15 November 2009

Berapa kali saya menemui cikgu itu. Tapi hanya melihat-lihat sahaja.

Kali ini saya betul-betul letih dan tidak bermaya.
Namun, dia betul-betul sedang 'parking' di tepi jalan.

"hai..kamu...belajar dimana?". Hah. Dia masih mengenali saya.

Saya masih ingat. Cikgu ini. Mengajar semasa saya di sekolah rendah.
Mungkin 10 tahun yang lalu.

"cikgu kenal saya?.". Saya sengaja mencipta ayat.

"ishh...cikgu kenal..selalu juga nampak kamu..". Dia masih seperti dulu.Masih ada rupa. Cuma kedutnya bertambah.

"hahahah..cikgu masih ingat saya..". Entah bagaimana kekuatan muncul. Kami bercerita sedikit.

......................

"cikgu ingat kamu..masa mengamuk tidak pass lompat palang tu..". Hah! sebab tu.

saya sudah lupa. Kisah lompat tinggi. Terima kasih cikgu. Kerana memaksa saya memandang dan bercerita masa lalu.



.....................................

Rasulullah melarang memandang masa lalu, melainkan untuk mengambil ikhtibar.


..........

"terimass.."