30 Januari 2010

siapapun mahu keadilan

Bila hak tertindas.
Bila zalim mengambil tempat.
Jangan persoalkan soal kebangkitan.
Sesiapapun berhak mendapat keadilan.














gambar-gambar dari Google Searching.

29 Januari 2010

lagu untuk pengugut yang zalim

Walaupun Black,aku tidak minat.

Lagu ni sangat baik untuk sesiapa sahaja yang pernah dibrain wash oleh puak2 PENGUGUT.

Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Kali pertama
Aku mengenalimu
Mahu bersama X2
Raut wajahmu bersih
Menyakinkan hati ini
Aku terpaut

Ohh.. Ohh..
Semua dusta palsu
Aku tertipu

Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu


Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati tahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja drama


Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengerja hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah
Ku kenal dulu

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja drama

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat

Memukau mata melihat

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama? X2



Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat


minta





Saya selalu minta.
Jangan emosi menuntun langkah,
Jangn benci mengugat Iman,
Jangan Geram
membikin sakit.

Namun,
ada waktunya itu masih berlaku.

Lalu,
Biarlah Emosi menuntun langkah,
Biar Benci mengugat Iman,
Biar Geram
membikin sakit,
Asal HATI semakin kuat,
agar JIWA semakin kebal,
agar anggota semakin TAKUTkanNya.


Kerana mereka memang buta mata,
buta hati,
buta fikiran,

Atau mungkin sengaja membutakan mata, hati dan fikiran

Ingatkan diri...
perjuangan itu bukan sesenang duduk sambil mencicip biskut,
tidak juga duduk sambil menjeling-jeling nasi beriani,


"kuatkan hati dan jiwa-jiwa kami...kuatakn pergantungan kami hanya padaMu.."


Moga Imanlah yang memandu hidup.



24 Januari 2010

JIWA

MAHASISWA itu adalah berjiwa besar.
ANAK MUDA itu MAHASISWA.

“ Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”
YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid



Aku anak muda.
Jiwaku mudah berkocak.


"ahh..Kau anak muda yang selalu buat hal!!'. Bergema kata-katanya.

Aku anak muda.
Jiwaku tidak rapuh.
Semangatku sudah bangkit.

"..apa tiada kerja lain yang harus kau buat?!!". Dia sudah hampir mencipta peluang untuk aku melibasnya.



Aku anak muda,
Jiwaku membara,
Kecintaanku pada bangsa mekar dan tegar.


"ahhh..perasan sungguh!!!". Dia masih begitu. Membuatkan wajahnya sehodoh tukang sihir.

Aku anak muda,
darah panas,
Kasihku pada AGAMA masih segar.


"betulkah?... bagaimana amalan mu..?!!". Sinisnya menjadi-jadi. Buruk!. Umpama wajah mumia.


Aku anak muda,
Semangatku membara,
Kakitanganku bersedia,
Awas...
Akalku telah diracuni
semangat anak muda,
Sebelum langkah ku buka,

Jarakkan dirimu!!

"ya..kau memang anak muda perasan!". Provokasinya keterlaluan. Ku bacakan satu hukuman yang ditetapkan undang-undang Malaysia.

"kalau aku membunuhmu kerana kelancangan penghinaanmu...aku boleh selamat dari hukuman..kau sebabnya..kau puncanya..kau...". Amarahku semakin mencapai tahap SUPER.


Aku duduk dan terduduk.
Membawa hati terus bersistighfar.
Lawanku hanya SYAITAN.
BENCIku kerana ALLAH menghendaki hambaNya membenci perkara yang dibenciNya.


"...perjuanganmu harus MURNI...
jatuhnya KAPITALISME..kerana kelemahan IDEOLOGI itu,
jatuhnya KOMINISME...kerana kelemahan IDEOLOGI itu,
tapi, ISLAM akan jatuh kerana kelamahan umatnya..."


"ya Allah aku menagih kasih dan sayangMU kerana kumahu dengan sangat REDHAMU mengiring setiap langkahku dan langkah mereka yang bersamaku ...".




21 Januari 2010

Siap!




"cikgu saya menang!!!!". Walaupun nafas hampir putus dalam acara itu. Aku masih sempat melemparkan kata-kata itu.

"..ya..Tahniah!!..nanti kita cikgu belanja makan". Lembut pertuturan jurulatihku itu.

"..cikgu...". Aku mahu mengulang ayat yang sama. Dia hanya menoleh. Membiarkan aku berjalan perlahan-lahan mengembalikan nafas kepada normal.


.........................................................................


"..rehat banyak-banyak...lepas ni kamu kena ready ke peringkat seterusnya". Dia sudah berada ditepi dengan sebotol air mineral.

Aku menyambut huluran cikgu itu. Wajahnya bersahaja.

Aku menyimpulkan bahawa jurulatihku itu memang tidak akan memuji aku lebih. Ah. Aku hampir membentak didepannya.

"..kaki kamu masih belum pit..rekod dah pecah...lepas ni latihan kena serius". Dia masih seperti tadi. Pandangannya jauh.

Aku memicit-micit betis yang semakin sakit.

"cikgu...rasanya saya kaki saya cukup kuat...". Aku ingin berdalih. Mengatakan kemenangan diwaktu pagi itu disebabkan latihanku yang sangat sengsara sebelum ini.

Dia menoleh. Kini dia senyum. Aku tidak pasti dia mengejek atau..

"..alah..cikgu tahu, hanya berapa ketul kamu yang dah muntah hijau..". Dia terus berlaHuruf condonglu sambil tersenyum-senyum.

Nafasku sudah kembali normal.

Aku memikirkan kata-kata jurulatihku itu. Ya. Betisku masih lembut. Belum 'pecah'. Kalau tidak tentu mudah sahaja aku menguasai padang itu tanpa hampir putus nyawa.

Berapa kali aku mengurangkan jarak larian harian semasa latihan.

Malah, jahatnya aku selalu mengeluarkan duit untuk membeli makanan ringan. Yang sememangya tidak membantu dalam pembinaan tenaga dan staminaku.

Juga semasa latihan dibukit tinggi. Aku selalu sahaja culas.
Selalunya akulah yang berada dibelakang.
Sambil bergelak ketawa bersama rakan-rakanku yang hanya memerlukan kekuatan dan stamina pada tangan.

Ada waktunya guru-guru muda yang mengawasi kami hanya mengelengkan kepala ataupun membunyikan hon berkali melihat aku dan beberapa rakan yang agak 'bermasalah' untuk berlari dalam tempoh masa yang ditetapkan.




"...kamu kenapa kat belakang tu...dorang tu geng KU2..". Sesekali gara-gara aku. Rakan-rakanku yang sememangaya sensitif dengan berat badan menelan rasa akibat tingahku.

'sowilah geng'.

................................................

"weiiii...ko guna ilmu hitam erk..boleh pulak skor emas..". Itulah ayat-ayat geng KU2 yang nampak langsung tidak memuji ataupun mungkin pujian itu berselindung.

"...aku sepatutnya pecahkan rekod kebangsaan..tapi ". Entah apa bentuk kekeluan hingga kau kehilangan bentuk balasan sepatutnya untuk aku mengback-up diri sendiri.


Namun, anehnya semasa kakiku yang sedikit sakit. Juga staminaku yang susut sedikit itu.Malah, aku berjalan bagaikan manusia yang patah hati.
Setiap khemah yang ku lalui memberikan tepukan dan usikan nakal akan kejayaan yang tidak ku sangka itu.

Malah, aku juga menerima pujian dan tepukan daripada ketua jurulatih.



...........................................................

"janganlah sedih-sedih, itu takdir untuk kamu...". Walaupun hatiku terasa hati dengan tingkah jurulatihku. Namun, kata-kata teman itu sangat mendamaikan.

"..kamu mungkin berusaha dengan semangat..akhirnya kamu berjaya". Aku senyum. Memang dia sangat memahami.

"..mungkin kalau kamu usaha lebih daripada sebelum ini...kamu akan lebih berjaya". Aku mengangguk. Kata-katanya itu banyak kebenarannya.

Keropok dan air bergas yang sememangya diharamkan sepanjang latihan ku pandang sepi. Dia tetap menghulur.

"...ubatny sedih tidak ada dijual..kalau ada aku dah beli untuk kau". Dia senyum.


"...kemenangan itu takdir..namun, usaha itu WAJIB...". Dia kini semakin ligat berkhutbah. Mungkin kerana melihat aksiku yang nol.


"..mungkin ada rakan-rakan kita yang berusaha sangat bersungguh, tapi Allah belum berikan kemenangan..atau Allah berikan kemenangan dalam bentuk lain...".

"...Kemenangan pingat itu bunyinya sangat baik..namun, kau tahukan selepas ini..latihan perlu dipergiatkan lagi..banyak benda perlu dikawal.".

"Kalah Menang itu Ujian".

Aku terus mengangguk. Walaupun stamina ku semakin longlai.




*muntah hijau= muntah yang dihasilkan kerana latihan yang dilakukan. Membuktikan tahap kecergasan yang cukup (badan akan menjadi sangat ringan)



...............................................................

Nota I:
~manjadda wajadda~

18 Januari 2010

itu lompat tinggi




Seronok.Semasa latihan harian.
Sehingga malas berhenti.
Terus mencuba.
Melambungkan badan setinggi terdaya.
Melepasi palang besi.




dan..

melandingkan diri di tilam yang sangat-sangat empuk.

wah..palang jatuh lagi.

Undang-undang melarang melalui bawah palang semasa ingin mencuba lagi.
untuk kali yang keseterusnya.
Lompatan dikira batal.

Kali ini mencuba lagi.
Betul-betul landing ditengah-tengah tilam.

Palang hanya bergetar.

"yezzzz". Siapapun akan melonjak suka.

Bermakna lompatan dan landing itu menarik dan pass.
Jika sedang bertanding,
pengadil akan menaikkan bendera putih.
Tanda pass. Seterusnya layak ke ketinggian yang seterusnya.

Palang dinaikkan lagi. Barangkali kepada 1.5 meter.
1 angka yang biasa untuk peringkat bahagian atau negeri.
Untuk peringkat sekolah, terutamanya perempuan. Ia amat 'tinggi'.


Sebelum memulakan lompatan, boleh sahaja memeriksa kedudukan tilam.
Mengira jarak-jarak yang akan dilangkah oleh kaki.
Risau-risau jika terlalu jauh atau akan mendatangkan kecederaan semasa melompat nanti.
Juga untuk membolehkan badan dilambung setinggi yang terdaya.




Harus bijak membengkokkan belakang badan supaya palang tidak jatuh.
dan kegembiraan berganda bila palang tidak jatuh.
Juga diri selamat landing di tengah-tengah tilam.

wahh..bahasa untuk sukan kadang menyukarkan.

16 Januari 2010

terus melangkah

~kamu-kamu jangan rasa sendirian*


dunia itu penjara,
sok-sek itu cabaran,
bukan untuk dikesalkan,
bukan suatu hambatan,



penjara itu wujud,
bagai fatamorgana,





saki baki tenaga masih banyak.
teruskan langkah,
teruskan mengejar.

walau kadang ada yang membelit di kaki itu.
walau kadang kaki tidak berlapik,
walau kadang bertemu jalan buntu.




hidup terlalu pendek untuk dikisahkan,
hiduplah selagi berkesempatan,

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya"






*Allah sentiasa disisi, mendengar,melihat dan segala..




Laskar Pelangi

by:Nidji



mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya


laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi







................................................................................................................................................

nota I:

Terima kasih yang memberi peluang dan cabaran. (konco rapat & dekat)

Terulung untuk:kakak Achy ( buku Laskar Pelangi..ditungguin!)

Utk semua yang selalu menyelitkan doa untuk gue



pembinaan Baitul Dakwah

cuti semester bermula lagi.
menghabiskan cuti sebulan, adalah saat yang ditunggu-tunggunya.
rindu benar di dalam hatinya.
ingin kembali ke kampung halaman.
dirinya yang baru sahaja 4 bulan terpisah, namun, kerinduaannya terlalu menebal.

'bagaimana agaknya..rasa rindu Rasululullah..10 tahun meninggalkan Makkah..?'
'alangkah gembiranya...setelah lama menyimpan rindu...Allah turunkan surahnya untuk mengizikan kaum Muhajirin ini kembali ke kampung halaman?".


.....................................................................................................................




"ayah..saya sudah mendaftar.". Umar membelek kuku ayahnya.

"..mendaftar apa..?". Lazim. Inilah cara ayahnya melayannya. Di lihat mata ayahnya masih setia di kaca TV. Langsung seperti tidak memperdulikan kehadirannya.

Dia membiarkan persoalan ayahnya.
Jari-jarinya pantas mengeluarkan kacip kuku dari saku baju melayunya.

"..ayah..mari Umar potong kuku ayah..". Umar memulakan dengan jari kelingking kiri ayahnya. Hitam. Dipenuhi bekas-bekas luka, juga kasar. Dia tersentuh melihat keadaan telapak tangan ayahnya.

Ayahnya hanya melihat. Angguk pun tidak.

Umar memulakan setelah membilas tangan ayahnya di dalam bekas.

"..supaya kuku lembut..senanglah Umar nak potong..".

Ayahnya hanya melihat satu-satu jarinya yang jarang dibeleknya, kerana masanya yang selalu suntuk.

.............................................

"...senanglah ayah bila tangan ni..Allah soal siasat..". Umar memulakan 'operasinya'.

"..apa yang senang..?". Ayahnya mula berminat.

Umar sengaja membiarkan persoalan ayahnya lagi.

Dia memotong dengan tekun. Setelah dipotongnya habis. Dia mengambil bekas lain. Kemudian membasuh tangan ayahnya. Ayahnya hanya diam diperlakukan begitu.


....................................................


"..ayah..Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang berkerja...". Umar memerhatikan ayahnya. Ayahnya yang sasa. Mempunyai riak wajah yang tenang.

"..ayah berkerja..untuk kami..untuk kita sekeluarga...". Ayahnya masih seperti tadi. Tunduk dan membisu.

"...hasilnya, kami ini dapat hidup dengan baik...tidaklah sampai meminta-minta...belajar dengan senang hati..".

"..dengan hasil jerit payah ayahlah...Umar dan adik-adik dapat buat apa yang orang lain buat...".
Dia memerhatikan ayahnya dari ekor mata. Usia ayahnya yang melebihi 50 tahun, dapat dilihat melalui kedutan pada dahinya. Uban pada rambut.

"...bila Allah menyoal seluruh anggota tubuh ayah nanti...insyaAllah dengan rahmatnya..setiap anggota ayah akan dapat menjawab dengan baik...insyaAllah..". Umar diam. Dia berasa sayu. Berkata hal-hal seperti ini, bukan suatu yang biasa baginya. Selama ini jarang sekali dia berbicara soal-soal begitu.


"..insyaAllah..". Suara ayahnya kedengaran perlahan.



...........................................................................................

Perbualannya terhenti.
Suara ibu 'berceramah' di dapur sangat membingitkan.

Mungkin ibu sedang menggoreng sesuatu untuk santapan petang itu.

Umar memerhatikan wajah ayahnya. Ayahnya sangat 'benci' situasi itu.

"dahlah..ayah nak ke turun jap..". Ayahnya bangun.

Umar hanya memandang. Kuku kaki ayahnya belum habis dipotong.

"..ayah..nanti sambung kuku kaki pulak..". Umar juga bangun. Terus menuju ke dapur.



...............................................

Dia melalui bilik adiknya. Fatimah dan Masyitah.

Mereka sedang membaca buku sambil baring-baring. Jelas kelihatan pada pintu bilik yang terbuka luas.

"amboii..baca buku atau buku baca kamu ?". Dia pantang sekali melihat situsi itu. Patutlah ibunya asyik berceramah sejak tadi.


"...alah..seboklah..orang nak exam besok ni...". Pintu ditutup kuat.

Ah!. Geramnya. Itulah Fatimah, adik perempuannya,selepas Adlina. Sangat keras perwatakannya.
Sekarang berada di tingkatan 6 atas.

Umar melangkah pantas ke dapur.
Dilihatnya ibunya sedang menggoreng pisang goreng.

"...wah sedapnya bau...". Dia mendekati ibunya.

Ibunya memandangya dengan senyuman. Inilah ibunya. Sungguh manis. 'ceramahnya' tadi terus terhenti.

"..ayah kamu mana?..". Ibunya masih menggoreng.

"...ke bawah..biasalah petang-petang begini..". Umar memerhatikan ibunya. Tentu ada yang membuatkan ibunya tidak senang denga ayahnya.

"...huh..bapa kamu tu...saya sudah gitau pagi tadi..petang ni..enjin tu kena pasang.. kang besok pejabat tutup pulak..". Entah apa yang ibunya marahkan. Umar hanya mendengar. Sesekali ibunya menjelingya.

"..lah..ibu ni...tu kerja Umar...nanti Umar gi pasang ya..". Umar menjawab sambil tersengih-sengih. Entah apa yang dimaksudkan ibunya. Dia pandai-pandai menjawab.

"...kamu??..apa yang kamu tahu..?...pasang enjin untuk siram benih pokok tu tahu kah..?". Suara ibunya mula mengendur. Mungkin dia terlupa anaknya seorang ini juga ada kemahiran itu.

"...lorr...kalau Umar tak tahu..tu Ibrahim...makenik terhebat di rumah ni..". Umar mengambil beberapa ketul pisang goreng.

Ibrahim. Adiknya. Juga adik kepada Fatimah dan Masyitah. Baru sahaja selesai menduduki PMR. Adiknya memang mahir dalam bidang-bidang sebegitu.

"...mana Ibrahim bu?...". Baru Umar sedar. Adiknya tidak dilihatnya sepanjang hari tu.

"tidur agaknya..". Ibunya sudah selesai menggoreng. Pisang itu diangkat dan diletakkan di atas di hadapannya. Asap Pisang goreng yang berkepul-kepul itu sangat menarik. Umar senyum.

"..ni senyum-senyum kenapa..?".

"...tengok asap pisang tu..".


..............................................................................................

Sejak adiknya asyik berkurung. Kerja-kerja dapur banyak dilakukan oleh ibunya. Ibunya yang setia menjadi pembantu ayahnya selalu sahaja merungut.

Fatimah yang sememangnya rajin sudah jarang memijak dapur. Apatah lagi Masyitah. Yang terkenal dengan malasnya. Dua-duanya beralasan sedang menghadapi 'perang'. STPM dan SPM.

"...ek ele...masa dia exam dulu..baju..kasut..makan..semua orang yang buatkan...". Sungguh berani Fatimah membalas. Apabila dia menegur sikap mereka.

"...ala..Alang...bukan selalu pun Alang duk dapur tu..habis exam...kami masuklah balik..". Masyitah yang memegang buku Biologi tersengeh-sengeh. Amboi. siap guna 'kami' pula tu. Umar faham sangat tahap rajin adiknya seorang iu. Masyitah memang mahir dalam bab-bab kompromi.

Mahu atau tidak dia harus menjadi suri rumah sementara adiknya sedang bertarung di 'medan perang'.

"...Alang kira baik..just masak lauk jak...basuh kain..sapu rumah..buang sampah..kitaorang still buat...". Ah. Lagi-lagi Fatimah.

Mujur juga Umar mempunyai kemahiran- kemahiran menguruskan rumah. Kalau tidak kasihanlah ibunya berseorangan bertukus lumus.

"Abangggg...nasik hangitttt!". Sakinah. Adiknya yang baru berumur 9 tahun menjerit kuat. Umar bergegas ke dapur. Inilah adik bongsu yang selalu menjaga dapur. Semenjak Umar membawa pulang bermacam-macam buku-buku. Sejak itulah adiknya itu 'bermastautin' di dapur membacanya.

"..kenapa tak baca dalam bilik...?". Ada sesekali dia bertanya.

"..malaslah..tu akak berdua tu..asyik suruh ni..suruh tu..suruh picit kepala..suruh urut kaki..". Panjang lebar adiknya memberikan komen.

"...Alang tau tak...dorang tu..asyik tekan-tekan handset jak...".

Aik. Kan dorang tengah berperang..?

"...dorang sms sapa?". Umar yang sudah mahir memasak. bercerita sambil memotong terung. Niatnya ingin memasak spesial untuk hari itu.

"..aik..dorang tu..kadang sms..kadang telefon...dah pandai couple-couple..".
Terkejut Umar mendengar cerita adikya. Tangan kecil adiknya sedang sibuk mewarna pada kertas lukisan.

Adiknya dah pandai benda-benda tu...

Umar mengeluh perlahan.

untuk sabtu


berjalan-jalan.
Sambil berfikir.
merenung-renung.
sambil berkata-kata.

jiwa bergelodak,
memerhatikan seindah mawar di arena ini.

berbicara dengan alam,
tidak akan sama berbicara dengan manusia,

alam ini penuh rahsia,
penuh kecintaan dan kasih,

ketika pilu datang menjenguk,
jenguklah alam untuk bersabar,

berkawan dengan alam,
menjadikan senyum itu tidaklah semanis madu,
tidak jug sepahit hempedu,
hanya biasa-biasa sahaja,

ketika hati merungut sayu,
katakanlah pada bunga-bunga segar,

setiap detik yang kita tinggalkan di arena ini,
menjadi titik dalam nilai Tarbiyyah


ya.
Jalan-jalan pikiran.

13 Januari 2010

topeng

Masa Virus H1N1 menular.
Topeng muka banyak dijual sana sini.

Lalu kawasan laluan jalan kaki ke stesen Pudu pun jual.
Macam jual kacang goreng.

Tujuanya macam Ginjal dalam badan.
Jadi penapis untuk segala bentuk kekotoran di udara.

Kemudian,
Orang-orang yang potong rumput,
kena tutup mulut dan hidung,
sebab takut cebisan-cebisan rumput yang dipoton
menerjah.
Boleh bawa penyakit juga

Kalau dikebun-kebun atau di ladang-ladang,
para petani atau peladang,
apabila menyembur racun
kena guna topeng untuk tutup mulut dan hidung..

Tujuannya sama..untuk mengelak titisan racun
menerjah rongga pernafasan manusia.


Dalam hidup seharian pun harus guna topeng
supaya lebih selamat..

Macam-macam topeng yang boleh guna,
ada yang boleh nampak,
ada juga yang hanya kita yang nampak


Ini kata seorang motivator;
"...ada manusia menyangka dengan tidak hipokrit itu ia akan lebih baik...namun, rupanya ia lebih menempah dosa".



saya tidak guna topeng!!

12 Januari 2010

untitled

Sesekali Allah menguji.
Tanda KasihNya.

Sesekali Allah menegur
Tanda PrihatiNya.

Sesekali Allah mengingatkan
Tanda KasihNya.

Pohonlah,
Bukan memudahkan laluan UJIAN, TEGURAN& PERINGATAN,
tetapi untuk menguatkan kita untuk berjalan dilaluan itu.

"..Ya Allah kuatkan aku..lindungi dari putus Asa.."






Untitled
by: SP


I open my eyes

I try to see but I'm blinded by the white light
I can't remember how
I can't remember why
I'm lying here tonight

And I can't stand the pain
And I can't make it go away
No I can't stand the pain

How could this happen to me
I've made my mistakes
I've got no where to run
The night goes on
As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

Everybody's screaming
I try to make a sound but no one hears me
I'm slipping off the edge
I'm hanging by a thread
I wanna start this over again

So I try to hold onto a time when nothing mattered
And I can't explain what happened
And I can't erase the things that I've done
No I can't

How could this happen to me
I've made my mistakes
I've got no where to run
The night goes on
As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

I've made my mistakes
I've got no where to run
The night goes on
As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me




09 Januari 2010

gitaris muslimah (2)

"aku mahu jadi gitaris...".

"wakakakak...". Teman disebelahnya ketawa ligat. Sambil menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya.

Dia tidak memperdulikan.
"kau ada kenal tak mana-mana sekolahkah..pusatkah..atau individu yang boleh ajar aku main gitar..?".
Temannya seperti menahan ketawa.

"hei...Man Kidal mahu tak??".

Dia hanya memandang.

"..kalau tidak mahal..aku mahu juga". Dia menjawab. Dia tahu temannya hanya bergurau.

Temannya diam.

"...lepas ni kau mau kata apa pulak?...mau jadi penyanyi???..". Temannya bertanya dengan lenggok yang sedikit seperti ibu-ibu yang sedang marah.

Dia tahu, temannya itu bukan marah.
"..kalaulah suaraku sedap...alangkah indahnya..".

Temannya tersenyum mendengar kata-katanya.

"...atau kau sudah terpengaruh dengan Yuna..?".
Temannya masih menyoal.
Dan dia sedia menjawab.

"..cantik juga Yuna tu..otak pun ok...".
Dia senyum.
Itu bukan jawapan kepada persoalan temannya.

Baru diingatnya. Semasa di lapangan terbang LCCT dia terserempak dengan Yuna dan Zamani. Sedang membimbit gitar dibelakang.
"..Yuna sempoi kan...".

Akhirnya temannya diam. Kematian idea untuk menyoal lagi.


................................................................................

Penat!.
Itulah ayat yang sesuai.
Betapa penat membonceng motorsikal untuk ke Mydin semata-mata ingin membeli keperluan harian.

"wei...kau tahu...tak lama lagi kau akan grad kan...pas tu kau kerja...pas tu kau pun.."

"..akupun tidak lagi seperti sekarang...". Dia mematikan kata-kata temannya.

Dia membelek-belek harga pada barangang yang baru dibeli tadi. Memang jauh lebih murah.

"..eh...betulkah ko nak jadi gitaris??". Temanya yang sedang baring menyoal. Walaupun letih. Dia masih berminat untuk bercerita.

Dia mengangguk.
"...ya..itulah cita-citaku sekarang..".

Temannya mengagguk.
"..kalau kau jadi gitaris nanti..kau nak buat apa..?". Soalan itu masih keluar. Dia senyum. Temannya itu benar-benar berminat akan cita-citanya itu.

"..aku nak ko sokong aku..aku nak buat banyak benda..aku nak jadi....". Ayatnya mati disitu.

Temannya melihat dia yang sejak tadi duduk bersama plastik-plastik putih Mydin.

"...sambunglah ayat ko tu...".

Dia senyum.

"..siapa mahu ajar aku ya...?". Dia bertanya sambil memandang plastik-plastik disisinya.

"...lah..kan ko ada abang yang pandai main gitar..belajarlah dengan dia dulu..". Temannya sudah hampir terlelap.


Dia mengangguk. Ada benarnya kata-kata temannya itu.
Cita-cita ini terlalu tinggi. Namun, dia tekad.

Terbayang-bayang dirinya sedang memetik gitar.
Mencipta lagu-lagu yang mengajak manusia mencintai Tuhan.
Mengajak manusia merenungi kisah-kisah tragis yang berlaku pada umat Islam di Palestin.

Mungkin satu hari akan ada lagi konsert yang 'tidak lagi tercemar' seperti yang berlaku sekarang tujuannya untuk mengumpul dana.
Untuk diberikan kepada saudara-saudara seIslam diluar sana.

"ah...terlalu manis untuk membayangkan..". Dia akhirnya berdiri dan mengemas barang-barang tadi.


Impian Anak Jalanan
by; Muhamad bin Nasir (M.Nasir)
Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana


Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan


Ku mohon perlindunganMu yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita


Kota ini tempat ku belajar erti hidup
Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman

bercakap dengan siapa

~siri tulisan bukan untuk suka-suka
_______________________________







Lokasi:
Tasik X ( ada X..insyaAllah ada Y)

Watak:
Pakcik
Akhma ( bukan nama sebenar)
Echa ( bukan nama sebenar)
Che Unah (bukan nama sebenar)
Akuh ( bukan nama sebenar)

Masa: Petang ( selepas Asar)

Peristiwa: Kadang-kala diluar akal


Babak 1


Akhma, Echa, Che Unah dan Akuh. Sedang duduk secara bulatan. Melakukan perbincangan yang kelihatan agak berat. Dapat dilihat dari riak muka seperti tegang dan berkemungkinan serius.
Namun, Akuh yang duduk bersebelahan Cheh Unah pulak sedang longlai melayan kehendak matanya yang sejak tadi membayang-bayangkan bantal.

Echa mencuit Cheh Unah untuk meminta dia mengejutkan Akuh.
Cheh Unah terjerit:
"ya..matanya digayuti iblis!!!".

Akuh terkejut. Lantas matanya terus segar.

Cheh Unah tersipu-sipu malu.

Perbincangan diteruskan.


Babak 2

Akuh dan Akhma membuat sedikit senaman ringan. Sebagai pemanas badan.
Echa dan Cheh Unah pula sedang menilik-nilik bunga yang berwarna warni. Mereka mengidamkan bunga-bunga itu akan menjadi penghias meja dan keliling rumah di kampung.

Echa bermonolog;
'alangkah cantiknya ciptaan Allah..sehingga mencipta bunga-bunga yang pelbagai bentuk dan warna..'
Rasa takjub. Beberapa kumbanga sedang hinggap pada bunga-bunga dan terus lepak di kelopak bunga.
Echa tersenyum melihat situasi itu, lantas mengucapakan :
" Subhanallah...Maha Kuasanya Engkau..".


Cheh Unah masih seperti tadi, membelak dan.. membelek bunga-bunga yang semamangya menarik perhatian sesiapa yang mencintai bunga-bungaan.


Babak3

Mereka berlari-lari anak.
Mengelilingi tasik yang sememangnya tercemar dengan hasil buangan.
Namun,
bertambah tahap pencemarannya apabila aliran air anah dari kawasan pembangunan memasukinya.

Petang itu sungguh damai.
Beberapa orang insan berlari. Ada yang berjalan kaki.
Ada juga yang melakukan senaman menggunakan kemudahan yang terdapat di sekitar Tasik X.

Akuh dalam kepenatan. Dia hanya berjalan kaki.
Tiba-tiba perutnya memulas dan badanya susah untuk ditegakkan.
Dia tertunduk menahan kesakitan.

Namun, cepat-cepat Akuh mencari...tandas.

Sedang dalam kepayahan. Dia tersepak penyapu milik tukang sapu yang berkerja di Tasik X.
Sudah 3 kali dia terserempak tukang sapu itu sebelum ini.
Namun, inilah kali pertama dia melihat wajah tukang sapu itu.

Tengkuknya meremang.

"auzubillahiminasyaitanirrajim...". Akuh terus berjalan dengan cepat. Perutnya semakin memulas.

Akuh terus memasuki sebuah bangunan yang tersegam indah di tepi Tasik X.

Dia mencari-cari tandas.
"Astagfiruhalazim...sakitnya". Akuh terduduk.

Dia tidak dapat bangun. Hanya tunduk menekan-nekan perutnya.

"mana pula tandas ini..?". Dia cuba mencari-cari melalui mata sahaja.

Akuh cuba mengingati makanan atau minuman yang masuk ke dalam perutnya sepanjang hari itu.



Babak 4

Akuh masih seperti tadi.
Perutnya berhenti memulas.
Namun, sakit pada ulu hatinya masih terasa. Dia tertunduk-tunduk.
Sepanjang hari, dia hanya menghirup teh Nestlo milik Akhma.
Ini yang diingatnya.


Sedang dia tertunduk-tunduk menahan kesakitan. Kedenagarn derapan kaki menuju ke arahnya.
Barulah Akuh perasaan hanya dia seorang berada di kawasan itu.
Tengkuknya mula meremang.

Akuh pantas bangun dan terus keluar dari bangunan itu.

Dia berjalan laju.

Bam!!!.

Dia terjatuh dan badannya tersembam di tanah.
Rupanya dia terlanggar penyapu yang bersandar di tepi pokok. Terlalu laju sehingga kurang berhati-hati.

Akuh bangkit dan cuba memeriksa badanya. Risau juga jika ada yang terluka.
"alhamdulillah...". Akhirnya dia melafazkan syukur. Hanya seluar dan bajunya sedikit kotor.
gambar hiasan- lorong berjalan kaki dan berjogging
(mungkin ada kena mengena dalam babak ini)


Dia kini berada di bawah pokok yang mengelilingi Tasik X.

Disekelilingnya dilihat beberapa orang sedang melakukan aktiviti riadah.

Akuh baru teringat. Tadi dia berlari kerana terdengar derapan kaki.

Dia menoleh ke belakang..ke arah bangunan tadi.

Hah!!...

(to be continue..)



08 Januari 2010

kini begini


saya cakap.
saya banyak buat benda yang silap.
banyak buat khilaf.

saya cakap.
saya selalu fikir saya ini, begini,
saya sepatutnya buat begitu.

saya tetap begini,
walaupun saya ingin mahu begitu.


saya ajak kamu begitu,

walau saya masih begini,


sebab Saidina Umar kata: ( antara lain maksud begini)

"ajaklah orang lain ke arah kebaikan..walau kamu masih tidak berada dalam kebaikan.."

sedap oooo..ais krim warna UNGGU (keladiii)


~gambar hiasan

06 Januari 2010

upien,ipien,adiik dan adeq

siri keganasan terserlah (part. 1)






"kau!!!". Tangan ini menujal kepalanya.
Adiik hanya tersengih-sengih.

"lain kali...buat lagi..!!!".
Tahap marah ini, bunyinya melampau.

Tapi baginya ia biasa.
Kepala, tangan, kaki dan seluruh anggotanya sudah biasa dengan kemarahan ini.

Hati ini bertambah sakit. Melihat sengihannya.

pak!

Gayung air yang sedia retak itu pecah di kepalanya.

sakit?.

Adiik masih tersengih. Dia cuba melarikan diri.

Aku mengejarnya.

"udah-udahlah tu...". Upien menegur. Dia yang sedang makan tidak terganggu sekelumit pun dengan 'situasi' tadi.


Aku menarik nafas. Dia sudah hilang entah kemana.

.................................................................................


"nah...amik..amik...". Kali ini, aku menjadi mangsa. Bulu ayam itu sudah hampir 'botak'. Habis dijadikan alat untuk 'mengajar' aku dan adikku.


Aku hanya diam. Menangis di dalam hati.

Sakit yang dirasa dikongsi bersama Upien. Dia lah pemulanya.

Dia menangis sepenuh jiwa dan tenaga.
Kakinya dihentak-hentak sambil melangkah.
Berdengung lantai jadinya.

"....haha...haha..". Walaupun sakit, aku sempat memberikan 'double sakit' kepadanya.

Dia berhenti melangkah. Memandangku dengan pandangan dendam.

"...nanti kauuuuu!!!!". Suaranya bergema. Dia terus berjalan. Tangisannya sudah berhenti.




.........................................................................


"aku mahu piring merah...". Dia menolak pinggan hijau yang diberikan.

Pinggan merah sedang digunakan oleh Upien.

"...tak mahu makan...mahu pinggan merah itu...". Suaranya kecil. Tetapi menyebabkan selera makanku terganggu.

"ok...kakak...pegi ambil piring merah yang lain...". Ibu memberi arahan. Upien akur. Cepat-cepat dia bangun.

Si adik hanya diam. Air matanya sudah menitis.
"..nah adik...makan ya....". Upien memujuk. Aku hanya memerhati. Sakit hati melihat kehendaknya itu.


..................................................

Kami berempat selesai berkubang di sungai.

Sambil berjalan pulang. Kami menyanyi.

Sambil mengetuk baldi yang dibawa.

"aku mahu di depannnnnnnnnnnnnnnnnn...!!!!". Ipien menjerit. Dia sedang jauh ketinggalan di belakang.

Upien menunggu.
Ipien masih statik. Tidak bergerak. Hanya berpeluk tubuh.

"cepatlah adikkkkkk...ni dah gelappp...". Aku memberi arahan dengan teriakan.

Dia masih statik. Mukanya berkerut seribu.

Upien mengalah. Dia mengundur. Menuju ke belakang adiknya.

Ipien mula melangkah laju.

Dia terus di hadapan.

Peliknya.


....................................................................

"ini untuk ibu...bukan untuk kamu...". Itu kata bapa.

Sebuah bungkusan diletakkan pada tempat yang tinggi.

Aku sudah berkira-kira ingin mengatahui isinya.

Aku memandang mereka bertiga.

Semuanya sedang tunduk.

"...ibu pulang lama lagi...?". Adiik bertanya. Upien menjawab.

"..iya..sebelum malam ibu akan pulang..".

Mereka terus keluar. Hanya aku sendiri di situ.

Aku memasang beberapa startegi untuk mencapai misiku.

Memulakan dengan langkah yang mudah. Panjat dinding!


Namun, hanya sekerat jalan.

"ooooooooooooo...". Mereka bertiga muncul tiba-tiba.

"...shitttt". Aku membulatkan mata. Menunjukkan tanda 'jangan bising'.

Mereka tersengih-sengih.

Akhirnya, niatku hampa.



........................................................

"i want finish my homework..okeyy..so please don't disurb me...". Adeq bercekak pinggang. Adiik hanya memandang.

Dia masih statik di situ. Sengaja menconteng-conteng kertas kosong di situ.

"..abang...u know what I want to do ringht...soo...please go...". Adeq masih bercekak pinggang. Buku yang dipegang di letakkan di meja.

Adiik masih seperti tadi. Sambil tersengih-sengih. Dia melukis gambar.

"..ini budak kecil yang sedang mengamuk..rambutnya panjang...hidungnya kembang...". Adiik melukis sambil bercakap.


Si Adeq memerhati dari ekor mata. Hidungnya kembang kempis. Mungkin menahan marah. Dia tahu lukisan itu adalah dirinya.

"makkkkkkkkkk....". Akhirnya, dia menjerit.

Air matanya menitis. Dia berlalu keluar. Mencari ketenangan.

"...haha...cengeng...cengeng...". Adiik sengaja mengikut Adeq dari belakang.

Aku hanya memerhati.
Mangsa buli yang keding itu
Sedang dibuli.

Bahasa-basi


Siri bercakap dengan kamu.

..................................


Ini satu.

Satu-satu penyakit timbul.

Kalau kamu tidak tahu,

Aku ingin memberi-tahu.

Penyakit ini sakit.

Tidak berjangkit.

Tetapi tetap berbahaya.

Penyakit lambat faham.
Penyakit susah untuk faham.
Penyakit yang aku pun tidak faham.

Semuanya berkenaan dengan kefahaman.

Kefahaman itu datang daripada pengatahuan.

Pengatahuan itu datang daripada pengalaman.

Pengalaman itu datang dari banyak sisi.
Ya...tentu kamu tahu 'sisi-sisi' itu.


Jadi,
aku harap kamu sedar,
ada waktunya 'sisi' itu tidak sama dengan kamu,
'sisi' itu adalah perbezaan kita,

Bagaimana mungkin kamu faham?
kalau kamu sendiri merasakan 'sisi' kita adalah sama,
kamu merasakan cara kita adalah sama.

Aku mahu kejar kamu,
kamu jangan berhenti,
kamu jangan tunggu aku,
kamu jangan tarik aku,

kamu bimbinglah aku,
secara praktiknya, hasilnya kamu jaga sedang membimbing diri kamu..
secara teorinya, aku juga sedang belajar menerima dan membimbing kamu..


Kamu bingung?.
Atau menyumpah dengan kalimah ini?.

Aku pohon seribu kemaafan.

maap.
Aku sedang mengejar kamu!!

05 Januari 2010

nates

mula-mula ini pesen dari luar negara.
mungkin juga pengaruh cerita Devil s tu.

Lepas tu, pelan-pelan masuk dalam negara ini.

Remajalah jadi mangsa atau sengaja memangsakan diri.


04 Januari 2010

Nada Murni

Semalam.

Aku, dia dan cinta.

Kami seiring. Berjalan tanpa henti.

Dia dan cinta..saling bahagia.

Namun, akulah sebaliknya.


"apa maknanya ini semua dalam hidupmu..anak muda..".
seorang lelaki tua.
Bertanya penuh sinis dan curiga.

Dia membalas.
"...inilah hidup yang harus ada pada anak muda...".
Cinta tersenyum.


Lelaki tua juga tersenyum.
"..apa pernah kau merasa hidup seperti aku..yang jauh lagi muda dari mu..?"
Dia dan cinta kaget.

Aku hanya memerhati.
Membiarkan aroma ikan bakar menyusuk ke dalam hidung.


Akhirnya, dia dan cinta menjauhkan diri.
Pergi ke arah selatan.
Meninggalkan aku yang tegak bagaikan patung.

Aku ingin mengejarnya,
namun,

"..biarkan dia...andai dia datang lagi..seperti hari ini...".
Lelaki tua itu bercekak pinggang. Memandangku seribu maksud.

"..kau juga harus pergi...pergi ke mana-mana ruangan untuk membersihkan setiap gerakan mu..".
Lelaki tua itu terus pergi.

Aku hanya mematungkan diri.
Membiarkan semua berlaku. Tanpa sempat menghalang.
Untuk apa aku menghalang..?

02 Januari 2010

VS akustatik

"kau pergiiiii...jauh..jauhhhhh...".
Aku tergamam lagi. Ini bukan amaran yang pertama. Malah berkali-kali telinga ini ditusuk dengan ayat itu.

"kau apa tahu....???...kau pernah rasa sakit ini...pernah?????...".
Ya. Ayat itu terlalu berdesing untuk jiwa seperti aku. Yang lemah dan..hampir sahaja air mata ini menitis.

Aku mendiamkan diri. Berlagak seperti tunggul yang kebal dengan caciannya.

Dia menjelingku. Sebelum sempat aku melangkah menghampirinya.

"...pleaseeee....biar aku sorang...please?..blah...lu blah...blahhhhhhhh".
Semakin tinggi nadanya.
Peliknya kaki ini masih statik. Masih teguh. Malah jiwa ini masih kebal.


...................................................

"eh...lu pekak..atau lu tuli...lu blah...blah...reti tak....retiiiiiiiiiiiiiiiii???".

Perlahan-lahan kaki ini berpusing. Membelakangi dia. Membohongi rasa sakit hati dihalau sebegitu.

Satu. Dua. Tiga.
Aku tidak boleh!
Berpusing kembali. Mendekatkan diri. Kemudian memeluknya.

Ayat-ayat Qursi ku bisikkan pada ubun-ubunnya dan telinganya. Moga ada hasilnya.

Dia memelukku semakin erat. Dan...dia menangis.

Ku biarkan dia. Berkali-kali ayat Qursi ku ulangi di dalam hati.

Dia menangis. Membasahi bahuku.




....................................................

"...wa ada satu lagu untuk lu...lu mahu dengar...?".

Dia menggeleng. Tangisannya hampir reda.

"..tapi wa nak nyayi untuk lu...lu diam-diam ya...". Dia mengagguk. Membetulkan juntaian rambut hadapannya yang sedikit serabut. Bibirnya yang pucat seperti hampir menguntum senyuman.

Keadaan sepi seketika.

"lu pernah dengar kisah bulu mata tak....??". Aku sengaja menyoalnya. Sedangkan dikepala berfikir lagu yang ingin dinyanyikan. Sesuai dengan jiwanya yang sedang memberontak kala ini.

Dia mengeleng. Kami duduk serentak di tembok itu. Menghadap ke bawah gunung. Berhampiran dengan kebun koko milik Sang Ratu.

"...begini....ketika...seorang hamba Allah hampir dimasukkan ke dalam neraka...kerana jawapan-jawapan seluruh anggota tubuhnya...kerana mulutnya sudah dibisukan Allah...".

"...tiba-tiba si bulu mata memberikan kesaksian akan tuannya....".
Aku memandangnya menggunakan anak mata. Ingin melihat reaksinya. Wajahnya yang putih mulus seperti menyedari. Dia memandang ke hujung kakinya. Seketul batu digolek-golekan ke kiri dan ke kanan.


Aku tahu , dia mendengar. Semoga dia juga memahami.

"...tuanku ini...sering membasahi diriku dengan air matanya kerana takutkan Mu yang Allah...ku pohon berikan syurgaMu untuknya ya Allah..".

Dia lantas memandangku.

Aku memberikan seikhlas senyuman kepadaNya sebelum mengakhiri cerita itu.

"...dan dengan kuasa dan kasihnya Allah...akhirnya syurga untuknya...".

Dia akhirnya senyum. Dia mengangguk.





...............................................................................................................

sekadar gambar hiasan, created by:June (model gitar tidak berbayar)

Gitar ditepinya digenggam.

"..lu mahu bergitar sekali...?". Perlahan aku bertanya.

Dia memandangku. Kemudian membelek gitar tua miliknya. Sediki aneh. Akhirnya mengambil dan bersedia untuk memetik gitarnya.

"...lu nak nyanyi lagu apa...yang basic..aku boleh mainlah...". Suaranya sedikit tenggelam dek angin gunung yang meniup di sekitar kami.
Aku menguis-nguis dagu.

"..lagu ni..petik jari pun boleh..lu sedia jak...wokey...". Aku bersedia mengumandangkan suara dan sedikit gaya seorang penyanyi tua. Ranting mati, sebesar ibu jari ku jadikan mic.


Doa
by: Ramli Sarip ( Papa Rock)

Kasihku dalam hidupku
Tak kulupa kewujudanmu
Sebagai hamba yang hina
Kaulah segalanya


Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan

Tuhanku dalam doa kudus
Ku sering mengaku
Kesalahan dan dosa
Yang aku lakukan


Pencipta kaulah berkuasa
Atur wajah perjalananku
Biar duka dan hidup merana
Aku hanya berserah


Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa
Kusering pohon padamu

Ketenangan dan kemenangan
Dunia dan akhirat

Dunia dan akhirat








seteguh karang

"bagaimana ya..hari-hari saya lihat dia solat..dia mengaji..dia...ahh..macam-macam yang baik dia buat..tapi ada masanya dia tetap membuat salah-silap..". Ade melontarkan kehairanannya.

Bibie mengangguk.
"...ya..saya pun hairan...saya tahulah iman bagaikan air laut..tapi..takkan sampai begitu teruk akhlaknya dilihat oleh orang-orang sekeliling..."

Akhirnya, mereka berenam mengangguk. Pelbagai kes yang berlaku dewasa ini, dilakukan oleh golongan-golongan yang sangat hebat dalam hal-hal agama.

..............................

"adik-adikku untuk menjawab persoalan ini...saya tidak mampu...namun, cukuplah jika saya mengandaikan seperti kisah ini...".

"....kita menyaksikan perlawanan bola sepak..Piala Dunia misalnya...pemain-pemain hebat seperti Ronaldho..Ronaldinho...ah..banyak lagi yang hebat-hebat dalam pasukan masing-masing..."

"...namun, sesekali mereka diberi amaran...dilayangkan kad kuning...dilayangkan kad merah..mungkin dibuang padang...dan macam-mcam lagi..."

"...adakah ini menunjukkan mereka tidak mahir dalam bermain bola...?ataupun tidak memahami undang-undang bola sepak...?".

*pemain bola- ibarat golongan yang memahami agama/mahir dalam hukum agama

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP