26 Mac 2010

cari hasil @ buat usaha

"Selipar ku putus lagi..". Entah berapa kali aku mengeluh. Baru 2 minggu lepas aku bersama Kak El memasuki JUXBOX untuk memilih selipar yang sedikit selesa digunakan.

"mungkin kaki mu terlalu aktif..ke sana sini..sibuk berjalan..tidak demontrasi...meeting sana..meeting sini...aktif sungguh-sungguh..".
Kak El. Sentiasa memberikan jawapan yang releven.


"lain kali nak beli sandal kulit...biar tahan lebih lama". Aku menjawab perlahan. Kak El hanya tersengih.

"itulah...kita ni perempuan...sibuk ke sana..sini apa yang kamu dapat...belajar entah kemana...ingat sikit...mak bapa kita letak beribu pengharapan di bahu kita...biara kita cemerlang..dapat kerja senang...dapat balas jasa ibu bapa kita.."
Walau hati membara dengan nasihat baik itu. Aku hanya melongo. Jika sebelum ini, aku lebih selesa tunduk. Tetapi untuk kali ini, hilang selera aku melihat wajah baik kak El.

"hah...lepas ni...jangan lah macam ...err...menjerit-jerit tak tentu pasal...berasak-asak lelaki perempuan...mana harga diri tu.."
Woo. Aku sudah mula tidak senang berdiri.

"apa yang ko dapat bila buat semua itu....pentadbiran sama saja....duta Denmark..duta As...Duta Sweeden...ada dorang kisah apa yang korang buat tu..."

Hampir saja aku menumbuk meja. Tanda protes dengan air mataku yang mula nak bergenang. Lemah juga aku ni.


"....ko ingat sikit dik...Bila kita boikot barangan Yahudi...kita tunjuk rasa marah pada pelukis-pelukis karakatur tu....apa hasil yang kita dapat..???...."

"...diorang terus selesa membunuh rakyat-rakyat Palestin...selesa melukis atas dasar hak asasi...kita dapat apa bila semua itu...kita siapa laung...hancur kuffar...tapi musuh kita sangat suka....diorang saja nak wat kita marah...pas semua itu...datang lagi isu lain...datang lagi musibah lain....."


"dari buat semua itu...ada baiknya kita hidupkan sunnah Nabi...sembahyang jemaah malas...gi demo semangat...macamana musuh tak gelakkan kita."


"bla...bla...blaaaa..."
Kak El terus bertazkirah. Air mata amarah sudah hampir merembes. Semoga Kak El tidak perasan situasi yang berlaku.


"kak El....saya hormat nasihat kakak..saya sanjung pemikiran kakak...tapi saya nak tanya...penting sangatkah hasil sehingga kita memperlekehkan perbuatan orang lain..

".....sekurang-kurangya mereka ada hati untuk sama-sama menempiaskan amarah dengan cara demontrasi....mereka boikot....sekurang-kurangya ada usaha...soal hasil...kita bukan tidak tahu...mustahil...tetapi sekurang-kurangya ada usaha..."

Ahh.
(akan di edit..)

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP