18 Ogos 2009

..membebel

KALAU RASA tidak tahu mau buat apa;

Jom jalan kaki.
Kalau rasa-rasa mahu kurangkan berat badan. Janganlah buat benda salah. Berjogging tidak membantu mengurangkan KG.Berjogging amat tidak sesuai untuk berat badan yang kurang ideal. Jalan kaki dengan cepat,ini amat membantu.

yang selalu sahaja membuat pergerakan mulut@ menilai orang. Banyakkanlah menyanyi. Mulut tu sedap jak buat hati orang terluka,terhiris, hati terpilu.

Untuk yang pantang sekali ditegur. Elakkan duduk dekat orang yang kuat menegur. Duduklah jauh-jauh...

Untuk yang rasa dirinya lebih baik. Teruskan perasaan itu. Moga-moga betulah andalah orang yang lebih baik tu.

Kalau rasa 'bekarik' sangat makan. Makanlah, perut anda tanggungjawab anda.

Kalau boring yang teramat. Ada baiknya tidur. Kalau mata tidak boleh tidur. Baik tengok langit. Kira berapa awan. Ataupun tengok cermin, buatlah mimik muka yang perlbagai. Mana tahu, muka tu tiba-tiba berubah jadi macam sin chankah, doremon..ultraman.

Kalau rasa mahu bercerita. Apatah lagi cerita yang berkenaan dengan perasaan ataupun maruah. Carilah kawan yang suka mendengar Bukan yang suka 'menceritakan'. Nanti seluruh alam tahu cerita tu...gigit jarilah jadinya.


Untuk yang suka membaca. Sesekali buatlah bahan bacaan untuk orang lain. Tukar-tukarlah angin.

Kalau rasa suka sangat menulis. Cuba,try,test buat pantunkah,seloka,cerita masa kanak-kanak dulukah..


Kalau mahu buat yang jauh lebih baik. Buatlah Masa kita, hak kita. Juga hak pencipta kita untuk nilai.

Moga Allah memberi petunjuk....aminnn.




...................
nota I;
Untungnya ada hati yang berkehendakkan kepada Tuhan, sentiasa mahu buat perkara baik.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP