13 April 2010

Home ANGAUisme

"itu kenapa?". Saya tanya mak.
Mak sedang mengaji.
Rajin mak ni mengaji pagi-pagi.
Saya tengok adik sedang membelakangi tangga.

"baca doa katanya.."
mak menutup Quran yang lusuh.

Memerhatikan adik bongsu itu.
adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Bagaimana dia membesar di depan mata.
Kemudian memasuki sekolah.
Hari ini dia ke sekolah.
Berbaju kurung putih dan bertudung putih.
Sebelum melangkah keluar tangaa. Tangannya sudah menadah.

"ustazah ajar di sekolah".
Mak sudah berdiri di sisi.
Kalau saya merasa kepuasan. Mungkin sebagai mak. Lebih lagi.
Dia yang mengusung perut ke sana sini.
Dia yang melahirkan.
Dia menyusukan.
Membesarkan.


.........................................

Dr. Fadhilah Khamsah. Melalui akademik beliau. Saya tidak melihat kepakarannya dalam psikologi manusia.
namun, mungkin dek kerana kajian yang dibuatnya.
Beliau kini menjadi pakar Motivasi.

Katanya;
"pernah tak peluk ayah kamu yang baru balik dari kebun..atau ladang...yang ketika itu bau peluhnya menyusuk di hidung?"
Ah. Soalan itu seperti meletakkan pisau dileher.
Betul. Saya baru mencuba memeluk bapa. Mencium dahinya.
Saya lihat bapa menangis.
Jiwa saya meruntun.


kata beliau lagi;

"pernah tak...masa sunyi-sunyi...ketika semua orang tidur...gi tanya mak...?"

"mak..mak..sepanjang saya hidup gan mak...ada tak perkara yang buat mak terasa hati sangat gan saya?".

"mungkin hanya sebab perkara kecil...mak kamu ada simpan rasa itu..

"cuba try buat..saya JAMIN memang ada".

emm. Betul atau tidak. Kita cuba dulu.




.........................................................................




"adik, apsal kena baca doa sebelum gi sekolah?".
Ketika rajin datang. Saya cuba menyibuk bertanya.
Adik yang sibuk mengira mendongak.
Mungkin pelik dengan soalan atau sedang terganggu kerana membuat kerja.


"sebab ustazah suruh kah?".
saya bertanya lagi. Adik masih sibuk dengan kerja-kerja. Mungkin cara saya salah. Sebab itu adik seperti pekak.

"mari sini saya bantu buat..".
Dia sedang membuat operasi darab.
soalan sekolah rendah. Semua boleh jawab.

Adik berhenti menulis. Dia memandang saya.
"tapi dengan syarat..jawab soalan tadi".

"ish kakak ni...".
Dia meneruskan kerja-kerjanya. Ada beberapa soalan 'matematik mudah' yang masih belum berjawab.

"kak, kita kena baca doa sebab kita mau selamat pergi dan balik dari sekolah".
Dia masih terkial-kial mengira.

"sapa cakap?".

"ustzah..mama...dan kakak pung pernah cakap".
Adoi.
Bila masa pulak saya cakap ni.


.......................................................................

Mengingat kembali.
Ya. Saya pernah mengatakannya.
Semasa adik saya sedang berdoa setelah siap bersolat.
Saya merasa geram.
Mulutnya berkumat-kumit. Matanya menuju ke arah TV.
KACANG sedang beraksi.

"kita berdoa biar bersungguh-sungguh...biar kita faham maksud doa itu...bla...blaaa..blaaa...supaya kita ble selamat di dunia ni...".

Ah. Menjiwai dunia kanak-kanak ini sebenarnya banyak menduga kemampuan kita.

"kak doalah dalam bahasa Melayu..boleh saya faham sekali..".
Semakin mereka mengenal kita.
Semakin mereka mendekati kita.
Cuma kita sahaja yang selalu tidak berfikir tentang itu.

"kalau berdoa kena ada tekad dalam diri..kena ada rasa mengharap Allah akan makbulkan".
Kadang juga terselit ingatan ini untuk diri.
Tetapi tersuratnya ditujukan kepada adik yang masih kanak-kanak umur mentalnya.
Namun, sebenarnya ada waktu, pemahamanya lebih dari yang kita fikirkan.

"macam mana mau bagi Allah makbulkan?".
"Allah kan baik..kalau kita minta..kita dapat...kadang tidak minta pun Allah bagi kan..?"

Soalan-soalan dari mulut mungil itu kadang menjerat diri kita.
Umur bukan persoalannya.

..............................................................................................

Ah.
Teruknya ANGAU ini.
Menguji kemampuan akal.
Bersedia kah kita mencurahkan segala ilmu yang ada kepada orang-orang yang kita sayangi?.
Berapa banyak kita berdoa semoga 'mereka' juga menerima apa yang kita terima hari ini?
Berapa kali kita mencuba untuk membina 'baitul dakwah' di bait kita sendiri?.
Kepada jiran tetangga kita?.

”Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat.” (Asy-Asyua’raa:214)

Ah banyak lagi persoalan yang sememangnya menuntut TINDAKAN dan KESEDIAAN.

Mereka berkeliaran di sisi kita.
Mereka tidak menuntut apa-apa dari kita.
Cuma Allah memberi peringatan.

~ "ya Allah peliharalah kami...dari berkata tetapi tidak melaksanakan".