki kita,

Emosi tertembak,
Burung-burung dihalau,
sekuat tenaga,

Kerja kita,
hasil kita,
Kita harus bertahan,

Walau mentari mengigit kulit,
walau perut memulas resah,
Walau peluh resah bertenggek.

Hari akan petang,
malam akan menanti,
menuggu burung kembali ke sarang,

Walau burung sering mengugah rasa,
kita bahagia melihatnya bebas,
kibasan sayapnya bagai satu irama,


Kita masih berfikir,
bagaimana hari untuk esok.


10 February 2010

bait janji

"apa janji kita?". Ara menunjukkan jari kelingkingya. Berkuku hitam. Yang menjadi kuman bertapak.

"kita janji..kita tidak akan gaduh lagi..kita tidak kutuk-kutuk lagi..". Asma melekatkan jari kelingkingnya yang berdebu ke tangan Ara.

"aku tak kutuk kau, kau yang mula dulu..." Ara menarik tangannya.

Ada rasa tidak puas hati.

"kau kutuk aku ni pengotor..kau kata aku tak pernah mandi..". Ara membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Rambutnya yang keras mudah sahaja dibetulkan. Ada bintik-bintik kecil pada rambutnya.

Asma diam.

"kau kutuk aku...kau kutuk mak aku...kau pulau aku..kau..kau...". Ara sudah hampir menangis. Dia duduk mencangkung.

"ok...aku tidak akan buat lagi..". Asma menunjukkan jari kelingkingya. Ara menyambut dengan jari kelingkinya yang berdebu sama seperti jari Asma.

Ara diam. Air matanya yang tadi hampir mengalir. Ditahannya.

"ini janji kita...". Asma memegang bahu Ara. Ara hanya senyum.

Bukan kali pertama Asma berjanji begitu. Tapi sudah berkali-kali. Sehingga Ara merasakan Asma adalah bukan manusia biasa. Tetapi manusia yang dipenuhi hasad dengki dan tidak mungkin akan menjadi temannya sampai bila-bila. Cukup bukan menjadi musuh. Titik. Ara berjanji. Bait-bait janji yang tertanam manis di mulut Asma hanya sebentar.


Dia membiarkan jari kelingkingya bertaut.

07 February 2010

senget



boring-boring
.



duduk-duduk.



diam-diam.



fikir-fikir.



tenung-tenung.



malas-malas.



tengok-tengok.



macam-macam.



tulis-tulis.



conteng-conteng.



putar-putar.



baling-baling
.



sengeh-sengeh
.



senyum-senyum.



kedip-kedip.






waaaa...bukankah wasiat Hassal Al-Banna ada mengingatkan:
"kerja lebih banyak, berbanding masa yang kita ada"




malu-malu.



ingat-ingat.



lupa-lupa.



hati-hati.



hu-hu.




kuat-kuat!



wahai spirit...dimana you?

06 February 2010

"adikkk...ini keropok...!!". Pakcik Itam menjerit.

Adik yang sedang khusyuk menconteng buku-buku sekolah terus bangkit.

Suara itu yang ditunggu-tunggu.

....................................

Adik melompat keriangan.
Hadiah keropok pemberian Pakcik Itam sangat mengembirakan.
Hampir 10 bungkus keropok terisi di dalam plastik pemberian Pakcik Itam.


"adikk...nak sikit..". Awang menadah tangan.

Adik menunjukkan muka 'kedekut'. Dia memilih keropok yang paling kecil bungkusannya.

"nah..". Adik menyerahkan kepada Awang.

Awang tersenyum. Dia mengimpikan keropok perisa Udang yang dipegang Adik.

" nak yang tu...". Awang menunjukkan ke arah keropok bungkusan besar di tangan Adik.

Adik geleng kuat-kuat. Keropok itu disukainya. Setiap hujung minggu Pakcik Itam akan membawakan untuknya.


Gedebuk!.
Adik jatuh terduduk. Plastik yang berisi pelbagai bungkus keropok juga terjatuh.

Awang terus berlari dengan laju.
Keropok itu dipeluknya erat.


"wawaawa...".Adik meraung kuat. Seluruh pokok padi yang mengelilingi pondok kecil itu seperti mengerti. Pokok-pokok padi melambai-lambai. Seperti ingin menghalang larian Awang.

"ayahhhhhhh...!!!". Adik menjerit kuat. Bagai halilintar.

Pakcik Itam lantas menoleh. Ayah masih tekun dengan kerja-kerjanya.

"lihat anakmu...seolah-olah aku mendengar suaranya..". Ayah terhenti. Dia ternampak Adik seperti kawad kaki di pondok kecil itu. Pondok yang didirikan untuk menjadi tempat berehat. Suara Adik sangat menjengkelkan.

"..kenapa adik?". Ayah bertanya. Padi yang dipegangnya dilepaskan. Ayah bercekak pinggang.

"Awanggg...!!". Suara adik tenggelam dengan dengan tangisannya.


Awang yang sibuk membantu disebelahnya, hanya tersenyum-senyum.

"ini kenapa..? bahagia tengok Adik nangis?..". Ayah memarahi Awang. Awang masih tersenyum. Padi yang dipegangnya terus dihempas di kayu. Untuk memisahkan padi dan pokok padi.

Suara Adik sudah senyap.

Ayah, Pakcik Itam dan Awang sibuk berkerja menghempas padi dengan sepenuh kudrat.

"ayahhhh". Suara Adik dalam sendu. Air matanya sudah mengering.

Ayah memandangnya.

"tadi abang rampas keropok adik...". Jarinya telunjuknya yang comel menunjuk ke arah Awang. Awang yang berdiri disebelah ayah, seperti tidak mendengar report Adik.

Ayah berhenti untuk minum.

"ayah...tadi abang rampas keropok....". Adik mendekati ayah. Bau peluh ayah sangat menganggu hidungya.

"..ehh..banyaknya keropok adikk..". Awang mengenyitkan mata. Dia juga berhenti rehat. Tanganya pantas mengambil gelas yang telah digunakan ayah.

"ahhhh!!!!!". Adik membentak. Tangisannya bersambung lagi.

......................................................................

"aku dengar suara anakmu...". Pakcik Itam mengadu.

Mereka bertiga memandangnya.

"kenapa anakmu menangis..?". Pak Itam menyoal.

Awang pantas melarikan diri ke arah rumah. Matahari hampir tegak. Masa untuk berehat. Tentu ada masakan yang enak akan dijamu nanti.

Adik mengejarnya.

Meninggalkan ayah yang kebingungan.

"aku tidak nampak anakmu...aku hanya mendengar suaranya..". Pakcik Itam sudah duduk disebelah. Dia atas jerami padi yang mula membukit.

Ayah menggeletar. Pakcik Itam bukan buta.

'sudah dekat ajalnya'. Ayah hampir menitiskan air mata.

"Itam...jom kita balik..dah nak Zuhur ni..". Ayah mencuit bahu Pakcik Itam.

Pakcik Itam bangkit.

"aku tidak nampak langit dah..matahari pun..semuanya berbalam-balam". Pakcik Itam mengeluh.

Ayah mengetap bibir.

Ya. Ajalnya sudah menghampiri.

"tulah Itam...sudah masanya kita harus berehat...kita akan meninggalkan dunia ini...".
Air mata ayah tumpah.

Seingatnya, jarang benar Pakcik Itam menunaikan rukun Iman yang kedua itu.

"anak-anakmu sihat Itam?". Ayah berjalan seirigan dengannya.

"a'ah..semuanya sibuk berkerja...tinggal si bongsu itu saja, dialah peneman ibunya..". Pak Itam berjalan agak lambat.

"Itam...". Ayah kehabisan idea.

........................................................................................

"abang..mana Pak Itam?..kenapa tidak datang lagi..hari ini kan hari Minggu..?". Adik bertanya. Awang yang sibuk memilih cacing mendongak ke langit. Mungkin dalam pukul 9 pagi.
Waktu beginilah Pakcik Itam akan datang ke sawah itu. Untuk membantu ayah.
Tapi, padi sudah habis di tuai.
Mungkin Pakcik Itam juga ingin berehat bersama keluarganya.

Mata kailnya pantas diletakkan cacing.

"Pakcik Itam rehat kot..". Awang mencampakkan mata kailnya ke dalam sungai.

"tapi..semalam saya mimpi..Pakcik Itam kata nak pergi jauh..". Adik duduk mencangkung. Setiap hujung minggu Awang akan membawanya ke situ. Mengail bermacam-macam jenis ikan.

"mungkin Pakcik Itam nak meninggalkan kan abang..". Adik berkata seperti diluar sedar.

"apa adik kata..?". Awang baru tersedar.

Adik memandang Awang.

"kata apa pulak?".


.........................................

"ikan tu simpan letak garam banyak sikit..balik nanti ibu goreng..". Awang terpinga-pinga. Ibunya sudah bersiap-siap. Ayah juga bersiap sama.

"ibu nak ke mana..nak ikut..?". Adik cepat-cepat memeluk kaki ibu.

"ibu nak ke hospital...Pakcik Itam dah nazak..Awang jaga adik, jangan main api..kalau lapar..ada nasi dalam bekas tu..".

Adik melepaskan pelukannya.

"kirim salam kat Pakcik Itam ya bu..".


............................................

peluang hidup yang banyak dibiarkan.

persoalan remeh

"kenapa perlu sembahyang disaat begini...?"

"air untuk memberus gigi pun payah, inikan berwudhu.."..

Di kapal ciptaan Denmark itu. Aku hanya boleh memekakkan telinga. Dengan sebotol air, cukup bekal untuk berwudhu sehari.

"Ruangan untuk duduk pun, masih belum cukup, inikan pulak ruangan untuk duduk, berdir, bertonggeng..".




Mulut-mulut itu berfalsafah.

Aku bukan tidak menjejaki surau. Malah aku sempat menjejaki Bar yang jauh lebih sejuk daripada Surau.

Namun, kondisi tempat aku bertapak itu juga jauh lebih baik. Lebih selesa.

Mudahnya menjadi musafir.

Solatnya menjadi ringan, menjadi mudah. Itulah cantiknya Islam, memberikan rukshah. Namun, masih ada yang gagal melaksanakan tanggungjawab HAMBA itu.

Malah, masih ada yang berani memperlekehkan pula.

.............................................................................................................

"tidak apa Husnah, yang penting solat mesti ditunaikan, walaupun berada atas perahu...."

Sengaja aku menguatkan suara. Apabila budak bernama Husna itu mengadu tidak senang mulut-mulut orang yang melihatnya bersolat begitu.

"..kau masih belum baligh, boleh saja kalau tidak mahu buat, tapi ingat macam-macam boleh jadi di tengah-tengah lautan ini..". Aku memadangnya tajam. Seperti mana manusia-manusia disekeliling memandangnya.

Inilah. Ilmu masih kurang. Hujah masih rapuh. Berani sekadarnya sahaja.
Moga ia menjadi peringatan kekal untuk diri sendiri.

ada waktunya, nahi Mungkar berada di atas amar maaruf, kerana dengan nahi Mungkarlah amar maaruf akan berlaku.



...........................................................................................
nota I:
Persoalan ini berlaku pada kebanyakan.
orang yang sibuk sangat mempersoalkan orang lain,
sampai lupa, diri sendiri hanya bersoal-soalan,
biasa berlaku pada manusia yang tidak tahu 'berjuang', tapi mempersoalkan cara orang lain 'berjuang'.Moga Allah sentiasa menunjukkan Jalan Kebenaran kepada para pejuang.

05 February 2010

Edcoustic ~ Kamisama

Tai you ga nishi no
Tai you ga nishi no
Suiheiseng ni sizunda toki
Suiheiseng ni sizunda toki

Watashi wa jibun no sitekita koto
Hitotsu hitotsu o omodasitemita

Reff :
Kamisama
Yoruga otozureta toki
Kamisama
tai you ga sizumu to doujini
Jibun ga nandomo kurikaesitekita
Ayamichi o kuyande
Naitemo douka oyorushi kudasa





Terjemahan :

Ketika matahari terbenam
di ufuk barat

Ku mencoba mengingat satu-persatu
Apa yang telah kuperbuat hingga kini

Reff.
Tuhan, ketika malam tiba
Tuhan, bersamaan dengan tenggelamnya mentari
Aku menangis menyesali dosa-dosa
Yang telah berulangkali kuperbuat
Maka ampunilah aku..

04 February 2010

berani disitu

itu pasal.
ini sebab.
Itu punca.
Ini masalah.

Aku mengoyak-ngoyak sel-sel mati di dalam diri.
mencari ayat yang paling terbaik.
Menunjukkan langkah yang harus diambil.

"..kau tahu makna tohmahan?".

Aku melihat.
Dia menguis-nguis rumput.

"kau tahu..aku bersungguh-sungguh..mahu kau selamat..kau tidak akan malu..".
Masa itu gelap.
Walaupun jaminanku itu ragu.
Namun,
aku benar-benar buntu.
itu hakikatnya.

Dia masih menguis-nguis.

"memang berat mengaku salah..sangat berat...sangat payah..ini bukan soal berapa nilai RM50 itu..soalnya duit itu harus dipulangkan kepada tuannya"
Aku menilai sendiri nilai duit itu. Besar.
mencari-cari ayat-ayat untuk dia.
Sesuai untuk jiwanya yang sangat terancam itu.

Penat berhujah,bercerita dan merawang.

Akhirnya,

"ya..aku yang curi duit itu..aku simpan dibawah celahan pintu itu". Akhirnya, dia tunduk.

Tangannya semakin ligat menguis.
Aku dapat menilai. Dia mencari kekuatan dengan kuisan pada tanah lecak itu.

"ok..sekarang kita balik..balik ke bilik belajar..buat muka biasa..muka selamba". Aku pantas memberikan arahan kepada mereka berlima. Rakan sebilik yang ada waktunya tidak sehaluan.


Aku melihat dia. Melalui celahan anak mata.
Dia terus ke bilik air.
Mungkin memaki diri sendiri.
Mungkin juga mencari kekuatan dari jirusan air.

Yang penting. Dia masih mahu bersemuka. Masih berbahasa-basi dengan aku.
Masih bergurau senda dengan rakan sebiliknya.

Paling penting.
Dia sedar aku tidak pernah membenci dia.
Cuma, aku berdetak geram dengan pendek akalnya.
"mencuri kerana mahu duit, bukan terpaksa".



..............................
nota I:
nilai tidak diukur pada jumlah.

03 February 2010

seorang insan

dia wanita.

Terlalu agung,
untuk mengungkapkan ciptaan ini.

Jiwanya lembut.
Sering merintih di dalam tawa.

Tangisannya dalam senyuman.
Tawanya tenggelam dengan pedih.





Dia wanita.
Tubuhnya juga kebal,
walau diasak derita.
Hatinya sering tergoncang melihat wajah dunia ini.

Bibirnya menguntum pilu,
manis matanya mengerdip,

Dia wanita,
Racun dunia,
Penawar luka,

Fikirannya sesempit lubang jarum,
imannya senipis rambut,

Berikan dia peluang,
Berikan dia khutbah peringatan,


dia bukan sekuat mana,
namun, bersedia menurut,
mengotakn baiah yang terlafaz sayu.

Dia bukan untuk memimpin,
hadirnya untuk melengkapkan,

02 February 2010

Terminal 1

Terminal 1~ tempat mulanya langkah bertapak

Seperti biasa. Hari Sabtu. Jika tidak Outing.
Saya harus memastikan rekod solat Subuh semua penghuni asrama bertanda J.
Jikalau ada yang diragui, akan bertanda S. Solat Sendiri. Jarang sekali yang bertanda X.
Inilah rekod yang harus dipertahankan.

Setiap pagi Sabtu dan Ahad. Selepas Subuh surau itu senyap. Hanya beberapa pelajar yang duduk bertadarus dan ada juga yang berbincang-bincang.
Tidak seperti hari-hari persekolahan. Selepas Subuh, sebelum bersiap ke sekolah. Saya akan duduk di Surau itu. Memerhatikan adik-adik Tingkatan 1& 2. Masing-masing memegang Quran. Ada juga yang masih merangkak memegang Iqra.

Beberapa pelajar, terutamanya yang sangat liat memegang kitab Allah itu, akan menunjukkan gaya bersungguh-sungguh. Ada juga yang perlahan suaranya. Mungkin takut kalau sebutannya silap.

"..yang tidak tahu..cari kawan yang tahu..bukan duduk jauh-jauh". Saya pun sebenarnya, kurang faham dalam penguasaan ilmu berkenaanya.
Keadaan itu, walaupun nada saya biasa, namun Alhamdulillah yang tadinya kalut dan takut-takut mengesek punggung mencari kawan yang tahu mengaji.

Kesian.
Mereka ini kebanyakan orang kampung. Yang di rumah memang bukan sahaja tidak solat. Tetapi juga jarang menyentuh 'The Letter From Allah'.


"..bagaimana mahu menjadi orang berjaya, kalau solat buat sebab terpaksa, Quran tidak dibaca..". Ada masanya saya HARUS menjadi motivator. Mendorong rakan-rakan lain untuk sama-sama menunaikan rukun fardhu itu.

"..saya berhak mendenda disini, bukan sebab saya benci kamu..bukan sebab saya suka mendenda, tapi..saya tidak mahu ada persoalan dari Allah kelak disana".
Terkulat-kulat wajah-wajah yang takut didenda.
Denda 'ikut suka aku' adalah berat untuk mereka yang sengaja tidak solat.
1 tag nama yang besar akan digunakan semasa ke dewan untuk makan.
'Saya tidak solat Subuh hari ini'.

Baru sekarang saya tahu akan tahap malu mereka yang memakainya.
Ini selalunya berlaku pada pelajar tingkatan 1.
Yang memang merasakan berat untuk menunaikan solat.

Biasanya, sebelum didenda. Mereka akan disuruh Qadha solat yang ditinggalkan. Ada AJK yang memerhati.

Selepas hari pertama. Saya akan menemui adik itu secara personal.
"esok..mahu lagi guna tag itu( kad manila)?". "tidak...saya malu.." "malu?..sebab Aspura nampak?" Yang jujur. Akan mengangguk. "dengan Allah juga harus lebih malu dari itu..". Inilah aya yang selalunya akan membuat mereka berkerut. Tanda kurang faham.

"takpa..nanti jumpa kak bla..bla..tanya maksud ayat itu". Pendekatan ini secara tidak langsung, saya cuba membiarkan kakak senior terliba sama dalam pembentrasan gejala tidak solat dan peluang untuk mereka memberikan motivasi kepada adik-adik yang mungkin mengalami kejutan budaya.

Saya dilabel terlalu TEGAS. Tiada Kompromi. Mendatori.
Pelbagai label.

Ketika itu saya seperti bendul.
Membiarkan mulut-mulut orang yang tidak pernah puas hati dengan kaedah saya.
Biasanya mereka ini kaki umpat. Hanya berani dibelakang. Bila berhadapan semuanya mati kutu.

"..kamu terlalu tegas..sabtu ahad..sesekali solat sendiri, apa salahnya..". Seorang Ketua Pelajar menegur.

Kewajipan berjemaah untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak setiap hari. Bukan sahaja tidak disenangi oleh adik-adik, tetapi beberapa senior. Termasuk ketua pelajar sendiri.

"kak..ini ayat kakak atau ayat untuk orang lain..?". Saya bertanya, ketika sama-sama bersarapan di hari Sabtu.

"ayat saya dik..." Dia tersengih-sengih.

"adakah sebab akak tidak terkecuali dari denda,?". Saya bertanya. Betul-betul ingin tahu.

"ya dik..sepatutnya akak terkecuali...akak bukan sengaja...tertidur..". Dia masih senyum.

Saya membalas senyumannya. Bukan tiada orang yang mengajutkan. Cuma 'dia' yang menyambung semula tidurnya. Akibatnya, Subuhnya berseorangan.

"..lain kali, saya akan cuba pastikan tukang kejut akan kejutkan kakak..dan..kakak akan jadi imam Subuh Sabtu dan Ahad..".

Dia mengangguk.

Tentu dia malu. Dia sebagai ketua Pelajar terpaksa bersama-sama pelajar-pelajar lain, yang kebanyakannya adalah adik-adik tingkatan 1 yang sememangnya TIDAK SOLAT di rumah. Menyediakan hukuman itu adalah suatu yang berat.
Namun, untuk memastikan penghuni asrama semuanya menunaikan tanggungjawab Fardhu. Saya memaksa diri untuk bertegas.
Bukan mudah memaksa manusia. Namun, itu adalah tanggungjawab setiap individu muslim. Soal dirumah adalah soal mereka. Tapi, disini adalah tugas saya. Saya harus menjadi diktator. Jika tidak.
Saya pun tidak pasti. Berapa banyak insan-insan yang berjaya dalam pelajaran, tetapi musnah dalam tanggungjawab fardhu itu.

"kak...kalau tidak solat langsung pun bukan masalah bagi saya...".

Sebenarnya, itu adalah tarbiyyah. Jika ada peraturan begitu ( sabtu ahad bebas). Saya jamin. Akan ada buku rekod solat bertanda X.

Nadanya, saya selalu merasakan tekanan. Saya bukan hanya perlu menjadi role model. Tetapi senior-senior lain juga harus begitu. Terutamanya yang terkenal dengan kehebatan dalam akdemik.

Di Terminl ini. Ilmu dipupuk. Moga tiada dendam yang tersemat.