31 May 2009

bukan futur..

"moga DIA hanguskan hati HambaNya agar hangat dalam cintaNya.."

.......................................................

"ummi..nak aksa enang.."

Yusuff menarik-narik lengan bajunya. Sedikit terkejut. Bawang besar yang dipotong sedikit senget.

"yep..nanti Ummi uwat ya.."
Izza turut mendekati. Suaranya yang sedikit serak menerja telinganya.

"Ok..Ummi buatkan..tapi kena kemas barang sekarang..kejap lagi dah nak siang..Nanti lambat pulak"

"horee...". Jerit mereka berdua.

Bicara 2 buah hati kembarnya ini sedikit menganggu.
Bekalan perlu disiapkan. Reunion kali ini yang pertama dihadiri. Dia rindu pada wajah sahabat-sahabatnya kampus dahulu. Sudah hampir 6 tahun tidak bersua muka. Kali terakhir bertemu, ketika majlis walimahnya. Itupun hanya beberapa orang. Yang lain sibuk dengan Tesis tahun akhir. Dia tahu itu alasan yang paling munasabah. Jauh disudut hatinya dia tahu, mereka kecewa pilihannya.

" enti orang kuat..kenapa pilih dia..dia bersediakah menghadapi situasi enti nanti..?"
Nur. Dialah orang pertama yang menentang. Sahabat yang dikenali sejak di sekolah menengah lagi.

"ana..sebenarnya kecewa..tapi, dia pilihan enti..ana nak cakap apa.."
Hanya Syahidah yang seperti menyokong. Syahidah teman baiknya yang dikenali sejak sekolah rendah lagi.

Dia tidak pernah memberitakan pilihannya. Tapi hampir semua rakan seperjuangan mengatahui. Dia tidak menuduh Syahidah.

"sumpah Siti..!!..". Itu jawapan Syahidah bila diajukan soalan tentang penyebaran maklumat itu.

"Ummi...perlu bawa tikar kan..?" Adam. Anak sulungnya. Baru berumur 5 tahun. Tapi pemikirannya sungguh kritis.

"ya..". Dia pandang Adam. Comel. Berbaju lengan Panjang "Islam Is Best".

"kenapa Adam guna baju tu?..". Dia bertanya. Sambil membuka almari untuk mencari bekas untuk kuah laksa.

"sebab...walid belikan untuk Adam..". Dia tersentak. Adam terus berlalu.

Kuah laksa hampir masak. Dia mencari menuangnya dalam bekas 'termos'.

Adam. Sudah hampir empat bulan Walidnya ke tanah jihad Palestin.

"bila ana ke sana...mungkin ana tidak ada peluang untuk pulang..mungkin juga akan pulang..". Dr. Zaith. Manusia yang memberi kekuatan padanya. Selepas hampir semua sahabatnya 'memboikot' majlisnya hampir 6 tahun yang lalu.

"Siti...ana bukan tahu erti hidup berjemaah..tapi percayalah..hanya sifat maaf dan bersangka baik yang akan menghilangkan kekecewaan itu.."

Itu kata-katanya sebulan lalu. Setelah dia memaklumkan perkhabaran Reunion yang dibacanya di blog Syahidah.Dia antara mahu dan tidak. Tidak sanggup berhadapan dengan 'mereka' bersendirian. Takut dia tidak kuat. Mungkin berjuta persoalan akan dihadapinya nanti. Dia menghilang hampir 3 tahun. Sudah tentu itu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Dia bukan kecewa. Tapi dia terkilan. Sahabat-sahabat seperjuangannya menuduhnya.

"dia tu...pas jak wat majlis langsung tidak muncul lagi.."

"tulah akibat memilih bukan dari kalangan kita.."

"kita hazafkan dia dalam.."

Ini antara ayat yang didengarnya dihadapan pintu semasa mahu menghadiri perjumpaan petang itu. Semasa percutian semester ke-7 baru bermula. Perkataan 'hazaf'' inilah yang mematikan langkahnya ke perjumpaan bulanan itu. Perjumpaan yang sering dihadiri sebaik sahaja title 'siswa' disandangnya. Dia hampir pernah dilemparkan buku kerana membidas sesuatu pandangan.

Reunion itu kali keempat. Tetapi inilah kali pertama dia mengatahuinya. Intan, Nur, Fatimah, Syafiaah langsung tidak pernah memberitahu.

Hakim dan Akmal tempat dia bertanya.
"aik...kawan-kawan lain ndak gitau kah..?"
"ko pun satu..yang ko lari ke oversea kenapa..?ni dah yang keempat..ko mesti datang !!.."

"Ummi...pakcik Akmal telefon..!!".
Adam berlari-lari menunjukkan handfonnya.

"alamak..dah Offlah..". Adam tercungap-cungap.

"pakcik kata apa..?". Dia memasukkan bekas makanan ke dalam bakul 'pink'.

Adam memandangnya.

"pakcik kata...Gitau Ummi mesti datang..bawa makanan yang sedap-sedap...". Adam bercerita sambil bercekak pinggang.

Ya..dia akan datang. Mahu berhadapan dengan semua. Walau dia berseorang. Dia mesti kuat.

"Zaujah Dr. Zaith mesti kuat...kalau Dr. Zaith rela ke Palestin..apatah lagi Siti..". Tergiang-ngiang suara 'Dr.Zait'.

"ok...semua kena masuk kereta..kejap lagi pukul 7 pagi..". Dia membawa bakul yang diisi makanan. Mahu diletakkan di bonet Viva 'Oren'. Sebelum bersalin pakaian. Adam menuntunya.

"adik!!!!..Ummi dah nak jalan ni...!". Adam memanggil dua adiknya yang leka membelek album di ruang tamu.

Yusuff dan Izzah mendekatinya.

"ummi..ila alid pu..ang.."Izza memeluk kakinya. Dia merengek minta di dukung.

...................................

Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Mereka 4 beranak terdiam. Izza yang merengek tadi juga turut berhenti merengek.

Siapa?.

Adam memandangnya. Izza dan Yusuf juga begitu. Jarang sekali rumah mereka dikunjungi. Apatah lagi pagi-pagi begini.

"Adam tengok dulu ya..". Adam terus berlari ke tingkap tepi pintu.

Dia kaku.

"ummiii...Walid balik...!!" Adam terus membuka pintu.

Tersembul wajah cengkung Dr. Zaith.

"assalamualaikum semua..". Kesemuanya memeluk walid.

"jom...nanti lambat..". Dr. Zaith terus menarik 3 pejuangnya keluar. Izza didukung. Yang lain menuntunya.



Dia sedikit terkilan.

22 May 2009

kepulangan..



kali ini jujur mewarnai lidah,
mungkin kerana kepulangan yang tidak di alu,
mungkin juga kerana datangnya yang tidak diharap,


sering terapung,
kehilangan emosi,
entah suka,
entah sayu,
entah..
entah apa-apa entah..


lalu kaki dihayun mencari destinasi,
destinasi yang tidak tercatat dalam peta dunia,
destinasi yang dicetuskan oleh emosi yang sering lemah,


selangkah menapak,
terus menapak,
lalu langkah sering tersungkur,
kadang kala muka tersembam,
kadangkala kaki terluka,
kadang kala jiwa tertawa dalam sakit..
tapi herannya,
jarang menangis kerana sedih..
cuma mungkin sedikit tersentak..


kepulangan ini,
kepulangan yang sakit,
tiada ubat dapat merawat,
hampir tamat sahaja saham ketabahan yang dilaburkan,
kaki sudah melecet dan lebam...
hampir berpinar juga mata yang menahan..


Tabahlah wahai pemilik hati..
Tiada siapa mampu membantumu..
kecuali ketabahanmu..
dan pergantunganmu padaNya..

moga kisah ini membina tarbiyyah..
terima kasih kepada yang mencatuskan rasa,
hari ini dipahatkan sedar..
tapi esok..?
tidak pasti..


moga rasa ingin berjuang sentiasa melekat dicelah-celah emosi..


..............................................................


* ajar diri menulis, mungkin berguna dalam postmortem hidup

10 May 2009

seekor kawan..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
-Riwayat at-Tabrani -

08 May 2009

oh My God@ Almight God..?

Namanya Celleda'. Ibunya Kristian. Ayahnya Islam.

"dan Celleda'?"

Dia kristian.

"Ibu bapanya tinggal sebumbung?". Oren bertanya sambil melenyekkan pisang yang digoreng separuh masak untuk dibuat sanggar pappe yang mahu digoreng.

"Yup..tapi sekarang ni..tak pasti plak..". Likku masih bersandar. Badannya dikipas dengan kipas manual cap 'nota sejarah cikgu Abby'.

Malam ini adalah malam cuti mereka. Rumah sewa dibawah rumah yang pernah dimasuki ular hitam itu sedikit bising dengan suara Likku dan Oren. Sallo hanya diam sambil menghabiskan gorengannya.

Usai menggoreng. Sallo terus mengurangkan minyak di kuali hitam. Bekas minyak dicapai. Giliran Likku menumis sambal belacannya.

Hampir semua terbersin apabila aroma tumisan mula mendidih. Api dikurangkan. Likku kembali ke posisi asal. Dia mahu menyambung ceritanya tentang Celleda'.

"Itulah, mujur juga dorang sekeluarga tu tidak makan ba....". Belum sempat Likku menghabiskan ayatnya. Uroi yang sejak isyak tadi tidur terjaga.

"Bisinglah kamu ni..". Uroi terus ke meja dapur. Membancuh kopi Radix, hadiahnya kerana menang kuiz sejarah Tamadun Islam minggu lepas.

Entah apa versi hadiahnya itu. Tetapi yang pasti kopi itu memang sedap dan berkhasiat.

Atchum!. Uroi tiba-tiba terbersin. Virus sambal belacan singgah dihidungnya.

"alhamdulillah..". Likku senyum. Bangga.

.............................................................................................................

Malam ini mereka berempat 'dinner'. Pisang yang dilenyek menjadi sanggar pappe cicah sambal belacan buatan Likku.
Terbeliak mata Oren setelah sambal Likku menceceh lidahnya.

"wei Likku..pedas siot ..". Oren terus meneguk Kopi Radix yang dibancuh Uroi tadi. Lidahnya terjelir-jelir menahan pedas.

Likku, Sallo dan Uroi hanya tersengih. Memang Oren selalu kalah pada pedas, tetapi peliknya, Oren masih mencicah sambal tadi.

Mereka bertiga senyum.

Cerita bersambung lagi.

"Dalam IC si Celleda' tu..letak Islam..". Likku bercerita lagi. Gayanya makan menyerupai pelarian Vietnam.

"mungkin sebab JPN tengok IC ayahnya Islam kot..". Uroi yang masih sedikit mamai menyampuk. Kopi Radixnya dah habis dihirup.

Sallo yang sejak tadi diam, tiba-tiba bersuara.

"yalah..masa Celleda' lahir..mak bapanya Islam..". Oren angguk. Betulah.

"hah..ah..sekarang, Celleda dah 18 tahun..dah layak mahu tukar status agama dalam IC tu..". Oren memberi pandangan.

Sallo angguk. Pengalamannya membentang subjek pengajian Am berputar kembali.

"dalam perlembagaan..12 (1 )...mengatakan bahawa..". Uroi tiba-tiba menunjukkan simbol senyap.

Mereka berempat berpandangan. Uroi menunjukkan tangan ke atas. Tiada apa-apa pun.

Setengah minit. Terdengar suara tuan rumah sedang melayan kuiz pengatahuan am bersama anaknya.

Mereka berempat pasang telinga. Entah apa yang menarik. Oren menunggu dengan sabar. Sallo yang tadi mahu menghabiskan penerangannya tadi masih masih terganga.

Semua menahan tawa sambil menunggu orang atas berbicara.

"mak..apa bezanya solat raya dengan Solat Jumaat..". Kedengaran suara Therry.
"ele..solat Raya khutbah sekali..solat jumaat 2 kali..".

"pandailah mak ni..".

Mereka berempat tersengih-sengih. Sallo yang tadi perasan muluntnya terganga, cepat-cepat menutup lulut. Kalaulah tuan rumah tahu mereka sedang mendengar dari bawah. Habislah disiram dengan air panas.

Mereka menunggu lagi. Agak lama menunggu. Likku bangkit. Dia mahu mengambil air sejuk di meja.

"siapa nabi yang paling cantik..". Oren dan Sallo berpandangan. Siapa nabi yang paling cantik?. Mereka berdua mengelengkan kepala. Seolah-olah soalan itu ditujukan kepada mereka.

"alah..mana ada nabi cantik..nabi semua lelaki..". Kedengaran suara Therry .

"ahhh...ada..".

Sallo mencubit tangan Oren. Oren angkat bahu. Bahasa isyarat terpaksa digunakan. Takut orang atas perasan.

"Therry mana tahu mak..".

"ala...takkan ustaz indak ajar di sekolah..". Tuan rumah bersuara lagi.

Suasana sunyi. Hanya suara cengkerik berzikir yang mengisi malam.

Mereka menunggu- nunggu jawapan siapa nabi yang cantik tu.

Uroi masih menjamah sanggar panas tadi. Sambal belacan di pinggan kecil hampir licin.

Likku sedang minum sambil mengipas-ngipas. Lunyai kipas manual tadi. Kesian ilmu itu. Menjadi sasaran kepanasan Likku.

"jawapannya ialah...."

"apalah jawapannya mak..". Therry menyampuk, mungkin penat berfikir.

"Nabi Yusuf lah...heheh".

Habis tersembur air yang diminum Likku ke muka Sallo.

"Almight God.."mereka serentak ketawa.


================================================

*nota indie;
Kisah satu bumbung lain agama, adalah isu di Sabah. tetapi tiada siapa yang ambil kisah. Hanya menjadi perbualan sahaja.

Itulah..bila Islam hanya menjadi ekslusif.

06 May 2009

DIA yang tidak mengerti..


Rajuk Di Hati

Melihatkan kejahilan mu
Menangislah pula hatiku
Tak terucap aku
Menegur mu

Aku bukannya orang lain
Tapi paling dekat dengan mu
Bila ku bersuara pasti lain
Jadinya

( korus )
Bila ku pendamkan
Sedih ku ini
Semakin dalam rajuk di hati

Pernah ku menegur
Kesilapanmu
Kesudahannya tiada berkesan
Ku hanya memandang

Dunia yang engkau kejarkan
Itu yang akan ditinggalkan
Bila di hujung jalan
Timbullah kekesalan

( ulang korus )

Walau kau menangis
Walau kau merintih
Tapi segalanya sudah
Terlewat

03 May 2009

Usah tunggu nafas terakhir..







Kanak-kanak ialah zaman beringus.

Ni bahasa kasar.


Tapi, tidak bagi Islam.

Inilah masa, untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak ini.


".....majusi, nasrani..ataupun...?"


...........................................





Dulu walid ada menulis surat,

bila ditanya,

katanya


"untuk anakanda yang jauh dimata".

Eh. Lucu juga. Walid bukannya hebat. Tapi bahasanya puitis.

itulah walid. Sekolahnya hanya separuh SMA. Setelah berpenat lelah melalui SD.


Antara pendahuluan surat Walid;


"untuk anakanda yang jauh di mata......"



Eh. Walid menulis surat berformat.

Tulisan Walid kemas. Cantik. Sedap mata memandang. Walau kertasnya sedikit "wangi' dengan wangi2an sawah.





Itu cerita klasik. Walid masih gagah lagi. Masih mampu menulis berjela-jela.

Cemburu dengan Walid, pengaruh Pancasila begitu tebal dalam dirinya. Semangat juangnya kebal.


"walid pernah ikut latihan tentera?". Walid hanya senyum.

"hah..semua itu perlukan duit..". Nada suaranya rendah.


Walid. Usianya semakin bertambah. Tapi semangat juangnya tidak pernah menipis. Sayang walid tidak pernah melihat semangat pejuang HAMAS. Kalau tidak, mungkin walid tidak akan pernah kalah pada emosinya.


"Walid tahu...kenapa Palestin tidak pernah aman..?". Walid hanya membatu. Mungkin soalan itu bukan arasn pengatahuannya.


"sebab Amerika dengan Yahudilah tu..". Walid menjawab acuh tidak acuh.

"betul tu walid...kan ada Rasulullah kata..";

"tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka..selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta..hatta sehingga ke lubang cacing pun..."



erk...






" Terlupa pulak ...apa yang seterusnya..."
Walid senyum. Walid mana tahu bab hadis nabi. Tapi pepatah melayu diingatnya. Ada sahaja perkaitan pepatah dengan setiap ucap katanya.
"nanti walid tanya ustaz ya..". Walid angguk.


...........................................................................................



"Umi, kalau saya peluk Umi..Umi rasa apa?"


Umi hanya senyum.

eh. umi ini.


"Umi, saya tak tahu Umi lahir bila..tapi saya nak juga ucap Selamat Panjang Umur..sebab tak pasti bila Umi lahir.."


Dalam kad pengenalan hanya omongan.


Umi senyum juga.


Alohai. Umi..


Tangan dan pipi Umi dikucup. Walid hanya melihat.



"saya pun nak peluk Walid..walid mahram saya.."


02 May 2009

ketika Dia menjadi ilham..

DIA sedikit cengkung.
hanya dua sebab dia berkeadaan begitu.
mungkin makannya sering tidak cukup. Atau mungkin teramat aktif. Bergelumang nota-nota atau sering mengeluarkan peluh.

nadanya perlahan. Persoalan diaju.
DIA hanya senyum. Seperti senyuman pahit. Ahhh... sukarnya menilai apa yang tersirat.
Hanya mampu menilai yang tersurat.

DIA mahu bercerita. Tetapi masa sering kali mencemburui. Lalu hanya cerita kosong yang menemani. Mungkin juga DIA benci melihat emosi lemah.

Ahhh.. Berbezanya Adam dan Hawa.
Emosi seorang wanita memang lebih dari seorang lelaki.

Hanya melihat sudah mengalirkan air mata.
Bertahanlah..
Dirinya bagai betul-betul dipaksa untuk berlagak selamba. Seperti lagu OAG..'slumber'.




DIA masih disisi walau georafi memisahkan.
Itulah tubuhnya. Secengkung mukanya.
Rambutnya juga mengikuti riak mukanya

Berlagaklah... Kerana DIA tidak mungkin mampu meluahkan keluhannya.

Moga itulah menjadi batu loncatan untuk DIA terus bertahan.
Bermunajat kepada Khaliq.
Dan menjadi penghalang untuk DIA kalah pada kondisi dirinya.




DIA melambai sambil mempamerkan matanya yang letih.
moga letihnya dicatat oleh malaikat yang setia sebagai saham di alam yang lain.

"aku bukan seperti mereka". DIA masih berkeras.

Hidayah milikNya. Usaha Hak kita..