12 June 2009

A.K.U

aku Jed. Nama penuhku Jiddan. Entah apa makna pada namaku ini.
lahirku adalah semasa Piala Dunia tengah berjalan. Tidak silapku, masa itu isu Maradona.. yang..
menendang bola menggunakan tangannya.

Ahhh..sudah tentu cara dia menjaringkan gol akan mendatangkan kontroversi..
apa2pun, keputusan pengadil adalah muktamad..Akhirnya Brazil menjadi Juara Piala Dunia.

Ehh..bukan ini yang ingin ku coretkan.

Aku ingin mencoretkan mengenai A.K.U.
sekarang adalah cuti semester kali kedua sempena aku bergelar 'siswi'.
Aku mempunyai dua pasang adik kembar. Sepasang berumur 19 tahun dan sepasang lagi berumur 15 tahun. Memang kuasa Tuhan.Amat jarang satu keluarga mempunyai dua pasang, pasangan kembar.

"kun fayakun.."..maka jadi, jadilah!.
itu ayat 'PENGUASA',siapa kita mahu komen.

Adiku yang bongsu, baru berada dalam darjah 3. Ku fikir dahulu, dia juga akan mempunyai kembar, sebagaimana 4 adiku yang lain.

mungkin. Allah tahu betapa 'lusuh'nya hatiku menjadi 'tukang jaga' pada 4 adiku sebelum itu.

Aku mempunyai seorang abang. kulitnya sangat cerah. Ahh..jauh berbeza dengan kulitku. Dia ku gelar 'reformasi'. Mungkin kerana gayanya. Kalau bukan kerana penampilannya yang sebiji seperti Amy Search, mungkin dia layak digelar 'jambu'.
Baru tahun lepas reformasi ini menematkan pengajian. Setelah 5 tahun bergelumang dengan pelan-pelan bangunan.
kawan-kawannya hanya memerlukan 3 tahun untuk mengenggam ijazah. tetapi tidak bagi Reformasi. Hampir menyerupai pelajar yang mengambil kursus perubatan. entah berapa ribu duit mak bapaku yang menjadi korabn 'Ijazahnya'.


Sekarang dia, sedang enak menjadi 'pemandu' terhormat. Bas mini yang buruk yang sudah lama tersadai di belankang bengkel milik Ah LOng Lo menjadi sahabat karibnya. Katanya 3 bulan lagi, dia akan mendirikan 'Baitul Muslim'.

"hahahah..". Itu respon pertamaku, bila mengatahui 'cita-cita'nya.

"lu...jangan nak ketawakan wa..3 bulan lagi lu akan ada 'kakak'..". Aku terdiam. Mungkin ada betulnya.

"Umur wa dah 27 tahun..Nabi pun kahwin...bla..bla..bla..". Lucu mendengar REFORMASI menggunakan beberapa istilah Arab.

Emm..kisah Reformasi terlalu kompleks untuk dicoretkan.

A.K.U
Aku tinggaldi Kg AMAN.
mungkin kerana semasa kecilku kampung ini sngat aman dan damai.
kini, kampungku masih digelar'aman'. Sehingga 'musibah' yang melanda hanya di'aman'kan oleh angin bayu yang 'damai'.
'Saya Anti Rasuah' hanya tersenyum .. mungkin melihat REFORMASI mencabar 'mereka' memeriksa berapa kali 'mereka' meronda kawasan kampungku yang AMAN.

itu baru sedikit. REFORMASI manusia yang tidak pernah jemu memohon bantuan kewangan dari pihak tertentu itu juga sungguh REFORMASI. Dia pernah menendang pintu pejabat agama. Kerana gagal untuk mendapatkan bantuan. Mungkin itulah yang mentarbiyyah dirinya hingga betul-betul meRFORMASIkan dirinya.

"wa..memang tak ambil kos pengajian Islam..tapi...bla..blaa...

pernah aku membuat sedikit provokasi kepada REFORMASI. ketika itu dia sedang rancak mebelah kayu api di belakang rumah.

"kenapa perlu diwujudkan kursus yang terlukis pada Ijazahmu..sedangkan engkau hanya layak berkerja di tempat duduk pemandu bas..??"

"weiii...lu jangan kutuk wa.. wa dapat 3 tawaran kerja selari dengan kelulusan wa...tapi wa tolak....". Tinggi suaranya. Terkesima aku.

"..sebab ko kena berhijrah ke negeri lain kan..yang jauh lebih maju..".

"...ya.."

"di sini...". Aku menunjukkan hutan yang menghijau.

" bukan tidak ada bangunan yang dibina...disana sini, bangunan sedang rancak dibina..tetapi...peluangmu untuk bekerja tidak ada...kerana apa?...". Aku diam sebentar. mencari ayat 'provokasi' seterusnya.

"kerana...ko bukan ada talian darah dengan 'mereka'.". Aku stop. REFORMASI tunduk.

"cukuplah adikku...lu cakap memang betul..". Dia memperlahankan suaranya.

"gaji disini terlalu rendah dengan operartor kilang 'disana'..". Dia bangkit. Kapaknya dicacakkan di kayu.

"wa chow!.."

..........................................................................

A.K.U

Selepas penat seharian mengurung diri di perpustakaan desa. Aku singgah minum TEH AIS di Kedai Mamak.

Sementelaah menunggu TEH AISku siap. Aku mencuci mata.
Aku memandang sijil HALAL yang bergantung di dinding Restoran itu.

Pelik. Nama pemilik restoran itu mirip nama seseorang yang ku kenali.

'takkan pakcik itu Mamak..?'

"kak...". Seorang wanita bergaya meletakkan gelas di mejaku.

"erkkk...". Aku mahu berkenalan dengan wanita itu.

"sudah lama kerja di sini..?". Aku bertanya.

Dia angguk.

"wa..mesti dah banyak kumpul duit kan..".

"bolehlah...sebulan simpan RM200..". Dia menjawab ayu.

"RM200 ja..?"

"erk...sebulan gaji RM230 ja...kira banyaklah tu..". Dia bangkit. Rasanya mahu
berlalu. Mungkin sakit hati denganku.

"kerja..abis kul berapa..". Aku masih menyoal.

"pukul 5 lah cik...". Dia terus berlalu.






maaf..ideaku bercelaru untuk terus menaip..nanti ku fikirkan apa lagi ayat2ku yang seterusnya..






...................................................
nota I.
kujungilah 'negeri di bawah bayu' jika rasa rindu pada erti 'kemanusiaan'.
maaf. Agama bukan hanya untuk Islam. Tetapi hanya ISLAM layak untuk agama.

awang-awangan...