04 November 2009

Hari itu. Saya betul terasa hati.
Entah kenapa. Saya rasa mahu menangis.
Lalu saya cuba menahan untuk tidak menangis.
Tapi saya tewas. Saya menangis. Saya pasang lagu kuat-kuat. Saya menangis juga sunguh-sunguh.

Lepas tu. Saya diam. Saya ambil kertas. Saya conteng-conteng.
Saya tulis macam-macam. Macam-macam benda yang saya rasa dalam hati. Saya tulis dan tulis.
kertas tu saya letak dalam laci.

Lepas tu. Saya cuci muka. Dan saya terus pi tidur. Saya paksa mata saya tidur.
Dan saya dapat tidur.

Bangun sahaja. Tiba-tiba hati saya tergerak untuk ke sana..
ya ke sana..
tempat kawan saya terlantar.
tiba-tiba rasa bersalah..
di kampung kami boleh ketawa sama-sama. Jalan sama-sama.Tapi bila dia terlantar saya boleh lawan rasa hati saya.

Saya terus kemas-kemas.

Saya tidak peduli. Tahu atau tidak jalan ke sana, saya mesti pigi!

Lama-lama saya rasa takut.

"perempuan keluar rumah mesti berteman atau bersama mahram..".

Ah. Saya peduli apa. Siapa mahu teman saya jalan tempat yang saya sendiri tidak tahu.

Sebelum keluar. Saya cuba dan cuba. Istighfar banyak-banyak. Saya tidak mahu fikir lagi.

"hanya tempatMu aku bertawakkal.".

Saya bergerak. Kebetulan masa itu, saya masih mempunyai mask. Saya guna sepanjang jalan.
sehinggalah saya memasuki perkarangan Hospital Teluk Intan pukul 9 malam.

saya berbuka di R&R. dan saya lawan otak saya berfikir akan tindakan saya.
kemudian..saya sms waris saya. Saya katakan saya sedang on the way lawat sahabat saya.

saya tahu. tindakan saya bukan betul.

.............................................

saya nampak sahabat saya.
saya baru berfikir dan terfikir.
Allah kalau mahu ambil balik hak Dia. Dia ambil. 'Kun Faya Kun'.

Saya tengok sahabat saya.
Ya..saya menahan air mata.
Mudah sungguh hati perempuan tersentuh.
saya lawan mata saya.
saya lawan sungguh-sungguh.

Sehinggalah. Saya tidak dapat menahan.
Saya menangis di tepi hospital.

saya katakan pada diri saya. Saya menangis bukan kerana dia sakit. Bukan kerana saya duduk hospital 3 hari. Tapi..saya menangis 'melihat diri saya'.

Melihat x-ray. Besi bersilang-silang di bahu dia. besi berkepit di lututnya.

terima kasih Dr. yang brutal. Baru tahu bukan semua Dr. lemah lembut..hahaha

....................


Dia ialah sempadan. Berjuta hikmah untuk dirinya.Untuk semua
Berjuta rahmat sedang menunggu.
Hanya orang yang terpilih diberi ujian itu.


kini dia sudah dapat bangun dan berdiri dari pembaringan.
sedikit gurauan untuk dirinya.

"selalu bersenam..belajar-belajarlah kawad kaki.."