10 Julai 2010

mathematics



gunakan bahasa yang diwajibkan..
gunakan teknik pengajaran yang mampu menarik perhatian...
bla..bla..


panjang dan meriah. Celoteh si tukang nilai.
paling teruk tentulah pengajaran Mathematics yang aku belasah
ajar. Dengan bangga dan tanpa sedar diri aku menggunakan bahasa Melayu menulis rancangan mengajar dan mengajar dihadapan.

alasannya;
"ala...cikgu BM lah..BI ni payah nak faham".
antara memahamkan kemahiran matematik dan bahasa.
yang bingung tentulah aku.
bagaimana mungkin aku mampu membantu anak didiku untuk tidak bingung.

......................................................................................................

"yang kau jawab guna kepala kau apasal?!"
melenting juga kepala aku dengan seorang budak ini.
dah empat kali aku ajar teknik mendarab menggunakan teknik lazim.
namun, apabila diberikan soalan. Ada formula baru yang digunanya.
hebat juga otaknya berfungsi.

"hah!..kau mari sini..2x2 berapa??". Aku cuba untuk tidak meninggikan suara. Menahan geram yang melampau-lampau.

"ala cikguuu...saya tak tahulah nak jawab soalan darab".
Amboii..mulut.
soalan sifir 2 jak pun.

"ok..ok..kamu nak pandai kan..tak nak terus tak tahu kan..". Akhirnya aku terpaksa menggunakan kemahiran memujuk kelas power.

"ala..cikgu ngantuklah..balik ni nak ngaji...saya baru jak Iqra...entah bila nak abis Iqranya..".

huh. Urut tengkuk juga mulut power budak seorang ini.

"cikgu dah baliklah...".

Fikiranku terganggu.

Baru pukul 2.15.

"balik pukul berapa??". Sengaja aku memperlahankan suara. Geram. Letih. Bengang.

"pukul 2.50". Dia menjawab. Tersengih-sengih.

"sekarang pukul berapa?"Aku menunjukkan jam besar yang tergantung di atas papan hijau.

"entah". Dia mengankat bahu.

Aik.

"saya tak retilah tengok jam guna jarum..".

Ya Allah. Abislah. Misi aku bukan menghabiskan rancangan penggal. Tetapi mengajar bagaimana mengajar darab,bahagi..dan cara melihat jam. Bukan konsep Ratio, Proportion, Pythagoras'theorem..etc

Penat berdiri. Aku duduk. Ku pandang satu-satu wajah kaki bermasalah di dalam kelas.

"kamu..cita-cita nak jadi apa??". Entah silubus mana dalam mathematics ku cilok ni.

"nak jadi penyanyilah..nak masuk AF..".

"kamu?"

"nak jadi pemain bola".

"kamu?"

"nak jadi..entah".

Huhuhu. Mengurut-urut urat leherlah jawabnya.

Diwaktu tengahari ini. Aku seperti berada di tahun 1995. Berhadapan dengan guru matematik aku yang garang bagai singa. Setiap hari kerjaku ialah menghafal sifir. Sifir yang agak bermasalah untuk aku mengingatya.

"8x6???". Aku hanya terkebil-kebil apabila di terjah soalan cepu terkejut itu.

"cikgu math susahlah..bahasa pulak speaking..".

aku senyum.

"Mathematics is fun".

"nak jadi penyanyi pun kena tau math..nak jadi pemain bola pun..tak nak jadi apa-apa pun..semua kena tau..melainkan otak kamu tidak berfungsi".

"paling penting..orang Islam mesti kena tau math".Ada kaitan dengan math atau tidak. Aku sudah buntu untuk berhadapan dengan mereka.
entah dimana silapnya. Aku perlu mengulang kembali kemahiran-kemahiran guru-guru matematikku selama ini.





Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP