24 November 2009

T.A.K.U.T

Tangan ini menggeletar ketika menaip.
Mungkin kerana sudah lama tidak menekan-nekan.

Kemudian, penakut ini semakin menyelebungi.
Mungkin sudah lama tidak menjadi berani.

.......................................................

Saya sedang menjadi kalut dan penakut.
Berdepan dengan cerita-cerita karut di televisyen.
Kemudian, media-media milik 'orang itu' memaparkan kadar jenayah yang semakin membimbangkan di Malaysia.

takut?
Semua orang ada perasaan itu.

Saya takut dan takut.
Semasa sekeliling semakin berani melanggar perintah-Nya dan suruhan-Nya.
Saya terbayang-bayang bencana yang akan menyedarkan situasi ini.

Semasa perjalanan sepi ke suatu tempat. errr...boleh disebut sebagai Kota Kinabalu.
Saya dihidangkan dengan visual yang sangat menakutkan.
Singboard yang sebesar 2 depa..setinggi 2 depa dan tulisan sebesar mata memandang.
'Gereja Jesus Benar'.
bangunannya hanya sebesar 3 tapak bus stop kampung.

Saya sangat takut melihat situasi ini.
Saya memikirkan siapakah yang akan melihat hal ini sabagai sesuatu yang 'mengancam'?

ohh..saya sedang mencari kekurangan gerakan kaki dan tangan sendiri..

.................................................................

saya tidak mengatakan Malaysia layak mendapat gempa bumi.
Kedudukan Malaysia sangat stabil dari bencana alam ini.
Juga puting beliung yang dasyat.
Apatah lagi Tsunami yang menyeramkkan.

Malaysia sungguh selamat dalam bencana yang boleh diminimumkan kesannya.

Namun,
rupanya, Allah itu Maha hebat.
Diturunkan bencana banjir yang hampir-hampir 'menyusutkan' kewangan kerajaan yang tengah dalam proses 'pemulihan'.

Takziah kepada negeri-negeri dan negara-negara yang terlibat dengan banjir.
Terutamanya kawasan yang firstime dapat musibah ini..

Sempena di bulan penuh baik dan mulia ini, Allah telah menguji nilai-nilai pengorbanan hamba-hambaNya. Mungkin 'milikan' masyarakat belum sampai kepada masyarakat..errr..maksudnya zakat harta yang layak dikeluarkan. Sejauh mana, harta itu 'bersih'.

err..mungkin sedikit pusing. Saya sedang dan perlu bersedia untuk menghadapi golongan-golongan yang enggan membyar zakat ini..(perasan baik sekejap)

Saya takut perkara-perkara sebagini akan menjadi faktor kemunculan-kemunculan bencana Allah yang maha Mengajar.

saya mengajak untuk kita menjadi takut.
untuk kamu-kamu mengajar saya terus menjadi takut..
err..maksudnya..Takutkan Allah semata.





...............................
nota I:
Selamat Menjalani Ibadah Korban

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP