22 Februari 2010

"nah..makan cepattt..". Eid menyuakan nasi panas+ikan masin goreng. Hasil penat dan lelahnya.

Ted terus menyambut. Seharian dia menahan perutnya. Sehingga langsung tidak larat untuk berdiri.

"semalam tidur sini sorang-sorangkah?". Suara Eid sudah mengendur. Dia hanya memandang Ted yang seperti pelarian itu.

Ted angguk. Sungguh berselera. Sesekali dia meniup nasi yang kelihatan berwap itu.

"petang ni, ikut saya, kita gi memancing kat kebun, sana banyak ikan...ada mak, ada ayah, ada adik, taperlu duduk sini sorang-sorang.."

Ted angguk.

"nanti baju sekolah bawa sekali..buku-buku..kita gi sekolah dari sana...biar jauh asal ada orang nampak ..". Eid sudah berdiri. Buku-buku Ted yang bersepah dikemas. Dimasukkan ke dalam beg Ted.

Ted senyum. Dia rindu masakan mak. Rindu bergurau senda dengan adik-adiknya. Seharian dia menunggu kepulangan mereka. Rupanya mereka berkampung di kebun baru itu.

Semalam dia tidur dalam ketakutan. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Menahan rasa takut dan lapar yang ditahan sejak dari sekolah lagi.
Mujur Eid datang. Kalau tidak mungkin dia akan pengsan.


suatu masa dulu,
semangat itu menyala,
mendidik diri lebih berani,
lebih berjiwa

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP