11 August 2010

Pisang Goreng Di Bulan Puasa

Rajinnya.
Pergh!.
Saya malas betul bila orang puji-puji ni.
Walau hakikatnya hidung dan hati berbunga-bunga dan terkembang-kembang.

Permulaan puasa,
adalah suatu yang seronok apabila merasa nikmat berbuka.

Oleh kerana mak sudah memuji.
Akhirnya saya akur.

Saya harus ke masjid!
waaaaa..
takda pilihan.
mandatori!

Kecantikan yang dimiliki oleh masjid ini ialah jadual penghantaran makanan etc untuk berbuka.
erkk..
saya memberontak.
bapa memang gantleman.
sehabis baik saya dipuji.
dipusing-pusing.
akhirnya saya akur.

bekas besi diisi dengan pisang goreng.
maklah yang menggorengnya.
mesti sedap.
tapi..
mak cakap jangan makan sebelum berbuka.
saya akur.
bekas itu dibungkus dengan satu kain sarung.
saya tidak ingat bagaimana gaya saya.
yang pasti..
saya terlambat.




untuk ke masjid,
saya perlu berjalan kaki
selama lebih dari 20 minit.
tapi jika kelajuan bertambah masa boleh dikurangkan.
dan..

saya memilih untuk berlari.
berlari bagaikan seorang wira.
tanah kuning dan berdebu bagaikan trek merah hati.
selipar jepun buatan Malaysia bagaikan
spaik yang tajam mencacak..

kemudiaa..
saya...

tummmmmmmmmmmmm..
dushhhhhh..

terjatuh!!!

habislah..
berterabur goreng pisang gorengan mak!!!
dan..
aku kalut+++++..
bagaimana ni?.
mak akan marah..
dan..

akhirnya saya memungut dan memasukkan ke dalam bekas semula.
kini perjalanan menjadi lebih lama.
kaki saya longlai.
takut..
tetapi melihat kubah masjid yang agak lusuh membuatkan saya sedikit bersemangat..

oohhhh..
apalah saya hari ini..
kalau saya tidak berlari tadi kan..
kalau saya perlahan-lahan..
kalau-kalau-kalau..
akhirnya saya tiba juga..

seorang makcik menyambut bekas saya..
isinya dikeluarkan..
diisi di pinggan..

dan..
bagai hendak pitam rasa diri..

"kenapa ada rasa pasir-pasir ni?".
seorang makcik mengomen.

dengan berbantukan cahaya pelita.
tiada siapa perasan..
saya juga sudah sehabis baik menghilangkan pasir dan debu-debu yang melekat tadi..

saya sudah lupa,
apa komen-komen mematikan dilemparkan..

"pisang ini jatuh?".
saya mengangguk.
bulan puasa tidak boleh bohong.
saya juga merasainya goreng pisang itu.
termasuk pasir-pasir halus yang masih melekat..

cuma saya sangat suka komen seeorang pakcik..
"takpalah...nanti lain kali datang lagi..bawalah lagi..yang ini pakcik makan..tepungnya pakcik buang..pisangnya pakcik makan".


Sepulang dari tarawih.
Bekas besi saya kosong.
senang hati saya membawanya balik.

sampai di rumah.
saya membuat pengakuan jujur.
mak tidak marah.
tetapi menggosok-gosok kepala saya.
"takpalah..budak-budak mana tahu..lain kali hati-hati ya..".

natijahnya,
jangan marah-marah dengan budak-budak.
mereka bukan seperti kita..

jangan perlekehkan budak yang ingin berbuat kebaikan..
raikan dengan hanya sedikit pujian,
jiwa kanak-kanak suka dipuji..

dan..
ajar kanak-kanak melakukan apa jua dengan ikhlas..