28 Mei 2010

Kerana Ruji,Sebuah Sawah,Rakyat Dibiarkan





angkara hujan.
Kami perlu berkerja keras.
Banjir hanya separas lutut.Namun, selut separas pinggang.
Itulah profesion petani di sawah.
Sawah yang tidak strategik.Apabila sawah sebelah berkabung.Maka laluan air sungai tersekat.
Akibatnya,
alirannya beralih ke sawah kami yang sekangkang.
dan keluasan sekangkang itulah yang menyebabkan aras air mengalahkan banjir kilat di Jalan TAR.
Bukan soal keluasan sawah dicoret-coretkan di sini.
Soalnya,
kerana hujan sejam dua,sialnya digeramkan,sempai terlupa itulah rahmatNya yang tidak terhingga.
"padi ini..kalau lambat disabit..batangnya akan buruk kerana berendam air.."
Ayat peringatan ibu selalu berulang-ulang.
Biasanya, ibu akan selalu merenung tajam.
Katanya,akulah anak yang paling malas ke sawah.
Huh!.

Malas-malas-malas.Ibu seperti lupa.
Aku hanya balik dua hari setiap bulan.Selebihnya duduk berkejar-kejar+berfikir-fikir di asrama.




"kaki sakitlah..".
Sejak hujan berhenti, itulah ayat yang selalu berulang-ulang. Namun, ibu tidak penat memandang tajam.
Kuasa Mata!.

Sepantas kilat sang pemalas ini akan bangun dari duduk.

Aku sangat benci selut.
Kakiku berbau.
Berkulat.
Bergatal.
Bernanah.
Berhitam kerananya.
"bangunnnn!!".
Suara tinggi itu adalah kuasa.
Suara milik ibu itu sangat tajam.
Sepantas kilat, hilang rasa kantuk yang dipelihara sejak subuh lagi.
"batang padi rebah..padi berendam di dalam air...nanti hasil tiada..nak makan apa?"
Ibu masih dengan suara tajamnya.
Kami tertunduk-tunduk.
Biasanya, akulah yang paling lewat turun ke sawah.Semuanya kerana selut.
Huh!.

baru semalam berehat-rehat,Kaki di post-mortemkan.
dikeluarkan selut yang lepak di celah-celah kuku ibu jari.

"sakit tetapi sedap".Adikmenegur dan selalu berlagak penonton.

..........................................................................

"SPM minggu depan..".
itulah alasan paling releven.Alasan yang membuat wajah-wajah adikku berkerut 22 garisan.
Mereka kekurangan tenaga.
Ceh!..
Padahal tenaga yang selalu menyesakkan mata di tepi sawah, duduk sambil tersengih-sengih.

"petang nanti..kena turun...bulan ni..musim hujan..kalau lambat sabit..banjir.."
Huh!. Ibu memang selalu membuat kaki ini menghentak lebih kuat dari hentakan kuda.
mujurlah tanah menjadi mangsa hentakan.

"yalah...yalahh...".
Walaupun ayat yang keluar pendek. Namun, yang tersangkut di halkum panjang berjela-jela.

'ingat aku ni best sudent...dahlah subjek 12..subjek killer...miller...buller..'
'bagi peluanglah aku belajar time pagi-pagi ni..dahlah selama ni belajar benda yang langsung difahami'.
'bla...bla..blaaaa'.


...........................................................................
"kak!!..bapa minta buat kopi..goreng pisang..".
Suara jeritan adik di bawah rumah sama seperti kokokan ayam
Perg!.
Keasyikan menonton buku-buku sains yang bagai nak terduduk membaca istilahnya terganggu.
Aku terlupa.


Mereka sedang berhempas pulas.
Memerlukan tenaga untuk terus berkerja.
Juga sesuatu yang menjadi penawar hati.
'betulkah?..makanan adalah sesuatu yang indah..juga lazat?'.
Mungkin jawapannya Ya.
Kerana. Situasi itu selalu bertapak di medan-medan rezeki.
Apabila penat berpulas tenaga.
Pekerja ladang,sawah, pejabat..malah doktor akan terhibur apabila menikmati 'makanan'.
Hiburan yang terlalu indah.
Apatah lagi golongan umat yang terpaksa membanting tulang,berendam air,malah menahan sakit tengkuk kerana sentiasa bongkok.
Ah.


......................................................................................................
Dulu dengan RM20 kita boleh menikmati bermacam-macam jenis beras 10kg.
sekarang??
5kg sahaja.

"beras naik harga"

"dah tidak mampu..beli jaklah beras Nasional tu"

"alah...beras ni keraslah..sebab tu murah"

"syukurlah..naik sikit jak pun..masih mampu beli".

"sawah makin kurang kat Malaysia"

"ala...sejak dulu lagi kita import beras Thailandlah...tengok buku georafi tahun 1990.."

"kuasa kita hanya membeli dan merungut...kerajaan mana kisah sangat pasal ni".

"bukankah kita ada hak kepada pemimpin kita?...sebagaimana pemimpin mempunyai hak kepada kita.."

Huh!.
Rakyat marhaen terus merungut.
dari volume tinggi ke volume rendah.
sehingga tiada volume langsung.
Kerana yang berubah yang diidamkan,hanyut ditelan propoganda.
'Rakyat di Dahulukan...".
pergh~



................................................................................................
nota I: Sakit hati betullah dengan kenaikan harga beras ni.. Negaraku yang tercinta!
Orang Mesir makan tepung gandum sampai sekarang tidak ada rungutan pasal gandum. Padahal gandum tu 70% impot.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP