24 October 2009

sangka-sangka



kongsi2!
Saya, (bukan nama sebenar).
...........................



"eiiii....ko ni....lambat pick up..".

"pekak apa budak ni...dah berkali cakap..masih tidak faham"

"eeee...dahlah tidak cantik..lembab pulak"

Ini bukan ayat.Ini bisikan hati. Mujur tidak di dengar oleh saya. Cuma terdetik dihati saya, inilah yang sedang difikirkan. Kerana, cara saya yang diluar kebiasaan bertanya. Berkali-kali saya meminta penerangan tentang subjek yang saya langsung tidak faham.

Salahkah saya berfikir begitu..?
Saya tahu, ketarbatasan pemahaman saya, memaksa saya perlu menebalkan muka untuk bertanya.
Daripada riak muka, saya mentafsir begini.
Mungkin dalam situasi yang lain, saya akan terus berfikir sesuatu yang negatif terhadap orang lain.


betul-betul ini gambar hiasan


Saya tahu, inilah bisikan syaitan untuk mengajak saya menjadi temannya. Bestfriendnya.


NO!. Saya takut. Saya tidak mahu!

Saya tahu, saya bukan manusia yang baik. Apatah lagi untuk mengelak diri dari bersangka buruk dengan orang lain.
Sakit melawan kehendak nafsu ini.

Tetapi..jika ia sudah dibiasakan, rasanya tidak menjadi masalah.
Sebagai contoh jika saya perlu berjalan kaki untuk ke sekolah. Pada permulaanya, sungguh saya akan penat.
Tetapi jika inilah rutin harian saya,
lama kelamaan ia menjadi sesuatu yang biasa.



Lalu Islam mengajar umatnya.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Q.S Al-Hujuraat : 12





Setelah melihat keindahan ayat-ayat Allah ini.
Betapa CANTIKNYA garis panduan yang disediakan oleh PENCIPTA kita.
Betapa DIA menjaga setiap detik bisikan dan langkah kita HAMBANYA di alam sementara ini.
Tinggal kita sahaja untuk kita memilih.







........................
nota I:
~be husnuzon. Tetapi bukan untuk musuh-musuh Islam yang nyata.