06 January 2010

upien,ipien,adiik dan adeq

siri keganasan terserlah (part. 1)






"kau!!!". Tangan ini menujal kepalanya.
Adiik hanya tersengih-sengih.

"lain kali...buat lagi..!!!".
Tahap marah ini, bunyinya melampau.

Tapi baginya ia biasa.
Kepala, tangan, kaki dan seluruh anggotanya sudah biasa dengan kemarahan ini.

Hati ini bertambah sakit. Melihat sengihannya.

pak!

Gayung air yang sedia retak itu pecah di kepalanya.

sakit?.

Adiik masih tersengih. Dia cuba melarikan diri.

Aku mengejarnya.

"udah-udahlah tu...". Upien menegur. Dia yang sedang makan tidak terganggu sekelumit pun dengan 'situasi' tadi.


Aku menarik nafas. Dia sudah hilang entah kemana.

.................................................................................


"nah...amik..amik...". Kali ini, aku menjadi mangsa. Bulu ayam itu sudah hampir 'botak'. Habis dijadikan alat untuk 'mengajar' aku dan adikku.


Aku hanya diam. Menangis di dalam hati.

Sakit yang dirasa dikongsi bersama Upien. Dia lah pemulanya.

Dia menangis sepenuh jiwa dan tenaga.
Kakinya dihentak-hentak sambil melangkah.
Berdengung lantai jadinya.

"....haha...haha..". Walaupun sakit, aku sempat memberikan 'double sakit' kepadanya.

Dia berhenti melangkah. Memandangku dengan pandangan dendam.

"...nanti kauuuuu!!!!". Suaranya bergema. Dia terus berjalan. Tangisannya sudah berhenti.




.........................................................................


"aku mahu piring merah...". Dia menolak pinggan hijau yang diberikan.

Pinggan merah sedang digunakan oleh Upien.

"...tak mahu makan...mahu pinggan merah itu...". Suaranya kecil. Tetapi menyebabkan selera makanku terganggu.

"ok...kakak...pegi ambil piring merah yang lain...". Ibu memberi arahan. Upien akur. Cepat-cepat dia bangun.

Si adik hanya diam. Air matanya sudah menitis.
"..nah adik...makan ya....". Upien memujuk. Aku hanya memerhati. Sakit hati melihat kehendaknya itu.


..................................................

Kami berempat selesai berkubang di sungai.

Sambil berjalan pulang. Kami menyanyi.

Sambil mengetuk baldi yang dibawa.

"aku mahu di depannnnnnnnnnnnnnnnnn...!!!!". Ipien menjerit. Dia sedang jauh ketinggalan di belakang.

Upien menunggu.
Ipien masih statik. Tidak bergerak. Hanya berpeluk tubuh.

"cepatlah adikkkkkk...ni dah gelappp...". Aku memberi arahan dengan teriakan.

Dia masih statik. Mukanya berkerut seribu.

Upien mengalah. Dia mengundur. Menuju ke belakang adiknya.

Ipien mula melangkah laju.

Dia terus di hadapan.

Peliknya.


....................................................................

"ini untuk ibu...bukan untuk kamu...". Itu kata bapa.

Sebuah bungkusan diletakkan pada tempat yang tinggi.

Aku sudah berkira-kira ingin mengatahui isinya.

Aku memandang mereka bertiga.

Semuanya sedang tunduk.

"...ibu pulang lama lagi...?". Adiik bertanya. Upien menjawab.

"..iya..sebelum malam ibu akan pulang..".

Mereka terus keluar. Hanya aku sendiri di situ.

Aku memasang beberapa startegi untuk mencapai misiku.

Memulakan dengan langkah yang mudah. Panjat dinding!


Namun, hanya sekerat jalan.

"ooooooooooooo...". Mereka bertiga muncul tiba-tiba.

"...shitttt". Aku membulatkan mata. Menunjukkan tanda 'jangan bising'.

Mereka tersengih-sengih.

Akhirnya, niatku hampa.



........................................................

"i want finish my homework..okeyy..so please don't disurb me...". Adeq bercekak pinggang. Adiik hanya memandang.

Dia masih statik di situ. Sengaja menconteng-conteng kertas kosong di situ.

"..abang...u know what I want to do ringht...soo...please go...". Adeq masih bercekak pinggang. Buku yang dipegang di letakkan di meja.

Adiik masih seperti tadi. Sambil tersengih-sengih. Dia melukis gambar.

"..ini budak kecil yang sedang mengamuk..rambutnya panjang...hidungnya kembang...". Adiik melukis sambil bercakap.


Si Adeq memerhati dari ekor mata. Hidungnya kembang kempis. Mungkin menahan marah. Dia tahu lukisan itu adalah dirinya.

"makkkkkkkkkk....". Akhirnya, dia menjerit.

Air matanya menitis. Dia berlalu keluar. Mencari ketenangan.

"...haha...cengeng...cengeng...". Adiik sengaja mengikut Adeq dari belakang.

Aku hanya memerhati.
Mangsa buli yang keding itu
Sedang dibuli.