19 Mac 2010

Seperti dulu

Orang kata. Amat jarang melihat pelangi diwaktu pagi.
Tapi pagi itu,aku nampak pelangi.
Ada 7 warna.
Suasana kabus yang hampir hilang, mengindahkan lagi keindahan pelangi itu.

Orang kata,
jangan melihat hanya mengkagumi keindahannya,
tetapi lihatlah kepada SIAPA yang menciptakannya, mengindahkannya dan segala tentangnya.

Air kolam pagi itu sangat damai.
Ketulan-ketulan tanah sebesar biji sawit dilontar ke dalamnya.
Beberapa anak ikan mengejar.
Mungkin menyangka itu adalah sarapan untuk mereka.

"apa direnung tu...". Bapa yang siap dengan parang dan sosok baju yang selekeh berdiri dibelakang.

"merenung pelangi pak...cantik..".
Cepat-cepat kaki berdiri ditepi pokok lada (cili api). Kalam kabut tangan memetik lada yang sedang ranum. Yang subur berdiri di tepi kolam itu.

"a'ah memang cantik...dah...cepat..nanti bantu bapa...ini bekas, nanti isi racun..bawa ke sana...bapa mau racun rumput-rumput yang panjang...".

Aku angguk. Bapa mungkin tidak pernah lupa aku anaknya.
Tapi mungkin aku yang selalu lupa,
aku anak yang perlu akur pada perintah bapa.

"hah...tukar baju tu...pakai yang lengan panjang...bawa topi...". Bapa sudah melangkah. Pantas. Walau kakinya sudah di mamah usia.
Mungkin bapa terbaca tentang Rasulullah SAW yang berjalan seperti melipat bumi.


Rutinku tidak berubah.
Bapa masih menganggap aku seperti dulu.

Bapa juga sama seperti dulu,
setiap dua minggu akan bermesra dengan racun rumput.
Mungkin antibodi bapa sudah kebal menghidu bau racun.



..........................................................................

Habis memindahkan pelepah sawit.
Aku ke aliran air yang mengalir perlahan.
Sejuk.
Mencuci tangan yang sedikit luka dan dipenuhi tanah.
Tajamnya bekas pelepah sama seperti dulu.
Apatah lagi aku yang tidak bersarung tangan.

Kemudian, duduk di atas batang kayu yang patah.

Goreng pisang,nasi dan ikan goreng sudah mula menyejuk.
Aku pantas mencapai.
Sambal belacan yang wangi semerbak sungguh mencucuk hidung.
Air minum juga dicapai.
Cepatnya tekak ini merasa kering.





"pakkk...jom makan...".
Suaraku sedikit bergema.
Bapa yang sejak tadi dengan parangnya menoleh.

"sekejap lagi...".
Aku angguk. Bapa memang pekerja yang taat.


Damainya duduk di bawah pokok-pokok ini.
Melihat suasana yang tidak berubah.
Sama seperti dulu.
Sama seperti kanak-kanak dulu.

Mindaku terbang jauh ke masa hadapan.
Sementara menanti bapa.
Pasti ada cerita menarik yang ingin dikongsi.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP