24 Januari 2010

JIWA

MAHASISWA itu adalah berjiwa besar.
ANAK MUDA itu MAHASISWA.

“ Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”
YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid



Aku anak muda.
Jiwaku mudah berkocak.


"ahh..Kau anak muda yang selalu buat hal!!'. Bergema kata-katanya.

Aku anak muda.
Jiwaku tidak rapuh.
Semangatku sudah bangkit.

"..apa tiada kerja lain yang harus kau buat?!!". Dia sudah hampir mencipta peluang untuk aku melibasnya.



Aku anak muda,
Jiwaku membara,
Kecintaanku pada bangsa mekar dan tegar.


"ahhh..perasan sungguh!!!". Dia masih begitu. Membuatkan wajahnya sehodoh tukang sihir.

Aku anak muda,
darah panas,
Kasihku pada AGAMA masih segar.


"betulkah?... bagaimana amalan mu..?!!". Sinisnya menjadi-jadi. Buruk!. Umpama wajah mumia.


Aku anak muda,
Semangatku membara,
Kakitanganku bersedia,
Awas...
Akalku telah diracuni
semangat anak muda,
Sebelum langkah ku buka,

Jarakkan dirimu!!

"ya..kau memang anak muda perasan!". Provokasinya keterlaluan. Ku bacakan satu hukuman yang ditetapkan undang-undang Malaysia.

"kalau aku membunuhmu kerana kelancangan penghinaanmu...aku boleh selamat dari hukuman..kau sebabnya..kau puncanya..kau...". Amarahku semakin mencapai tahap SUPER.


Aku duduk dan terduduk.
Membawa hati terus bersistighfar.
Lawanku hanya SYAITAN.
BENCIku kerana ALLAH menghendaki hambaNya membenci perkara yang dibenciNya.


"...perjuanganmu harus MURNI...
jatuhnya KAPITALISME..kerana kelemahan IDEOLOGI itu,
jatuhnya KOMINISME...kerana kelemahan IDEOLOGI itu,
tapi, ISLAM akan jatuh kerana kelamahan umatnya..."


"ya Allah aku menagih kasih dan sayangMU kerana kumahu dengan sangat REDHAMU mengiring setiap langkahku dan langkah mereka yang bersamaku ...".




2 ulasan:

gopenghagen berkata...

perjuangan anak muda ibarat ombak menampar gigi-gigi laut. bising, tidak berhenti, namun tidak terlihat berkasnya. namun pasti ada yang berubah setiap kali ia berlalu pergi. kalau tidak runtuh dinding-dinding batu, yang pastinya pasir berubah. teruskan menjadi ombak

be a better muslim berkata...

ya..terima kasih.

hanya ombak Tsunami yang mampu mengubah terus landskap georafi dan undang-undang..

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP