05 Mac 2010

Derma & Sumbang

Semasa mak selesai melahirakn dua heroin serentak.
mak kekurangan darah.

Mak kata, mujur ada hamba Allah yang sudi derma darah.
Bapa juga ada menderma darah.
Tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Kalaulah masa itu saya dah cukup syarat. Tentu mak tidak perlukan darah orang lain untuk terus hidup.




Kata mak. Selepas peristiwa itu, bapa pun rajin menderma darah.
Mungkin bapa sudah rasa.
Bagaimana pentingya darah yang ada untuk di derma.

lagipun bapa berdarah O. Darah yang sangat universal.
Saya juga bercita-cita seperti bapa.
Ingin sekali merasa nikmat memberi sumbangan darah.

Saya pernah mencuba.
Tetapi pemeriksa darah kata:
"darah untuk awakpun tak cukup...".

Suatu masa, minta dijauhkan.
Kita mungkin memerlukan darah orang lain.
Untuk terus bernafas.


Tidak diwar-warkan.
Tetapi,
memang pasti,
Tabungan Darah setiap Hospital sedang kekurangan.
Saya cuba untuk membuat sesuatu.
Saya memohon semoga jiwa-jiwa yang sedar, sudi-sudilah menderma darah.

Siapa tahu.
Darah itu menjadi saksi semasa di Mahkamah Allah kelak.


~erk...seperti tulisan langgang tunggang.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP