09 April 2010

Kelantan adik

"kami dah nak chek-in..agak-agak dalam pukul 11..sampai". Adik menelefon. Suaranya sayup-sayup.

"pak...saya mesti pi lapangan terbang..kul sebelas nanti diorang sampai".

Dalam keadaan yang penuh bengang dan kurang puas hati. Saya hampir membentak-bentak.
Kesian opak. Hanya melihat dan diam.

"hati-hati naik bas".

Opak memang macam tu. Semalam kami bertengkar habis. Saya pun hampir menangis. Kesian adik. Niatnya bersekolah di Kelantan musnah. Sebab mak tidak sampai hati untuk membiarkan adik berdikari disitu.

Saya merasakan mak terlalu ingin melihat adik duduk di tempat yang mewah. Saya lupa emosi seorang ibu.

"apa kurangnya di rumah ni...sana mula-mula memang payahlah...lama-lama oklah tu".
Pemilihan adik untuk bersekolah di sekolah yang baik adalah suatu yang amat menarik hati. Mak pun setuju. Opak lagi setuju. Lama benar dia mengharap ada anaknya menjadi orang agamawan dalam keluarga.

"sekolah dulu jauh...kalau tidak mungkin opak juga orang yang berjaya dalam hidup". Entah berapa puluh kali opak bercerita kisahnya.

Fakor bahasa. Saya cepat-cepat menyangkal.
"mak...bahasa tu biasalah...nanti lama-lama fahamlah...tengok abang..sekejap sahaja boleh speaking bugis".

Faktor jauh, jarak, georafi lagi awal dijawab oleh ustaz.
"..insyaAllah setiap cuti sekolah..kami akan usahakan untuk adik kamu boleh balik...soal flight insyaAllah ada pihak yang boleh bantu".
Saya pun yakin dengan jawapan ustaz. Sangat optimis.

Tapi bila mak mengadu tentang 'suasana' pondok. Saya kematian idea. Saya tiada jawapan untuk menyanggah.
"adikmu masih muda...mana sanggup pisah dengan dia...kalau dia sakit...di rumah pakai, makan, segala masih diuruskan...takkan boleh dia duduk sini...dia kena lintas jalan untuk makan...risaunya mak".
Bermati-matian mak mempertahankan keputusannya.


Saya sangat kecewa. Kenapa mak begitu mudah menolak. Peluang begini hanya sekali. Tidak mudah untuk diperolehi lagi.

"ko kena faham...mak ni risaunya sangat lebih..". Angah sudah membentak. Dia memang panas baran. Membuat saya malas untuk menyambung talian.


...................................................................................................

Walaupun marah sejak semalam. Buruknya saya masih marah dengan keputusan mak dan angah. Pemilihan adik untuk bersekolah di Kelantan adalah peluang yang sangat limited. Saya sendiri membaca surat tawaran adik yang ditandatangan kerajaan negeri Kelantan.

Tetapi penolakan mak. Membuat saya sangat merasa bengang. Marah. Sakit hati. Entah kepada siapa saya tujukan perasaan itu.
Kepada mak?. Angah?. Huh!.

Saya melihat adik sedang enak menyorong troli. Mungkin gembira kerana berjaya menaiki Flight. Mengalahkan saya.

"mana kereta?". Mak bertanya apabila saya mencium tangannya.

"tiada..". Perlahan saya menjawab. Terbayang-bayang ketegangan urat berlaku sejak beberapa hari.

"kenapa tiada..?". Mak mengomel panjang. Membuatkan saya merasa bertambah sakit hati.
Silap saya. Sepatutnya saya menyediakan pengankutan untuk mak dan adik. Supaya pulang ke rumah dengan selesa.

.............................................................................................

"kak..saya nampak tadi bentuk mulut..nampak batu sapi...nampak". Panjang cerita adik hanya saya anggukkan. Kesian dia. Impiannya untuk menjadi agamawan dalam profesionnya musnah. Mungkin itulah faktor utama kenapa sehingga saat itu amarah saya masih belum padam. Pengalaman adik menaiki flight sangat mengujakan.

"naik bas 8 jam...mak mabuk". Mak juga tidak ketinggalan dengan pengalamannya.

Ahh. Saya hanya diam. Emosi sangat-sangat.

"adik nangis?...tidak dapat sekolah di sana?". Saya menyoal adik yang leka dengan beberapa bekas mainan di tanganya. Katanya ole-ole dari Air Asia.

Adik mengangguk. Matanya berair.

"adik tidak pujuk mak?". Saya membisikkan soalan ke telinganya. Risau mak akan mendengarnya. Mak sudah terlentok di kerusi hujung.

"dah...tapi mak dan Angah pujuk sini pun ada sekolah agama...". Adik pandang luar. Saya tahu adik kecewa. Seperti mana saya kecewa tidak dapat meneruskan ke Sekolah Teknik dulu.


.............................................................................................

"mengantuk??..tidurlah di sana...ada meja..ada kerusi". Makcik yang duduk disebelah menegur. Mungkin kerana melihat saya tersenguk beberapa kali.

LCCT yang bising tidak menghalang rasa mengantuk untuk terus subur.

"flight pukul berapa?". Makcik itu menyoal lagi. Kacang goreng yang dimakannya ditunjukkan kepada saya.

"pukul 7.10 pagi..". Antara dengar atau tidak saya menjawab.

"huh..makcik menunggu anak makcik ni...malam ni...flight dari Kelantan akan tiba".
Saya malas bersoal jawab. Apalagi menerima pelawaan kacang gorengnya.

Terbayang-bayang bagaimanalah agaknya adik bila berseorangan seperti saya.
Saya yang sudah biasa berjauhan dengan keluarga pun masih terasa sayu begini.
Terbayang-bayang adik dengan situasi barunya. Seperti saya menerima ketumbukan terhadap sikap orang-orang semenanjung.
Saya sudah merasa down. Merasa terpinggir. Sendiri. Bermacam-macam rasa lagi. Bagaimana jika adik yang baru berumur 12 tahun itu?.
Membayangkan usia saya di kala 12 tahun. Bagaimana agaknya saya ketika itu?.

Perlahan-lahan rasa malu dengan Mak, Angah, Opak.
Saya gagal memahami mereka. Sehingga saya merasakan mereka buta berfikir dan bertindak.
Mencengkam rasa. Teruknya amarah saya terhadap keputusan mereka dahulu.

Mungkin kerana saya juga berharap.
Adik akan menjadi ilmuan agama dalam keluarga.
Mampu membimbing keluarga dan masyarakat yang sememangya haus dan dahaga dengan bentuk hidup Islam yang sebaiknya.

Kini adik sudah berumur 16 tahun. Segan rasanya bercerita soal impian bersama dia lagi. Mungkin hanya usapan dikepala.

Saya tahu, cenderungnya kepada profesion lain. Namun, harapan agar cita-citanya dahulu masih mampu tertegak.


Saya tersungguk. Sehinggalah bahu saya dicuit.
"dah nak hampir Subuh...masa untuk chek-in".