31 Julai 2009

...namamu Syurga..


(tribute untuk insan yang pernah menjadi rakan sekelas dan sebilik di tahun 2001)



sekadar gambar hiasan...

mukaddimah..
Isu SIS dengan agenda perjuangannya menghiasi ruangan media di bulan JULAI...
Paling lantang bersuara dalam hal ini sudah tentu media aliran kiri..
Paling tidak ada juga isu yang diperjuangkan yang mampu memalingkan pemikiran orang-orang berilmu..tetapi bermasalah dalam menerima hukumanNya yang Maha Khaliq

Isu poligami sudah lama berkumandang...
Bukan isu sebenarnya, cuma mendapat perhatian serius pejuang yang mengaku mempertahankan hak wanita Islam..
Macam banyak tidak betulnya..

Oh..



Isu ini tiada kait mengait dengan tribute ini..

Dia...
Nama sebenarnya berkaitan dengan nikmat Allah yang sangat hebat. Sungguh bijak orang tuanya memilih nama.
cukuplah kalau namanya diandaikan..
....Rock..


tiba-tiba ingatan terhadapnya.
dia mangsa kepada poligami..(ini bukan menghukum..betul-betul tiada kaitan dengan mukaddimah di atas)..

ayahnya berkahwin dengan ibu muda..
ketika itu, Rock di tingkatan 1.
dia bukan anak sulung. Tapi anak kedua bongsu dalam 8 atau sembilan adik beradik.
aku tidak pasti bagaimana respon kakak-kakak dan abang-abangnya..

maaf..ini bukan hal yang perlu diwar-warkan.
cukuplah kalau dikatakan...terlalu banyak isu negatif perkahwinan begini.

terlalu banyak bukti negatif sehingga meneggelamkan kebaikannya..(
ini mungkin asbabnya SIS mahu turut berjuang..ehhh..tiada kaitan dengan tribute ini..)







emmm..

Rock.
agak-agaknya..
manalah budak ni sekarang..?

Orangnya kecil dan berisi.
Kulitnya sawo matang.
suaranya memang brutal habis.

dulu hidungnya ada bekas anting-anting.
keningnya yang cantik juga ada bekas dipotong di tepi..
mungkin bukti dia bukan ayu..
dan dia paling pantang melihat wanita ayu..

sifat yang tersembunyi dia adalah anak yang manja..
tapi tiada tempat untuk menyandarkan sifat itu..
lalu dia memilih menjadi brutal..

sedikit sebanyak dia memilih bidang-bidang yang mampu mengembangkan tahap kebrutalannya..
mungkin sebab itu dia selesa berlatih ilmu silat Gayong..hati-hati...
(ini hanya pandangan...)

Dia selalu sahaja bertengkar dengan kakaknya yang juga mempunyai tahap brutalnya yang sama sepertinya.

persamaan kami?...

hahah..

kami suka menyanyi..

tapi..

dia pandai nyanyi lagu-lagu omputih. Siap buat buku lagu lagi.

Entah kenapa tiba-tiba teringat.


mungkin sudah lama tidak bersua..hehehe

dia menghilangkan diri dari sekolah, ketika itu dalam tingkatan 4...

Kalau-kalau dia masih mengingat lagi..
dia pernah menjadi mangsa histeria..(betul@tidak..sukar dipastikan)
yang pasti dia pernah bersilat sendiri di dorm ketika orang lain sibuk di bilik belajar..

kakaknya sendiri naik risau melihat adiknya.

Rock..
kalau suatu hari nanti..
kita berjumpa..
besarnya harapanku..

tudung kepalamu masih ada..
paling tidak..

apa yang paling penting...

jangan sahaja rambutmu berubah warna..
nanti aku kekok pulak mendekatimu.

harap-harap kita akan bertemu....


supaya kita boleh makan bakso bersama..

dan..
paling cantik kalau-kalau kita boleh berkongsi cerita lagi.



.................................................................................
nota i:

doakan untuk semua..
yang telah secara sengaja atau tidak telah tmentarbiyyah kita

23 Julai 2009

one Malaysiaian's @ One Ummah..?

Tawaran untuk komposer-komposer ( tak kira pro @ amatur) menyiapkan lagu Satu Malaysia..sangat-sangat mengujakan.

Dan baru tadi lagu Satu Malaysia yang sah dipancarkan dia Radio & Televisyen Milik Negara..
betulkah milik negara?
opps..milik kerajaan.

Yang menarik tentang Satu Malaysia ialah..
"walau dimana saya berada...saya tidak akan lupa yang lima itu.."

Yang lima itu..?

Rukun Negara lah...

Kesian Rakyat Malaysia..

"..berusaha menghafal erti rukun itu..tapi jauh meninggalkan LIMA yang lain.."


apalah yang menarik dengan kata-kata...semakin canggih kata-kata itu, semakin canggihlah retoriknya..

erkk..teralalu tidak difahami..

..lagi2 sunyi..

16 Julai 2009

kehebatanNya...

thx abah.blogsome.com







.....................................................................

nota I;
jom belajar ilmu fotografi..
siapa tahu..
darinya kita boleh menunjukkan sesuatu mengenaiNya..





10 Julai 2009

untuk jiwa-jiwa terancam..




Berubah
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com


Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah



Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Lagu/lirik : Deden Supriadi












07 Julai 2009

...terkenang.. (1)..

cop!!...
Aku duduk tanpa bergerak. Penat juga bermain begini.

"main bubut-bubut lagi kamu....balikkkkkkk!!!!". Itu Kak As. Baru berumur 15 tahun.

Suara kak. As mematikan permainan kami yang sangat seronok. Aku, Engga', Nunui, Baba, Papai dan Satti kalam kabut berlari pulang. Sungguh banyak jalan 'alternatif' yang dibina, hasil larian kami berenam.

Aku meneropong Papai dari jarak jauh. Habis telinga dan kepalanya di belasah oleh kak As.

"kesian Papai..". Aku tiba-tiba merasakan kesakitan yang dialami oleh Papai.


.................................................................

"Mariaaa...".
Aku yang sedang enak menjamu pisang budak terkejut. Itu tentu suara Papai.
Aku pandang jam. Tepat pukul 5 petang.

Aku melangkah cepat ke arah jendela. Papai sedang menaiki basikal yang 'canggih'. Dia tersengih-sengih.

"marilah...kita pigi pancing ikan...". Papai bersuara dengan perlahan.

Wow! pancing ikan...Aku terus angguk.

................................................................

Kami berenam memancing berumpankan cacing. Pandai Baba mencangkul. Panjang-panjang saiz cacingnya.

"kata bapaku...cacing suka tinggal di tempat yang terlindung dari matahari....macam di sini..". Baba menunjukkan arah pokok-pokok sawit yang sama tinggi dengan orang dewasa.

Kami memancing dengan tekun dan sabar. Lebih kurang setengah jam. Bakul kami hampir penuh dengan pelbagai jenis ikan sungai.

"Nunui...ko dapat ikan kecik jak kan...mungkin ko tidak jampiii..". Papai menegur Nunui. Betul juga. Asyik-asyik dapat ikan putih.

Nunui memasamkan muka.

"..ni cam ni..ko cakap...mudah-mudahan dapat ikan besar...pas tu..ko ludahlah umpan...". Pui!. Papai meludah umpannya, sebelum melemparkan ke sungai.

Nunui mengikuti gaya Papai. Pui!. Dia terus melemparkan ke sungai.

Aku juga menuruti Nunui.

'patutlah.. Papai dapat ikan besar-besar jak..'.


.........................................................................................

Menghampiri maghrib. Kami kalam kabut pulang. Batang kail kami sorokkan disebalik pokok kelapa sawit.

Kami berjalan pulang sambil menyanyi.

"ikan kekek mengiloi-iloi...ikan kelama mengilai-ilai...
..dapat isteri cantiknya amboiii..

............................................................................

Zap!!!. Ku lihat Papai dirotan lagi. Aku menutup mata. Bengisnya kak As.Ku lihat Papai tidak menangis.

Aku cepat-cepat naik ke rumah. Takut Papai sedar, dia sedang diintai. Rumah kakakku ini, jauh lebih cantik dari rumah Papai dan yang lain-lain.

Malam itu, aku tidak berselera untuk makan. Kak Husna, kakak sulungku menegur.

"rindu gan mak??..". Aku diam.

"kalau rindu...nanti minggu depan kita balik rumah ya..". Lembut suara kak Husna. Jauh berbeza dengan kak As.

.................................................

Aku duduk-duduk sambil menggosok-gosok kepala Big Head. Kucing Jantan kesayangan Papai.Dia sedang enak menjamu makanan yang ku bawa dari rumah tadi.
Papai sedang bermain getah bersama dengan anak-anak pekerja estet yang lain. Ku lihat Papai sering menang. Hampir penuh tin Milo 1.5 Kg yang sedikit berkarat itu.

"weiiina... si Papai main jampii lagi...mesti menang lagi dia..". Entah siapa nama budak itu. Mukanya agak ganas. Aku tidak pernah berkawan dengannya. Kakakku melarang aku berkawan dengan anak-anak pekerja, kecuali Papai.

Makanan kucing yang ku bawa dari rumah, habis dimakan Big Head.
Big Head menjilat kakiku. Mungkin mengucapkan terima kasih.

"meowww...". Big Head terus baring. Kekenyangan agaknya.

"besoklah kita sambung...getahku sudah habis...ko main tipu...main jampi....!!!.
Budak tadi bertempik, dia terus berlari pulang. Papai hanya diam. Ku lihat tangannya sudah dipenuhi getah pelbagai warna.

Aku hanya memerhati.

........................................................................

"mariaaa....mari kita main getah...kita satu kumpulan...". Nunui. Rambutnya yang pendek dan keras.

Aku angguk. Tidak pernah aku bermain permainan ini di rumahku.

".....tapi getahku tidak banyak...dorang si Laling kata...kalau mau main..kena sediakan getah sendiri..". Nunui tunduk.

Aku teringat Papai. Dia baru menang semalam.

"..nanti kita minta dengan Papai..dia banyak getah..". Aku memberi semangat kepada Nunui. Laling. Itu anak mandur. Dia sangat berlagak. Mungkin kerana, dia jauh lebih kaya berbanding yang lain. Dia agak ramai kawan. Mulutnya agak celupar. Pernah ku dengar dia mengejek Nunui.

"...woiiii hitammm...". Aku tidak tahu kenapa Nunui di gelar begitu. Sedangkan Laling juga berkulit hampir sama dengan Nunui.

.............................................................

"Assalamualaikummm...". Aku memberi salam. Moga-moga kak As tiada di rumah. Silap hari bulan, aku pun dipukulnya.

Papai keluar. Dia berjalan terjengket-jengket.

"ehhh...Maria..naiklah". Dia menjemput.

Aku berkira-kira.

Naik atau tidak.

" siapa tu Pai...?.."

Erk.. macam suara kak As jak.

...........................................................

Kami berlari sangat laju. Tidak sedar, kami sudah berada di puncak bukit. Tentu kak As tidak akan mampu mengejar kami lagi.

Kami tercungap-cungap.

Nunui...?. Nunui sedang duduk bersendiri. Kami mendekatinya. Dia tunduk. Aku tidak berani mendekatinya. Papai juga menjauhi.

" kak As...memang garang ya...". Aku menyoal Papai. Nunui yang tadinya tunduk mengankat muka.

"tidaklah...kak As begitu,.....sebab...semalam...getahku habis di bakar...bapa marah sangat.."
Papai diam.


....................................................................

Minggu depan sekolah akan bermula. Aku akan naik darjah 5. Bermakna aku harus kembali ke rumah. Duduk bersama mak dan ayah. Bermakna, aku juga, harus meninggalkan kawan-kawan.

Sebelum berangkat balik, aku bertemu Papai, Nunui dan lain-lain.

Mereka semua tidak lagi dapat meneruskan sekolah sepertiku. Wang yang banyak diperlukan. Mereka bukan warganegara Malaysia. Estet *itu terlalu jauh dengan sekolah. Bapa Papai tidak sanggup lagi gajinya dipotong kerana kos pengankutan Papai ke sekolah.

"bapa mahu aku bantu dia....". Papai tunduk.


Aku juga tunduk.

................................................................................................

Nota I..

bubut-bubut = main kejar-kejar @ polis sentri
pigi = pergi
bapa = ayah, abah
mandur = penyelia (biasanya di ladang-ladang )
pisang budak = rupanya seperti pisang emas, tetapi agak kecil
main getah = permainan kanak-kanak perempuan yang memerlukan
getah sayur disambung-sambung menjadi panjang. (hehe)

*Estet = Ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih drpd seratus ekar;
2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian.
_ Kamus Dewan, Edisi keempat.
Biasanya dimiliki oleh syarikat besar ataupun kumpulan. Pemiliknya biasanya dimiliki oleh tauke-tauke Cina (khususnya di Sabah dan Sarawak). Sistemnya masih menggunakan sistem ala penjajah British. Mungkin, tidak salah jika dikatakan, keadaan di sesetengah estet menyamai seba sedikit kehidupan di zaman British, pra- Merdeka.

03 Julai 2009

War Not AnsWer...?





"kenapa ambi' gambar kamiii...?"

anak-anak gelendangan dengan dunia mereka..
tiada risau dunia sekolah..
tiada risau dunia esok..masa depan..

"kami tidak pandai..kami hanya diburu pulis"


"PEACE!!....War Not Answer"


Dunia semakin rosak...
Iman semakin lemah..
Akhlak semakin jauh..
Ihsan sudah menghilang..


Betulkah tiada siapa mampu menghalang??????





...........................................
nota I;

TV itu sering menipu..jadi jangan tertipu pada Tv.
Banyak Isu yang terselindung disebalik isu kecil yang dibesar-besarkan.

"Yahudi sering 'bermeeting' untuk melenyapkan Islam."

02 Julai 2009

N.O I.D.E.A

porst mortem diri.


N= Nawaitu, nonsanse, nakal, nure'



O= Omongan, Otak,





I= Ingat, Insan, Intai-intai, Import, Iman



D= Dambaan, Dosa, Dakwah, Dalang



E= Ek ele..., Entah, Engkau, Enak, Esa.., Elok



A= Allah..
Aman, Aku, ahhhh...

.............................................
nota I,
moga ada kekuatan untuk meneggelamkan kelemahan diri

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP